Pemanduan Selamat Bersama Aplikasi AXA

Berdasarkan statistik menerusi kajian yang diterbitkan pada Februari 2014, Malaysia antara 25 negara yang mempunyai pemandu yang berbahaya. Oitt serius ni!! (30 fatalities per 100,000 individuals).

Atas keprihatinan isu ini AXA Affin General Insurans Berhad telah melancarkan aplikasi mobile yang pertama untuk menggalakkan pemanduan selamat. Aplikasi ini juga membantu pemandu Malaysia agar dapat memandu dengan berhemah,
Dibangunkan oleh pekerja AXA di Italy, aplikasi "AXA Drive" telah diadaptasikan mengikut kesesuaian persekitaran tempatan seperti keadaan lalu-lintas dan trafik di Malaysia. Aplikasi mobile ini juga dibina menggunakan teknologi "telematic" bersama "motion sensor". Ianya boleh mengesan dan menghasilkan data bagaimana cara pemanduan kereta dari aspek "acceleration", "braking" dan "turning".

Paling menarik kita akan dapat melihat berapa skor yang kita perolehi sepanjang pemanduan di akhir penamat perjalanan. Dan kita boleh kongsikan skor yang diperolehi di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Google+. Dari sini kita boleh "unlock" untuk menerima lencana pencapaian dan seterusnya kita boleh cabar pencapaian kita dengan rakan maya yang lain. Menarik bukan?

AXA Drive App boleh dimuat turun dari App stores untuk iOS dan Android. Boleh juga dimuat turun dari link ini ya. Bag iOS: http://goo.gl/k2AMRp  dan Android: http://goo.gl/0zJ5eQ 

Meh lihat cara saya memandu bersama "AXA Drive" :)
Muat turun aplikasi dari sini http://goo.gl/0zJ5eQ  , sebab saya pengguna Android, ahem.
Klik "START", untuk memulakan perjalanan...
Di skin akan kelihatan seperti ini ya. Sekiranya kita membuat pusingan seperti ke kanan atau ke kiri, kita akan nampak tanda pusingan di atas skrin. Sekiranya kite berhenti di sesuatu tempat kita boleh tekan butang "pause" di situ. Meter akan bergerak begitu juga selari dengan masa yang telah diambil sepanjang perjalanan.

Kita boleh tamatkan perjalanan dengan menekan butang "finish" di aplikasi tersebut. Biasanya "finish" ditekan sekiranya kita sudah sampai ke destinasi.
See, ni rekod saya :)
Beginner with "smooth operator"...
Automatik aplikasi ni akan dihubungkan ke server.
Kita juga boleh analisis perjalanan yang dibuat aplikasi.
Skor perjalanan pertama saya ialah 168 points... not bad, mih mih

Kongsikan di lama sosial...
Ayu Rafikah unlocked a badge on AXA Drive AS.



- Join the experience and improve your driving style with #AXADriveSmart
LikeLike ·  · Promote · 


Menarik bukan? Ianya dapat membantu dan mengajar kita supaya memandu dalam keadaan lebih berhemah... :)

Pemanduan Selamat Bersama Aplikasi AXA Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 09, 2014 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.