Kafe Cinta Dalam Kopi, Datang Sekali Pasti Jatuh Cinta

Kafe Cinta Dalam Kopi, Datang Sekali Pasti Jatuh Cinta- Kafe Cinta Dalam Kopi, namanya cukup unik. Kafe cantik bermotifkan bungaan berwarna merah jambu ini sememangnya sentiasa mencuri hati. 


Apatah lagi konsep dekorasinya sangat berkait dengan elemen CINTA. Memang sangat sesuai bagi mereka yang hadir untuk meraikan rasa kasih sayang samada sesama pasangan, kawan mahupun keluarga.


Ini merupakan kafe pertama yang dibuka oleh SACC Food Chain Sdn Bhd (SFCSB), anak syarikat kepada SACC Convec Sdn Bhd (SCSB) sebuah anak syarikat milikan penuh PKNS. Kafe ini telah memulakan operasinya pada 5 Febuari 2024 dan pelancaran rasmi pembukaannya telah diadakan pada 17 Febuari 2024.


Lokasi Kafe Cinta Dalam Kopi adalah di level G, Evo Mall Bangi yang juga berdekatan d engan restoran makanan yang lain. Apa yang menarik Kafe Cinta Dalam Kopi menawarkan pelbagai menu Asia dan Barat yang dapat memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.


Dibuka seawal 10 pagi dan tutup pada jam 10 malam.Ini adalah selaras dengan waktu operasi Evo Mall setiap hari. Berada di sini bukan sahaja suasananya cukup tenang bahkan terdapat banyak ruang instagrammable spot untuk pelanggan bergambar kenangan,


Bahkan penampilan hidangan juga dengan food plating yang cukup menarik dan kemas. Dari hidangan berat sehinggalah ringkas semuanya ada ditawarkan disini. Antara menu yang korang boleh cuba seperti Big Breakfast CDK, Avocado & Egg Toast, Nasi Ambeng, Nyonya Mee Curry, Nasi Ayam Buttermilk, Spaghetti Aglio Olio Seafood, pastri, kek dan ada pelbagai lagi menu menarik.

Big Breakfast CDK

Spaghetti Aglio Olio Seafood

Nasi Ambeng

Grilled Chicken Toast

Pastri dan kek

Brownies

Biskut

Begitu juga dengan minuman, wajib untuk cuba kopi di sini. Antaranya saperti Salted Caramel Latte, Apong Latte, Gula Melaka Latte dan banyak lagi. Minuman sejuk seperti frappe, variasi minuman bersoda serta mojito antaranya Yuzu Mangga Soda, Strawberry Mojito Tea dan macam-macam lagi. 

Salted Caramel Latte

Frappe, air soda dan mojito

Bersempena dengan pembukaan secara rasmi Kafe Cinta Dalam Kopi, pihak pengurusan telah menawarkan pelbagai promosi menarik seperti:-
  • 300 biji kek cawan CDK
  • RM1 untuk pembelian kopi yang kedua
  • PERCUMA kek potong bagi pembelian minimum RM40
  • PERCUMA belon berbentuk hati
  • Baucer bernilau RM20 secara PERCUMA
  • Promosi 'Happy Hour' dua bekas bingsu RM22 sahaja bermula 5 Feb - 29 Feb 2024.

Kafe cantik dengan vibes yang cukup best! Kepelbagaian hidangan makanan yang enak pada harga yang cukup berpatutan. Jangan lupa untuk singgah dan rasai sendiri hidangan di sini. apatah lagi sekarang ada promosi menarik, jadi jangan lepaskan peluang!

Instagram : @cintadalamkopi
Facebook : @cintadalamkopi
Tik Tok    : @cintadalamkopi


Kafe Cinta Dalam Kopi, Datang Sekali Pasti Jatuh Cinta Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 19, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.