Baba's Musim Ke-3 Nantikannya! (Oits Dah Macam Iklan Kat TV! Hehehe)

Saya suka dengan Chef Kamarul...
Bukan kerna rupa ya... Marah Puan Yati nanti, hahaha
Saya suka ilmu yang dikongsikan setiap kali beliau beraksi dalam Rancangan Baba's...
Walaupun kadang2, bila dengar nama masakan yang hendak dikongsikan agak pelik dan berunsurkan hebat. Tapi bila menyaksikan sendiri, bahan yang digunakan dan kaedah yang disediakan memang mudahuolls. Ala-ala pejam mata sambil memasak kalau ada skil tu, confirm menjadik!

Cer try! :p

Dan Cu~bits Baba's rupanya dah masuk musim ke-3...
Tahun ke 3... Hebat betul!!!
Kiranya rancangan ini sentiasa mendapat perhatian dari peminat-peminat di luar sana. Bagi saya antara menarik tentang rancangan ini, bukan hanya terletak pada hos atau chef yang membuat demo masak, bahkan perkongsian tentang resepi yang digunakan melalui laman sosial seperti FB juga memainkan peranan. Apatah lagi Baba's tidak lokek untuk memberi ganjaran kepada peminat rancangan melalui kuiz dan peraduan yang sering dianjurkan!
Saper tak kenal dengan Fiza Sabjahan? Very the happening person. First time saya  bertentang mata ngan Fiza, peramah orangnya uollls... Oh ya Fiza merupakan MC on that day--ketika Pelancaran Cu~bits musim ke-3.

Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa hari pelancaran Cu~bits musim ke-3 baru-baru ini.
Antaranya menguji peserta yang terpilih, mendeko hidangan sushi mengikut kreativiti memasing.
Bersungguh memasing uollls...
Yang menjadi juri di hari kejadian merupakan Mr Claudian Navin Head of Advertising & Promotions Baba's. Yang menarik perhatian saya bila Mr Navin menekankan dalam masakan tiada yang betul ataupun salah. Janji masakan itu cukup masak, cukup perisa... ianya pasti sedap! Memang paham jiwa pompuan yang suka memasak kan Mr Navin ni? Hehehehe

Untuk pengetahuan uolls... Untuk Cu~bits musim ketiga ini, Chef Kamarul telah menguji hampir 234 jenis resepi sebelum ianya dipertontonkan dan dicuba masak kepada penonton. Yang menarik kali ini, hidangan tradisi antarabangsa seperti sushi, soto dan lain-lain di inovasikan menjadi lebih versatil dari segi gaya dan rasa. Contoh...
Menu versatil yang telah saya cuba sendiri...
Mee Siam Lekor
Sup Soto Ayam Rasam
Coconut Rice Sushi Roll
Pressure Cooker Chicken Chili Kurma
Pau Uppuma
 Kulfi Ice Cream
Air serai--minum air ni, I terasa tengah-tengah berpantang kat umah jer... hahahaha

See... bayangkan nasi lemak kita buat sushi...
Dan soto tu, pehhh ada rasa assaam sikit2. Memang sedap, ada kelainannnya dalam rasa.
Keropok lekor tu marvelous uollls...
So, kalau uolls nak tahu camana nak masak hidangan ni kena tontonlah nanti Cu~bits Musim Ke-3 bersama Baba's yang akan bersiaran bermula pada 6 Julai setiap Ahad 7:30 malam di TV3. Ada 19 chef dalam 26 episod!
Sambil makan2 hari tu, diiringi dengan suara lunak Elvira :)
Memasak dengan menampilkan trend mirip hidangan "Novalle Cuisine". Kita akan dapat lihat bagaimana keunikan cara persembahan dan konsep masakan yang akan dipertonjolkan. Tidak hairanlah mengapa rancangan Cu~bits Baba's menjadi trendsetter dalam dunia kulinari hari ini.
"Variasi penggunaan rempah ratus asli"
"Menjadikan Cu~bits sebuah rancangan masakan yang hebat dalam perkongsian resepi hidangan, waima ianya membawa budaya masyarakat kita yang suka berkongsi makan"

Hahaha... sedap tak slogan aiiiii?
Jom berBABA's :)

Baba's Musim Ke-3 Nantikannya! (Oits Dah Macam Iklan Kat TV! Hehehe) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 27, 2014 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.