On The Table Restaurant : Review Sempena Ramadhan 2013

Alhamdulillah :) Peluang untuk menikmati juadah berbuka puasa di Restoran On The Table sememangnya sangat dinantikan oleh saya. Bertempat di Solaris Dutamas, restoran ini terletak di tingkat pertama (kita boleh nampak restoran ini dari jalan raya besar).
Dekorasi di dalam restoran menarik, letakan susun atur perabotnya begitu kemas menampilkan gaya moden.
Saya tertarik dengan dekorasi di siling utama ruang makan. Kombinasi cahaya lampu yang romantis, memberikan suasana ruang di sini begitu indah sekali. Ruang menarik pastinya memberikan rasa selesa pada tetamu yang sedang menikmati hidangan.

Sempena dengan bulan puasa, Restoran On The Table telah menawarkan pelbagai jenis hidangan melayu tradisional. Dari menu utama sehinggalah ke pencuci mulut, semuanya sedap-sedap belaka.
Selain kuih talam pelbagai jenis, kuih cara, kek coklat juga menjadi pilihan saya. Pencuci mulut tidak lengkap jika tidak disertakan sekali dengan buah-buahan tempatan. Siyes I LIKE :)
Ulam-ulaman, sambal-sambalan...
Kelibat mesin hijau di hujung pintu memang sentiasa memanggil saya untuk merasai kehebatan ABC citarasa sendiri. Saya paling sukeeeeeeee letak jagung-letak jagung-letak jagung berbanyak (see berganda2 perkataan jagung kat situ, ngee)

Banyak sebenarnya lauk-pauk di sini. Boleh rujuk kat blog Bro Shoque... http://sohoque.com/buffet-ramadhan-terbaik-di-restoren-on-the-table/ Gigih menguploadkan segala gambar yang menggiurkan!! Hahahah
Saya suka kombinasi lauk di atas--masak sayur lemak dan ikan keli masak berladooo... sedap weh. Ikan kelinya memang kita dapat rasa kesegarannya dan cili sambal yang juga terbaik rasanya!
Masak lemak, masak kari, semuanya sedap menjilat jari...
Antara killer dish kat sini ialah lauk asam pedas oleh Pak Zul. Kita boleh pilih ikan apa yang kita nak--ada pari, tenggiri dan kembong. Lepas tu Pak Zul akan masak kat situ. Cam demo memasak lak, heheheh. Dan macam saya mengkombinasikan segala ikan yang ada. Dasar pelahap-kan? :)
Juadah berbuka saya............ teringat-ingat kuah asam pedas yang ku hirup...

Untuk harga yang ditawarkan adalah RM39.90, dengan variasi hidangan masyarakat tempatan memang benar-benar menyelerakan. So, saya pasti akan kembali lagi bersama famili tercinta untuk berbuka di sini.
Si kecik ni pun menyertai sama. Bukan main banyak beliau makan nasi dengan lala...
Mr. Jacko, Bro. Sohoque dan Bro. Framestone yang sambil makan sambil mendiskusi tentang permasalahan keinginan memasing yang berminat untuk menjadi chef. Nak jadi cam Chef Zubir lak tu... buahahaha.
Blogger Ruby yang bersemangat menjalankan kewajipan sebagai blogger. Somi beliau Naim, juga bersemangat merasai segala makanan yang dihidangkan. Oh ya, TQ ya buatkan ABC untuk hakak :)
Mereka yang gembira setelah dapat berbuka dengan hidangan yang best2 dan istimewa. Rasanya lepas makan ramai yang takleh bergerak dari kerusi, kenyaaaaaang banget...

Kredit kepada Chef Elenna Mokhtar dan geng2 beliau yang gigih menyediakan pelbagai hidangan penuh selera. Dan juga tuan rumah/pemilik On The Tble---terharu dengan jemputan dan kata alu-aluan kepada saya dan rakan :) :)

So, uolllllllllss..sekali-sekala nak tukar selera atau bagi mereka yang malas nak masak dan fed up dengan masakan yang biasa-biasa. Marilah singgah di On The Table, untuk mencuba, gerenti makan senyum tak perlu kata apa-apa...
 A4-UG 1-08, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur
Untuk keterangan lanjut boleh tepon :  03-62079966.

On The Table Restaurant : Review Sempena Ramadhan 2013 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 16, 2013 Rating: 5

5 comments:

  1. terliur tgk ikan keli ebrlado ngan sayur lemak tu...untung dpt rezeki makan2

    ReplyDelete
  2. dapat invitation tapi x sempat nk pi ari tu

    ReplyDelete
  3. wow!! asam pedas nampak superb gayanya... kek coklat pun mantap yea...

    ReplyDelete
  4. tempat dia lawo jugak yer..
    akan singgah kalau ada masa dan rezeki :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.