ZooMoo's Big Day Out!

Perkembangan Teknologi Aplikasi dan Cabarannya Dalam Dunia Keibubapaan

Saya sebenarnya teruja benar apabila mendapat jemputan dari pihak ZooMoo ke satu majlis ilmu yang mana akan membincangkan topik bagi saya cukup penting dalam dunia keibubapaan hari ini. Iaitu mengenai cabaran penggunaan gadget dalam permainan aplikasi yang dapat membantu pendidikan anak-anak.

Tidak dinafikan penggunaan yang terlalu kerap boleh menyebabkan anak menjadi taksub dan terlalu leka. Jadi ibubapa haruslah berperanan sebagai pemerhati, mengawal dengan menetapkan disiplin yang tinggi setiap kali anak-anak bermain dengan permianan aplikasi.

Ini kerana tidak semua permainan aplikasi boleh melalaikan. Ada juga boleh dijadikan sebagai salah satu alat bantuan mengajar. apatah di zaman era digital ini terdapat banyak permainan aplikasi yang sangat membantu dan menarik anak-anak untuk minat belajar.

Ibubapa adalah digalakkan menyertai sama dalam setiap aktiviti anak-anak dalam aplikasi talian sebagai sokongan dan bantuan. Dan juga bertindak sebagai pengajar mereka. Sekaligus saat mereka beraktiviti bersama-sama bersama aplikasi mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan.  Aplikasi ZooMoo sebagai contohnya mendidik anak untuk bertanggungjawab, contohnya mereka perlu memberi makanan kepada haiwan belaan. Mereka juga boleh belajar tentang sains, contohnya dunia 'dinasour', habitat orang hutan dan banyak lagi.

Mengenai ZooMoo
ZooMoo Networks adalah syarikat multi-media yang memiliki dan mengendalikan saluran ZooMoo, informasi interaktif untuk kanak-kanak seluruh dunia. ZooMoo dihasilkan hasil kerjasama antara beberapa penerbit filem di dunia yang banyak terlibat dengan rakaman hidupan liar dan mereka yang terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak . Rancangan yang dapat  menghiburkan kanak-kanak ini dengan keajaiban haiwan, melalui ransangan dan respons tindak balas hubungan emosi semula jadi mereka dengan alam semula jadi. Rancangan ZooMoo terdapat di Malaysia ditayangkan di saluran Astro 619.

Aplikasi ZooMoo 
Apps ZooMoo boleh dimuat turun secara percuma dari apps store. Ianya direka untuk bekerjasama dengan saluran ZooMoo bagi memperluaskan dan mengukuhkan pembelajaran kanak-kanak dengan mendekatkan kecintaan dengan dunia haiwan. Ini adalah melalui kehadiran ZooMoo Island - tempat perlindungan haiwan di mana mereka boleh berinteraksi, melindungi dan menjaga sehingga 150 jenis spesis haiwan.

Antara aktiviti yang terdapat dalam aplikasi ini seperti kanak-kanak boleh memberi makan dan menjaga haiwan, bergambar dengan haiwan, menonton klip video dan belajar mengenali setiap jenis haiwan dan habitat mereka. Paling menarik selepas kita muat turun aplikasi ini, tiada sambungan internet diperlukan. Aplikasi ini juga benar-benar percuma tanpa sebarang pembelian.

Di samping itu, aplikasi ini juga berhubung dengan siaran rancangan ZooMoo. Intipati aplikasi ini boleh dibuka dan diterokai pada bila-bila masa oleh kanak-kanak dengan bantuan ibu bapa.

Antara ahli panel yang menyertai diskusi ini seperti:-

       Selebriti yang bergelar ibu  and radio DJ radio, Aishah Sinclair;
       Parenting expert, Dr Shen-Li Lee;
       Pengurus Besar ZooMoo Australasia, Catherine Nebauer.


Bersempena dengan ZooMoo's Big Day Out, kanak-kanak yang hadir dapat bermain dengan gembiranya di Playland The Parenthood. Terdapat pelbagai 'slides' yang menarik  boleh dicuba dan bermain yang pastinya mereka benar-benar berada dalam dunia keseronokan impian kanak-kanak. Saya akan bercerita tentang The Parenthood Sunway Piramid pada entri akan datang ya!

ZooMoo's Big Day Out juga menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik buat kanak-kanak dan ibubapa. Ada sudut bercerita bersama puppet yang disampaikan oleh pencerita semuanya berbakat dan ceria.

Paling seronok, anak-anak juga turut berinteraksi dengan memberi respon dalam suasana cukup santai dan menyeronokkan.

Bukan itu sahaja terdapat juga sesi kelas origami buat anak-anak dan ibubapa. Banyak teknik origami yang dipelajari sepanjang acara ini. Sekaligus menguji skli kanak-kanak dalam dunia seni.


Turut disediakan sutu untuk kanak-kanak membuat pelbagai aktiviti seperti mewarna, kraf dan juga menonton rancangan ZooMoo!

Booth yang membolehkan pengunjung The Parenthood mendapatkan goodies bag esklusif barangan ZooMoo. Apa yang perlu dilakukan hanya LIKE page ZooMoo Asia di FB.

Anak-anak yang teruja dapat bertemu dengan karektor utama ZooMoo iaitu Ninja Gorilla!!

TQ ZooMoo dan The Parenthood atas jemputan ya :=)

https://www.facebook.com/zoomooasia
ZooMoo's Big Day Out! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 06, 2016 Rating: 5

5 comments:

  1. SA x pernah dapat event macam ni maybe sebab bukan parenting blogger kot

    ReplyDelete
  2. Hi there colleagues, its wonderful paragraph on the topic of tutoringand completely explained,
    keep it up all the time.강남오피

    ReplyDelete
  3. Just how can you have such abilities? I can not evaluate your abilities yet, yet your writing is fantastic. I considered my instructions once more. I desire a specialist like you to review my writing as well as court my writing due to the fact that I'm truly interested concerning my abilities. lmouse click the following internet site

    ReplyDelete
  4. Minecraft 온라인홀덤사이트 Build Hacks & Decorations for Java & Bedrock!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.