Bionutricia Extract |"Phytonutrient" Semulajadi Pilihan Terbaik dalam Setiap Hidangan

 Selama ini saya memang benar-benar mencari produk pewarna dalam masakan yang menggunakan 100% bahan semulajadi. Ini memastikan bukan sahaja hidangan yang disediakan itu lebih enak bahkan ianya juga kaya dengan khasiatnya yang tersendiri.

Dan apabila saya diperkenalkan dengan produk Bionutricia Extract yang dihasilkan daripada bahan semulajadi tanpa sebarang pengawet dan rasa tiruan haruslah saya ingin mencubanya. Apatah lagi hasil ekstrak itu sendiri mempunyai kandungan khasiat yang tinggi.

Untuk pengetahuan semua "Bionutricia Extract" ini melalui 8 proses bagi menghasilkan cecair ekstrak semlajadi, iaitu:-
Langkah 1: Pemilihan dan pembersihan daun dan bunga segar
Langkah 2: Kecilkan daun menggunakan pemotong khas
Langkah 3: Pengeringan menggunakan "fluid bed dryer"
Langkah 4: "sonication" menggunakan kaedah 'ultrasound
Langkah 5: Ekstrak organik
Langkah 6: Hemoginizing
Langkah 7: Microencapsulation
Langkah 8: "Concentration using evaporator"

Dan terhasillah cecair ekstrak semulajadi, Bionutricia.

Terdapat 4 jenis ekstrak Bionutricia iaitu:-


  • Fresh Natural Pandan Extract Concentrate
  • Fresh Natural Butterfly Pea Flower Extract Concentrate
  • Fresh Natural Roselle Hibiscus Extract Concentrate
  • Fresh Natural Lemongrass Extract Concentrate”

Roselle Hibiscus
 Dihasilkan daripada bunga Roselle Hibiscus, Jika kita mencari elemen warna merah, memang saya sangat syorkan yang ini. Ianya juga sesuai dijadikan minuman dan bagusnya ekstrak ini sangat membantu dalam proses pencernaan serta penghadaman, membantu mengurangkan berat badan dan juga dapat meningkatkan imuniti sistem dalam badan.


 Lemongrass 
Ekstrak daripada serai. Sepertimana yang kita tahu serai itu sememangnya sangat tinggi khasiatnya dan sangat membantu dalam membuang angin dalam badan, dapat meningkatkan sel darah merah serta paling penting serai sangat bagus unuk terapi diri. Ianya memberikan aroma yang memberi kita rasa lebih relaks dan tenang.

Butterfly Pea Flower
Siapa pernah tengok bunga Butterfly Pea? Biasanya bunga ini saya gunakan untuk menyediakan masakan nasi kerabu. Sekarang bila dah ada pati ekstrak Butterfly Pea memudahkan saya untuk menyediakan masakan nasi kerabu yang sememangnya menjadi kegemaran keluarga sejak dulu lagi. Apa yang menarik khasiat dari bunga ini sangat bangus untuk kecantikan diri luar dan adalam. Ianya juga dapat membantu dari kesihatan mata dan anti-diebetis. Kita kawal kandungan gula dalam badan dengan menikmati ekstrak ini ya.

Pandan Leaf Extract
Saya percaya ramai yang menggunakan ekstrak daun pandan dalam kehidupan harian mereka. Selain ianya mempunyai aroma yang enak ianya juga sangat membantu dalam memberi rasa yang lebih enak dalam setiap masakan. Untuk pengetahuan semua ekstrak dari daun pandan sangat bagus untuk penyejukan badan. Serta dikatakan dapat membersihkan dalaman bahan (alkalinhe pH). Ianya juga boleh memberikan serta memulihkan tenaga dengan lebih pantas.

Kuih nona manis yang telah saya gunakan ekstrak Bionutricia daun pandan dan bunga Butterfly Pea. Harum sangat kejadiannya dna paling penting warnanya cukup cantik menyerlah.

Kalau korang nak cuba dan nak dapatkan produk ini, boleh klik pada pautan ini:-

Saya memang sangat rekomen. Sebab dah cuba dan ternyata ianya memang terbaik untuk kita dan keluarga.
Bionutricia Extract |"Phytonutrient" Semulajadi Pilihan Terbaik dalam Setiap Hidangan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 30, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.