Bufet Ramadan : Warisan Ibunda di Hotel Concorde Shah Alam

Warisan Ibunda merupakan tema bufet ramadan Hotel Concorde Shah Alam pada tahun 2024. Sajian yang diperkenalkan adalah hidangan tradisi warisan ibu yang selalunya dimasak dan disediakan di rumah. 



Menawarkan 100 hidangan yang cukup menyelerakan. Antaranya seperti Kari Kepala Ikan Jenahak, Telur Ikan Merah Goreng Berempah, Paru Goreng Sambal, Sotong Masak Lemak Belimbing Buluh, Kambing Pangganag dan pelbagai lagi.







Dari masakan goreng, bakar, stim manisan semuanya sedap dan menarik. Air tangan chef-chef Hotel Concorde Shah Alam memang terbaik.





Harga Bufet
Baucar Bufet Ramadan Early Bird boleh didapatkan dari SEKARANG hingga 11* Mac 2024
👌RM 125 bersih setiap baucar.
Promo istimewa pada 3 hari pertama (12 - 14 Mac 2024) dan 3 hari terakhir (07 - 09 April 2024) harga Bufet Ramadan Warisan Ibunda adalah RM 125/nett (dewasa) dan RM 65/nett (kanak-kanak 5-12 tahun) . Tidak terpakai untuk warga emas.

Hari biasa dari 14 Mac hingga 6 April 2024, harga bufet Warisan Ibunda Ramadan:
👌RM 149/nett (dewasa)
👌RM 75/nett ( kanak-kanak 5-12 tahun)
👌RM 115/nett  (warga emas)

Concorde Hotel Shah Alam juga menawarkan bufet sahur dari 12 Mac - 09 April 2024 di Melting Pot
Kafe dari 3.30 pagi sehingga Imsak. Harganya ialah:
• RM 66 bersih bagi setiap orang dewasa
• RM 33 bersih setiap kanak-kanak (5-/2 tahun)

Istimewa di Hari Raya pertama dan hari kedua ditawarkan Bufet Hi-Tea pada harga RM 95/nett (dewasa) dan RM45/nett ( kanak-kanak 5 - 12 tahun).


Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan meja, hubungi  di talian 603-5520 8000 atau e-mel vasanthi@concorde.net.

Bagi mereka yang ingin berehat di hotel pada bulan Ramadan, promosi bilik Ramadan daripada RM 188 bersih setiap bilik setiap malam (Bilik Sahaja), atau daripada RM 228 bersih setiap bilik setiap malam termasuk bufe sarapan pagi untuk 2 orang untuk bukan Islam atau sahur untuk tetamu muslim.

Tempoh tempahan: SEKARANG - 14 April 2024
Tempoh penginapan : 1 Mac - 14 April 2024
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi  di 603-5520 000 atau e-mel shah@concorde.net.

Bubur Lambuk Percuma
Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba,  Hotel Concorde Shah Alam juga telah mengedarkan Bubur Lambuk legend mereka (telah menjadi tradisi sejak 20 tahun lalu).


Pihak pengurusan selaku tuan rumah hotel berkumpul sambil mengalu-alukan kehadiran orang ramai yang datang untuk menerima Bubur Lambuk percuma.


Penyediaan Bubur Lambuk disediakan oleh chef hotel dengan bantuan daripada pihak pengurusan. Penyediaan bermula seawal jam 7 pagi dengan 200 kg beras, dan banyak lagi bahan lain yang dimasak dalam periuk besar

.

Sebanyak 6,000 paket diedarkan dalam beberapa jam. Masyarakat Shah Alam telah beratur sejak awal pagi jam 11 pagi untuk mendapatkan Bubur Lambuk.

P/S: Antara bufet ramadan saya sangat rekomen. Kualiti dan pilihan makanan memang terbaik dan sedap.
Bufet Ramadan : Warisan Ibunda di Hotel Concorde Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 08, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.