Buffet Ramadhan Tradisi Malaysia di The Venue Shah Alam
Terletak di No 15, Jalan 15/22, Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15, Shah Alam, Malaysia, lokasi yang cukup strategik terutama bagi warga Shah Alam dan sekitarnya datang untuk berbuka di sini. The Venue Shah Alam sememangnya cukup terkenal sebagai lokasi dalam penganjuran pelbagai majlis seperti Majlis Perkahwinan, Manjlis Pertunangan, Rumah Terbuka, Kenduri Kesyukuran, aktiviti Zumba dan banyak lagi.
Ini kerana di The Venue Shah Alam bukan sahaja boleh menyediakan kemudahan tempat untuk penganjuran majlis. Bahkan turut disediakan servis katering, sewaan baju pengantin dan banyak lagi.
Untuk sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. The Venue Shah Alam telah menyediakan buffet Ramadhan dengan bertemakan Tradisi Malaysia. Pelbagai lauk-pauk dan pemanis mulut yang membuka selera ditawarkan di sini.
Terdapat dewan acara di tingkat atas yang boleh memuatkan sehingga 250 orang pada satu-satu masa. Selain itu Grand Ballroom di tingkat bawah yang memuatkan sehingga 400 orang. Secara tidak langsung memberi lebih keselesaan dan pilihan buat tetamu yang datang berbuka di sini.
Bersih, luas dan kemas itu yang saya dapat gambarkan kita berada di sini. Lebih seronok jika berpeluang membawa keluarga ataupun rakan-rakan untuk datang berbuka di sini.
Segala masakan yang disediakan adalah dibawah selian Chef Nabil Md Saleh yang cukup berpengalaman dalam dunia kulinari terutama dalam penyediaan hidangan tradisi. Paling penting ke semua hidangan yang disediakan akan dijaga dari segi kualiti rasa paling terbaik yang mana bakal memikat selera tetamu buffet yang datang berbuka.
Gaya hidangan makanan juga cukup istimewa. Ini kerana di The Venue Shah Alam menyediakan gaya 'food station' yang lebih sistematik dan teratur jadi setiap tetamu tidak perlulah beratur menunggu lama bagi mendapatkan hidangan yang mereka inginkan.
Antara hidangan yang menjadi pilihan saya seperti daging masak hitam. Paling enak jika kita dapat nikmatinya bersama nasi beriani
Begitu juga dengan daging masak lemak cili padi ini. Cukup rasa dengan kepekatan lemaknya. Daging cukup lembut dan paling penting kepedasannya cukup ketara sepertimana yang biasa kita nikmati hidangan ini dari hasil tangan orang Negeri Sembilan.
Ikan masak masam-manis yang memikat jiwa. Bagi mereka yang gemarkan hidangan ikan jangan lupa untuk merasai sendiri kehebatan hidangan ini.
Ayam masak cabai yang juga boleh dinikmati dengan nasi putih, nasi beriani ataupun nasi syamin. Bercerita mengenai nasi syamin, saya sebenarnya sangat suka dengan kehebatan rasa nasi ini. Ianya adalah hidangan (nasi syamin) yang berasal dari Johor.
Ayam goreng berempah bersama serunding kelapa yang memikat selera.
Siapa suka lala yang dimasak gaya seperti ini. ada setengah orang memang suka makan lala tanpa nasi tetapi bagi saya menikmatinya bersama nasi lebih istimewa rasanya, hehe.
Kerabu mangga in da house yaww!
Sayur goreng campur.
Untuk pemanis mulut saya telah mencuba sendiri bubur chacha.
Pengat bubur pisang juga sangat meneyelerakan :-)
Buah-buahan dan kuih tradisi yang sememangnya diminati bergenerasi.
Kuih bakar dan kuih talam..
Begitu juga dengan pulut panggang yang sememangnya menjadi kegemaran masyarakat Malaysia.
Minuman panas dan sejuk ditawarkan. Jadi bergantung kepada tetamu jenis minuman apa yang ingin mereka nikmati sewaktu berbuka puasa.
Terdapat kemudahan tandas yang cukup bersih dan surau untuk tetamu buffet menunaikan solat maghrib dan isyak. Selain itu, kemudahan parkir juga agak banyak jadi tidak akan ada masalah jika kita datang beramai-ramai untuk berbuka di sini.
Harga buffet yang ditawarkan :-
RM68/pax (dewasa)
RM40/pax (untuk kanak-kanak 4-12 tahun)
RM60/pax untuk warga tua/mereka yang berumur 55 tahun ke atas
Untuk harga 'early bird' :-
RM58/pax (dewasa)
RM35/pax (untuk kanak-kanak 4-12 tahun)
RM50/pax untuk warga tua/mereka yang berumur 55 tahun ke atas
Bagi tempahan yang lebih esklusif, harga yang ditawarkan adalah RM50, minimum bilangan tempahan adalah seramai 100 orang.
Buffet ramadhan adalah ditawarkan dari 18 May 2018 - 12 Jun 2018
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 019-8585825 / 019-8585375
Buffet Ramadhan Tradisi Malaysia di The Venue Shah Alam
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 29, 2018
Rating:
Dah pernah ke sini utk wedding. Ruang luas dan selesa. Makanan pon nampaknya sedap-sedap tu. Yang berdekatan boleh la berbuka ke sana
ReplyDeleteNampak sedap sangat! Hari ni lunch saya lambat sikit, lepas baca ni terus rasa lapar! Saya suka kebanyakan lauk yang dihidangkan, banyak pilihan!!:)
ReplyDeleteayam masak pedas..lala, bubur, fuh semua nampak sedap..tempat pun nampak selesa.bawak family ni ok je. Parkir pun ok,memang sesuai la untuk berbuka puasani..
ReplyDeleteWhile reading your post, it don don me.. Where is the rice? These foods needs rice for me! Sorry, am just wondering why :)
ReplyDeleteLaparlah~ Kuih bakar dan kuih talam nampak sgt sedap!
ReplyDeleteWhat a generous buffet spread to berbuka over and at such a lovely venue, too. The price is really berbaloi.
ReplyDeleteFinding cheap Venue halls has become the top priority of many couples today. This is because most people start to realize that getting married can be really expensive. Though most couples wish to have an unforgettable wedding, they are also mindful not to start their married life in debt. To help you get started quickly, I have put together the top 6 money saving tips.
ReplyDeleteA wedding is an occasion that needs much planning and preparation. There are quite a few things that make weddings a memorable and pleasant experience for the bride and groom as well as guests. You should select your wedding hall for hire with great care to make it a grant event.
ReplyDelete