MYTHEO Menawarkan Pengurusan Pelaburan Secara Digital Yang Efisien

MYTHEO mula diperkenalkan oleh syarikat "fintech" iaitu Money Design di Jepun. Pada tahun 2016, Money Design telah melancarkan servis robo-khidmat (robo advisor) yang pertama iaitu ("THEO") di Jepun, di bawah peraturan Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun. Dan kini terdapat lebih 60,000 pelabur Jepun mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang ditawarkan dengan kendalian lebih daripada USD300 juta dalam jumlah aset di bawah pengurusan mereka.

Manakala Silverlake Group, peneraju inovasi digital yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang kewangan, pasaran modal, pengurusan dana, pembayaran, dan perkhidmatan ekonomi digital di Malaysia dan seluruh Asia. 

Gabungan kedua organisasi ini membentuk GAX MD, sebuah usaha sama yang direka untuk menyesuaikan perkhidmatan pelaburan THEO untuk rakyat Malaysia (dan dikenali sebagai "MYTHEO") dan memperkenalkan inisiatif pelaburan yang boleh disertai setiap rakyat Malaysia bagi mendapat lebih kebaikan.

Dan MYTHEO diperkenalkan untuk meningkatkan literasi kewangan di kalangan warga Malaysia terutamanya warga milenium supaya mereka dapat melabur dan menyimpan wang tanpa kekangan modal dan kos yang tinggi. MYTHEO juga amat mesra pengguna dan mempunyai kos yang berpatutan dan oleh yang demikian ianya amat sesuai untuk pelabur di Malaysia.


MYTHEO ialah perkhidmatan pengurusan pelaburan (simpanan) digital yang telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Di mana pengurusan pelaburan digital ini dapat memastikan pelaburan yang dibuat oleh pelabur mengikut strategi pelaburan secara global. Perkhidmatan teknologi kewangan ini juga menggunakan kekuatan kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence untuk memberikan peluang kepada pengguna untuk menggunakan perkhidmatan profesional bagi menguruskan pelaburan (simpanan) digital mereka pada kos yang berpatutan


Turut di hadir majlis pelancaran MYTHEO di Malaysia adalah Ms. Cassandra Goh (吴晓灵), Pengarah GAX MD Sdn Bhd, Mr. Ryoichi Yamabe, Director, GAX MD Sdn Bhd; Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir bin Abdul Majid, Chairman, GAX MD Sdn Bhd; Mr. Ronnie Tan (陳大宜), Chief Executive Officer of GAX MD Sdn Bhd; Mr. Tomoyoshi Hirose, Co-founder and ViceChairman of Money Design Co., Ltd.; Mr. Goh Peng Ooi (吴炳炜), Founder and Chairman of Silverlake Group; Mr. Ho Seng Yee (何成禹), Executive Director, GAX MD Sdn Bhd; dan Mr. Matthew Stuart-Box, Head of Investment Platform of Money Design Co., Ltd. & COO, GAX MD Sdn Bhd.




“Semasa warga Malaysia menghabiskan waktu mereka untuk bekerja dan berhibur, MYTHEO membolehkan pengguna menguruskan pelaburan dan simpanan mereka dengan menggunakan kekuatan data dan teknologi kecerdasan buatan. Justeru, MYTHEO berpegang pada idea, ‘Invest In A Moment’, untuk memberikan anjakan baharu kepada kaedah pelaburan dan simpanan kepada warga Malaysia.”
Ronnie Tan, CEO GAX MD Sdn Bhd



 Dengan minima RM500 sahaja sebagai komitmen untuk kita menyertai  pelaburan di platform MYTHEO. Di mana MYTHEO akan membuat analisis keperluan klien dan seterusnya membina portfolio pelaburan untuk mereka. Ini boleh dilaksanakan melalui 3 cara iaitu:-
  1. Investment Profiling -  Dengan menjawab 5 soalan mudah (personalized portfolio)
  2. Investment Begins - Membuka akaun dan membuat deposit (Diversied investment of over 25 ETFs across the world)
  3. Auto Rebalancing - Relaks dan hadapi keseronokan hidup (Monthly re balancing to keep your portfolio on optimize propositions). 
Inovasi teknologi MYTHEO ini dapat membantu pelabur secara digital melalui kapabiliti e-pembayaran (e-payment), pengesahan biometrik (biometric recognition), voice activation commands, chatbox dan analisis data (big data analysis).

 Keterangan lanjut boleh layari www.mytheo.my dan www.gaxmd.com atau e-mel ke enquiry@gaxmd.com.

MYTHEO Menawarkan Pengurusan Pelaburan Secara Digital Yang Efisien Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 28, 2019 Rating: 5

13 comments:

  1. Susah nak faham kalau bab pelaburan ni. Ni kan pulak pelaburan digital. Kami yang rakyat marhaen ni boleh ke join jugak mytheo ni? Boleh ke kita pilih jenis pelaburan? Kalau serah bulat-bulat kepada programmer ni bukan ke tak kena dengan passion dan interest kita? Murah je rm500 tu. Tapi sayang jugak sebab duit kan. Macam tak yakin pun ada jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya masuk kan rm200,selama deposit rm200 tu keuntungan atau dividen dpt dlm rm4.56 sen setakat hari ni 26/7/2021..semalam sya ada dep lg rm100..

      Delete
  2. Kalau cakap bab ni i surrender Ayu. Hehehe....kena banyak buat homework la I pasal bab ni. Nak kena berguru dengan mereka yang ada qualification dalam ni kalau i nak venture into this...

    ReplyDelete
  3. menarik ni...cuma perlu lebih info kalau berkaitan perkara mcm ni sbb slow skit. ai kena banyak lagi baca pasal hal ninnt

    ReplyDelete
  4. Ah baru dalam pasaran ni. First time baca.

    Nanti nak tengok website official yang akak share. :)

    ReplyDelete
  5. Memang nak check this out. Ada my friend bagi tau pasal ni. Tapi tunggu ar dulu tengah serabut kerje 😅. Zaman sekarang ni mana boleh cukup dgn passive income je.

    ReplyDelete
  6. Jadi lebih selamat la pelaburan semua kan. Airah tak pernah dengar mengenai mytheo ni nak baca lebih lanjut la pasal diaorang ni sebab minat jugak pelaburan

    ReplyDelete
  7. Baca dua kali pun still tak faham konsep oelaburan mytheo ni. Tapi kalau oelaburan tuh mendatangkan hasil yang bagus dan dijalan yang betul memang bagus untuk kita join. Boleh tambah oengetahuan pelaburan selain daripada menambah duit sampingan kan

    ReplyDelete
  8. Alamak, banyak benda nak kena kaji nie bila bab pelaburan. Sy term2 nie agak lemah sikit when it comes to pelaburan. Nanti sy buat kajian lebih mendalam lagi untuk fahamkan pasal benda nie.

    ReplyDelete
  9. bgusla kaka datang ke tempat macam ni..beljr pasal pelaburan..nad kne study lagi bab ni..kadang tak paahm..yang nad tau simpan duit dalam bank yang boleh mengembangkan duit je..hehee

    ReplyDelete
  10. Seuai untuk mereka yang berminat nak invest untuk jangkamasa panjang..macam TB ni belum pandai bab-bab investment ni tapi ada la kawan2 yang pandai bab ni yang berjaya mendapat hasil lumayan..

    ReplyDelete
  11. Ni companya pelaburan juga lah sekarang ni dah banyak syarikat pelaburan mudah untuk jana pendapatan dan juga nak dapat untung berkali ganda tapi kena pasti ia berdaftar dan terjamin. Yang ni bagus kita ok yakin hehehehe...

    ReplyDelete
  12. Kena pastikan betul betul.
    Takut scammer

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.