Restoran Chopsticks by Muhammad Oon Menawarkan Perbagai Hidangan Versatil Chinese Muslim

Peminat hidangan chinese muslim, jangan lupa untuk singgah di Restoran Chopsticks by Muhammad Oon. Menawarkan dalam 200 hidangan setiap hari kepada pelanggannya samada dalam bentuk ala carte mahupun set, merangkumi makanan laut, masakan daging, sayuran dan pelbagai lagi.


Untuk info, ke semua hidangan di di Restoran Chopsticks by Muhammad Oon disediakan oleh chef yang cukup berpengalaman dalam bidang kulinari dengan menggunakan bahan-bahan halal, premium dan segar. Jadi tidak hairanlah, setiap pelanggan yang datang ke sini akan kembali lagi mencuba menu-menu yang mereka gemari mahupun mencuba menu baru.


Dekorasi didalam restoran sangat kemas, luas dan selesa. Tidak dinafikan ketika berada di sini, kita akan berasa seolah memasuki kedai kopitiam klasik yang punyai sentuhan dekorasi moden. Sekaligus seperti saya dapat mengembalikan kenangan ketika satu masa dulu yang sememangnya kaki lepak kopitiam lama di bandar Ipoh.

Variasi Versatil Hidangan Menarik Ada Ditawarkan
Restoran Chopsticks by Muhammad Oon mempunyai 4 outlet yang boleh diterjah iaitu di Tamarind Cyberjaya, TTDI Kuala Lumpur, Sri Hartamas dan Bangsar.  Terdapat 2 waktu operasi iaitu dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan 5 petang hingga 10 malam. Dibuka setiap hari ya!

Antara hidangan yang sering mendapat permintaan seperti Signature Hokkien Mee (paling banyak mendapat tempahan dari aplikasi Grab), Ginger & Sprong Onion Beef, Creamy Butter Chicken, Salted Egg Prown dan Kum Heong Lala.

Oh ya! Jika korang berhajat untuk datang makan besar ramai-ramai, terdapat 3 pilihan set yang boleh dicuba. Antara set tersebut adalah seperti berikut :-

SET A  - RM169 


Sesuai untuk 2-3 pax dengan 6 menu hidangan utama bersama minuman dan pencuci mulut.

APPETISER
Chopsticks Signature Platter

MAIN
Golden Glazed Prawn
Savoury Black Pepper Beef
Tofu Treasure Pot
Stir - Fried Baby Kailan with Garlic
Golden Omelette
Fragrant Steamed White Rice

DESSERT
Mango Pudding

DRINK
Basil Seed Lychee Syrup

SET B - RM309 


Untuk set B ada tambahan dari segi menu utama dan sesuai untuk makan-makan 5-6 pax.

APPETISER
Chopsticks Signature Platter

MAIN
Crispy Roasted Chicken (Half)
Kum Heong Lala
Tom Yam Seafood Soup
Savoury Black Pepper Beef 
Signature Nyonya Fish Fillet
Kangkung Belacan
Sauteed Eggplant with Dried Shrimp
Golden Omelette
Fragrant Steamed White Rice

DESSERT
Mango Pudding
Assorted Fruits

DRINK
Basil Seed Lychee Syrup

SET C - RM569


Makan ramai-ramai memang meriah. Jika datang 9-10 pax. Saya memang rekomen set C.

APPETISER
Chopsticks Signature Platter

MAIN
Thai Style Spicy Lemon & Garlic Steamed Grouper
Crispy Roasted Chicken
Golden Glazed Prawn
Crispy Golden Yam Basket
Curry Chicken in Fried Mantau
Kum Heong Lala
Ginger & Spring Onion Beef
Spinach with Goji Berry
Fragrant Steamed White Rice

DESSERT
Mango Pudding
Assorted Fruits

DRINK
Basil Seed Lychee Syrup

Antara Hidangan Yang Saya Rekomen

Kum Heong Lala

Antara yang saya rekomen. Sedap! Ada rasa pedas-pedas kicap. Kombinasi dengan makanan laut yang segar menjadikannya hidangan yang cukup berbaloi untuk dicuba.

Ginger & Spring Onion Beef 

Hidangan yang pasti akan repeat order lagi jika ke sini lagi. Daging dipotong nipus yang cukup lembut dan berjus. Rasa halia, bawang dan perisa lain yang disatukan bersama memang padu. Saya siap meratah begitu sahaja  lagi.

Golden Glazed Prawn 

Seperti yang dikata makanan laut di sini memang segar dan premium. Kualiti dari segi rasa memang tidak boleh dipertikaikan lagi. MAsakan udang ini ranggup diluar tapi isi udang didalam sangat lembut dan berjus.

Thai Style Spicy Lemon & Garlic Steamed Grouper

Makan panas-panas dengan nasi putih, kita pasti menambah 2 kali. Cukup rasa masam-masam pedas memang memikat jiwa.

Crispy Golden Yam Basket

Unik sangat hidangan ini. Masakan keladi dengan adanya lauk didalamnya. Surprisingly, suami saya cukup sukakannya.

Curry Chicken in Fried Mantau

Kari ayam yang enak di nikmati bersama mantau di bahagian bawah. Cara penyediaan memang sangat kreatif dan unik.

Crispy Roasted Chicken

Ayam bakar chinese style. Anak-anak memang akan suka pada hidangan ini.

Tom Yam Seafood Soup 

Tom yam di sini tidaklah terlalu pedas. Ada pelbagai jenis seafood didalam hidangan tom yam ini. Menu hidangan ini juga sesuai untuk anak-anak.

Tofu Treasure Pot

Hidangan yang paling suka sebab saya peminat tofu. Makan panas-panas dari periuk tanah sememangnya kenikmatannya agak berbeza.

Secara keseluruhan memang saya cukup puas hati dapat menikmati hidangan di sini. Sangat rekomen pada mereka yang ingin datang makan ramai-ramai (makan besar) kerana restoran ini dapat menyediakan ruang makan yang cukup luas dan selesa.


Minuman air panas seperti teh tarik juga korang kena cuba. Serius, sedap. Pengalaman jujur saya menikmati makanan kat sini bersama suami dan kami berdua bersetuju air teh tarik di sini antara yang kaw, padu teruk! Selain ditawarkan hidangan dalam bentuk set terdapat juga hidangan ala carte dan set tengahari.

Boleh ikuti media sosial Restoran Chopsticks by Muhammad Oon samada di IG, FB dan Tik Tok - @chopsticksbymo.


Restoran Chopsticks by Muhammad Oon Menawarkan Perbagai Hidangan Versatil Chinese Muslim Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 03, 2023 Rating: 5

6 comments:

  1. nampak sedap betullah crispy roasted chicken tu. minum pulak dengan teh tarik. wow!

    ReplyDelete
  2. First time g kat Bangsar, sedappp ooo Lor Bak dia 😍

    ReplyDelete
  3. Menarik betul menu2 kat sini! Memang tercari2 makanan chinese muslim area cyberjaya! Tak sabar nak try!

    ReplyDelete
  4. I like the food at Restoran Chopsticks by Muhammad Oon. So authentic and yum

    ReplyDelete
  5. Wow the food looks so good and they also have many varieties

    ReplyDelete
  6. Tengok pun terliur bah dishes yang mereka served here! Not bad juga kan set yang ada! Boleh consider bawa my family go dining here nanti..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.