DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY | Murah, Wangi, Tahan Lebih Lama, Berbaloi

Lelaki hari ini saya percaya sangat mementingkan penampilan dan personaliti diri. Selain daripada berpakaian mengikut kesesuaian aktiviti harian, haruman badan juga sangat ditiik beratkan. Apatah lagi gaya hidup lelaki hari ini yang penuh cabaran.

Haruslah lelaki hari ini mencari haruman  yang berbau hebat dan segar sepanjang hari. Apatah lagi jika haruman tersebut adalah kombinasi mintak wangi dan juga deadoran. Tentunya meningkatkan lagi pesona dalam diri.

DASHING sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan lelaki telah memperkenalkan rangkaian penjagaan lelaki terbaru iaitu gabungan semburan badan DEO dan perfume! Dirumus daripada wangian DASHING Eau De Toilette ianya memberi haruman yang lebih tahan lama dan berbau hebat sepanjang hari. Apa yang lebih penting, rumusan didalan produk terbaru ini merupakan agen anti-bau dan anti-bakteria yang dapat memberi perlindungan selama 24 jam lamanya.

Jika semburan deadoran kebiasannya bertahan 2 sehingga 3 minggu tetapi untuk DASHING DEO + PERFUME ini boleh bertahan lebih lama sehingga 146 hari! Ini kerana ianya adalah semburan deadoran yang lebih jimat dan tahan lama. Jadinya untuk 1 botol ianya boleh bertahan sehingga 5 bulan. Memang betul-betul boleh menjimatkan.

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY didatangkan dengan 4 jenis varian, iaitu:-

HATTRICK
Seumpama jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian ini sememangnya memberi semangat untuk terus mara sehingga menghasilkan jaringan gol. Istimewanya HATTRICK terhasil daripada percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus yang bernotakan bunga dan calitan amber.

ULTIMATE KICK
Haruman sebenar untuk sang juara. Percikan haruman ini mampu menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden.Wangian ini menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon yang diperhebat dengan kesegaran buah pelaga yang diadun bersama dengan nota asas dari vanilla dan musky.

SPEED
Haruman ini khas buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere denganw angian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebatkan lagi dengan lapisan nota musky.

HITMAN
Wangian HITMAN ini direka khas untuk lelaki yang aktif dan sporty. Ini terutama yang bersedia untuk ke mana sahaja. Dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber, bersama dengan nota Sichuan pepper dan lavender, Patchouli serta Gaiac Wood sekaligus menjadikan wangian ini sebagai satu daya tarikan yang boleh meningkatkan keyakinan untuk setiap lelaki yang aktif.

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY  didatangkan dengan saiz 120ml yang dijual pada harga RM12.20 setiap satu. Korang boleh dapatkan produk ini di seluruh pasaraya di Malaysia serta platform diatas talian.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk DASHING boleh layari:-

www.facebook.com/dashing.my
https://www.instagram.com/dashing_my/


Jom wangi-wangi bersama Dashing!
DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY | Murah, Wangi, Tahan Lebih Lama, Berbaloi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 16, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.