D.I.Y : Projek Laki Bini, Buat Cili (Lada) Jeruk & Sambal Belacan Versi Peri-Peri

*Gambar dan citer asal adalah daripada Dedet :)
3 hari Dedet out station...
Balik beria singgah Giant Batu Caves, memborong cili katanya...
Kebetulan masa singgah itu ada "clearance CILI"... hahahahaha
Bila saya dan anak2 sampai jer umah, baru semerbak dari dapur --- bau cuka masak!
Jengah dapur seperiuk besar cili, masih elok lagi :p
Gigih tak gigih, Dedet mengerjakan CILI dibeli... heheheheh
Siap call "Along" kat kampung, belajar nak buat cili jeruk tuhhhh
Pandai pulak, cili hijau yang dipilih kendian dipotong kecil-kecil...
Siap buang bijinya, kalau tiba2 rasa malas suka ati masuk sekali bijik2 tu...
Dah siap potong, basuh dan siram dengan air panas supaya cili jeruk nanti ada rasa 'rangup'... tos & dibiarkan kering (2-3 minit).
Bancuh cuka putih bersama gula & sedikit garam (1 sudu)... gula main agak2, sampai rasa masam-manis ikut citarasa... 
Likat berkilat, sama seperti buat acar timun... (Tips: boleh bancuh campuran tadi atas dapur guna api perlahan supaya cepat larut - biarkan sejuk dulu dalam 15 minit sebelum campur dengan cili)
Dedet decide 'sterile' kan balang kaca untuk simpan cili jeruk nanti...
Campurkan larutan tadi bersama cili...
Isi cili hingga penuh. Pastikan cili tenggelam sepenuhnya dalam air jeruk tadi...
Tutup balang rapat-rapat... selesai sudah...
Tulis tarikh 'pengeluaran' pada penutup kihkihkih... sepatutnya boleh tahan hingga setahun.
Ni cili jeruk selepas sehari peraman... Nampak tak beza warna cili tadi? Dah bertukar menjadi hijau pudar. Dah boleh makan kalau hendak...
Baki cili merah kitorang buat eksperimen... Sos Peri-Peri... Homemade Recipe.
Takdelah se"hot" Peri-peri jenama Nandos...
Peri2 kitaorang buat ni boleh minum cam minum jus... kehkeh
Apapun sedap jugak layan Sos Peri2 ni dengan nasi panas2...

Lebih sejam kot laki bini ni gigih menghabiskan cili clearance...
Alang2 nak pose kan... hahahahahaha..
Tahan lebih lama bila simpan dalam peti ais...

D.I.Y : Projek Laki Bini, Buat Cili (Lada) Jeruk & Sambal Belacan Versi Peri-Peri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 01, 2014 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.