Sushi King Meraikan Pemenang Hadiah Utama

Kempen 1 Million Happy Members Sushi King kini telah menemui pemenang utama yang menawarkan hadiah pakej melancong ke Jepun. Satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Restoran Sushi King cawangan Sunway Pyramid bagi meraikan pemenang utama yang bertuah.

Kempen 1 Million Happy Members
Untuk info Kempen 1 Million Happy Members telah berlangsung sepanjang bulan Mei yang lepas dan berjaya menerima lebih dari 50,000 penyertaan dari ahli setia Sushi King. Setiap ahli yang menyertai berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM1,000,000. Antaranya termasuklah gajet terkini seperti peranti Oppo, jam tangan Apple begitu juga dengan  kad hadiah Uniqlo, tawaran makan dan 600,000 Smile Points. Smile Points dan juga pakej percutian yang menyeronokkan! 


Encik Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King Sdn. Bhd. berkata, 
Kami amat bersyukur atas sokongan dan kesetiaan pelanggan kami yang tidak berbelah bahagi. Mereka telah mendorong kami untuk mencapai kejayaan luar biasa 1 juta Happy Members. Kami terharu dengan penghargaan mereka terhadap Sushi King dan budaya makanan Jepun. Melalui kempen ini, kami dapat mencipta pengalaman yang bermakna buat ahli-ahli kami dimana mereka akan mendapat ganjaran sambil menikmati hidangan Sushi King kegemaran mereka.

Tahniah Kepada Pemenang
Penghargaan buat ahli yang ke sejuta, Mohd Shahrin Samian, telah menerima ganjaran makan percuma di Sushi King selama setahun. Begitu juga dengan pemenang bertuah bertuah hadiah utama iaitu Vyvian Elvy Jefry yang merupakan seorang suri rumah warga Sabah telah berjaya memenangi hadiah utama percutian ke Jepun. Siapa sangka lawatan pertama beliau ke Sushi King ITCC Penampang untuk menjamu selera memberikan kenangan manis yang cukup bermakna.

Kami bertekad untuk menjadikan Sushi King sebagai Your Happy Sushi Place di mana pelanggan kami dapat merasai kenikmatan dan keistimewaan budaya makanan Jepun melalui hidangan yang menyelerakan
tambah Encik Mori.

Pengenalan Kepada Hidangan Baru
Sushi King bakal memperkenalkan pelbagai inisiatif yang inovatif untuk menarik lebih ramai pelanggan seperti promosi dan penawaran menu baru termasuk Japonica Unagi gred premium dan Ramen Jepun yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Penambahan baru ini adalah bukti komitmen Sushi King untuk memastikan pengalaman menjamu selera yang baik kepada semua pelanggan mereka. 

Japonica Unagi

Ramen Japun

Jom muat turun aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menjadi ahli Sushi King hari ini. 


Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi Sushi King dan banyak lagi, sila layari laman web rasmi mereka di www.sushi-king.com. Ikuti Sushi King di Facebook (@sushikingasia) dan Instagram (@sushikingmalaysia) untuk sentiasa menerima maklumat terkini tentang kempen dan promosi mereka.
 
Tahniah kepada pemenang :-)

Sushi King Meraikan Pemenang Hadiah Utama Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 14, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. bestnya hadiah holiday to japan tu.....teringin nak repeat cuti2 tokyo :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.