Jom Bercuti Ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel
Jom Bercuti Ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel -Sawadikap! Rindu untuk melihat dan berjalan-jalan ke luar negara? Apa kata korang pergi bercuti ke Hatyai bersama KOPETRO Travel yang menawarkan perjalanan percutian yang sangat lancar dan padat dengan program yang cukup menyeronokkan. Jom ikuti pengalaman percutian saya ke Hatyai Thailand selama 4 hari 2 malam bersama KOPETRO Travel dari 9 sehingga 12 Jun 2023.
Sawadikap Hatyai!!!
Perjalanan percutian adalah bersama bas KOPETRO Travel dengan pakej berkumpulan yang melawati 3 destinasi utama iaitu Hatyai, Songkhla dan juga Danok. Biarpun pakej percutian bersama pengangkutan bas, keselesaan sentiasa menjadi keutamaan. Sepanjang perjalanan ke Hatyai, saya dapat berehat sepenuhnya didalam bas dan di setiap perhentian terpilih bas berhenti membolehkan kami menyegarkan badan, menggalas perut, solat dan sebagainya.
Geng bas KOPETRO Travel ke Hatyai
Bas bertolak 9 malam dari bandar Kuala Lumpur dan tiba di Kuala Nerang Kedai di awal pagi (subuh) dan mula memasuki sempadan Thailand lebih kurang jam 8 pagi.
Muka bahagia setelah melepasi imigresen Thailand :p
Hari Pertama Di Hatyai
Dekorasi dengan gaya tersendiri - Amazon Cafe
Selesai sahaja pemeriksaan imigreseb. Kami terus bergerak ke Hatyai. Sempat untuk singgah untuk merasai minuman di Amazon Cafe. Kedai kopi yang cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia dan wajib dikunjungi jika memasuki Thailand.
Seterusnya kami singgah di Butik RoseCarree, kedai yang menjual tudung, kain dan pakaian seperti kemeja, jubah serta pelbagai lagi. Memang cantik-cantik corak rekaan kain yang ditawarkan di sini.
Diusahakan oleh usahawan melayu Hatyai yang berjiwa besar
Makan tengahari kami adalah di Restoran Rusdee Boat Noddle yang menawarkan pelbagai hidangan thai yang halal. Memang banyak pilihan makanan di sini, puas kami menikmatinya. Kelainannya dari segi rasa yang lebih autentik dan unik, Datang sini jangan lupa untuk mencuba red ruby dessert, beef boat noodle, special boat noodle, nasi goreng seafood (berlambak ya hidupan laut).
Cantik, luas dan selesa
Kepelbagaian hidangan autentik thai halal ditawarkan di sini
Memborong di Kedai Gajus
Kepelbagaian kudapan ringgan, makanan kering ada di sini
Sebelum mendaftar masuk ke hotel, kami dibawa ke Nora Plaza yang cukup terkenal dengan barangan kulit. Pelbagai jenis kulit ditawarkan di sini, antaranya seperti kulit buaya, ikan pari dan pelbagai lagi. Bagi yang mencari tas tangan, tali pinggang, Nora Plaza adalah destinasi yang perlu dikunjungi.
Nora Place
Beg duit kulit ikan pari
Besar dan luas, Nora Place
Kami menginap di River Grand Hotel yang mesra muslim. Bilik agak luas dan selesa dengan dua katil bersaiz super single di dalamnya. Kemudahan seperti peti ais, tv, penyaman udara dan pelbagai lagi ada disediakan di dalam bilik untuk saya bermalam selama 2 hari. Sarapan secara bufet hotel turut disediakan sepanjang saya menginap di hotel tersebut.
Menginap 2 malam di sini :-)
Bilik yang selesa dan luas
Makan malam adalah di Khlong Hae Buffet Steamboat. Restoran yang menawarkan secara buffet ini dibuka dari jam 2 petang hingga 10.30 malam (waktu Thailand). Ada pelbagai jenis hidupan laut yang segar-segar seperti udang, lala, sotong, ikan dan pelbagai lagi. Eat all you can tetapi jangan ada pembaziran.
Ada banyak parkir untuk kenderaan ringan ada disediakan di sini
Nom nom..kesegaran hidupan laut di sini memang terbaik!
Perjalanan kami diteruskan ke Khlong Hae Floating Market yang sememangnya cukup terkenal d Khlong Hae Floating Market land. Ibarat seperti pasar malam mega tetapi keunikkannya ada jualan di atas perahu. Kita boleh membeli makanan serta minuman yang popular di sini seperti Nasi Kha Mok, tom yam seafood, pulut mangga, thai ice tea dan macam-macam lagi.
Suasana malam di Floating Market yang cukup meriah
Floating Market hanya dibuka pada hujung minggu dan ianya antara tarikan destinasi pelancong yang datang ke Hatyai. Berada di sini cukup seronok dengan kemeriahan malam di tepi sungai dan suasana pengunjung yang bertali-arus datang membeli.
Malam pertama di Hatyai kami sempat berjalan-jalan di Lee Garden Night Market yang lokasinya tidak jauh daripada hotel penginapan. Banyak street foods ada ditawarkan di sini. Sempat juga singgah berbelanja di kerdai serbaneka 7Eleven, Watsons dan juga mendapatkan servis urutan. Wajib mengurut bila berada di Hatyai, ini kerana caj yang dikenakan sangat murah. Contohnya urutan thai satu badan hanyalah 200 baht.
Berada di negeri Gajah Putih ini jangan pernah tidak mencuba menaiki tuk tuk. Kenderaan seperti teksi yang biasanya mengenakan caj sebanyak 20 baht untuk setiap penumpang.
tuk-tuk, woot woot
Hari Kedua di Hatyai dan Songkhla
Usai bersarapan pagi di hotel, kami bergerak ke Chang Puak Camp. Ini juga antara lokasi tarikan pelancong yang ingin melihat, mendekati dan menaiki gajah. Caj menaiki gajah didalam 500 baht sahaja. Terdapat juga aktiiviti lain yang dsediakan seperti ATV, persembahan gajah dan pelbagai lagi.
Menunggang gajah
Bermain ATV
Saya sempat bergambar dan diangkat gajah menggunakan belalai. Harga yang dicaj untuk aktiviti ini hanyalah 100 baht sahaja. Sangat puas hati dan ianya merupakan pengalaman pertama buat saya diangkat oleh gajah menggunakan belalai.
Ramai yang kata, The Central Mosque of Songkhla diumpamakan seperti Taj Mahal yang berada di India. Dengan rekaan bentuk masjid lama serta terdapat kolam memanjang berhadapan dengan masjid menjadikan kawasan ini mempunyai aura seperti Taj Mahal yang sememangnya masyur dengan senibina epik dan telahpun disenaraikan antara 7 keajaiban di dunia.
SeaVerse Cafe & Restaurant merupakan lokasi yang cukup sesuai untuk datang berOOTD mahupun bergambar berkumpulan dengan persekitaran pemandangan yang sangat indah. Ada jambatan gantung yang cukup menarik dan anda boleh datang ke sini untuk lepak-lepak minum bersama rakan mahupun keluarga.
Pemandangan didalam SeaVerse yang sangat cantik
Saya memang rekomen untuk mencuba minuman butter beer di kafe di sini. Sedap sangat!
Outstanding!
Sampai di Thailand, haruslah kita mencari pantai. Namun begitu kawasan pantai yang berdekatan Songkhla adalah Samila Beach. Perut perlu d isi sebelum meneruskan perjalanan, maka kami memilih untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Restoran Islam Pai Daeng yang terletak berhadapan dengan pantai.
Cantik kawasan di luar restoran ini tau!
Memang sangat rekomen. Ini kerana ke semua makanan yang kami nikmati dari restoran ini memang terbaik dari segi kualiti rasa dan portion banyak ya! Ada ikan siakap masak keongsam (menggunakan ubut kelapa), telur dadar thai, udang masak masam-manis, ikan goreng garing (saya tak pasti ikan apa, tapi memang keranggupannya cukup padu), sayur kangkung goreng belacan, buahan dan minuman sejuk.
Muka masih tenang walaupun kelaparan tengok hidangan enak di hadapan mata
Dari segi rasa memang padu teruk!
Namun sebelum ke pantai, kami telah berjalan-jalan di Pekan Lama Songkhla dengan menaiki tram yang dibawa khas oleh Singora Tram Tour.
Tram yang membawa kami bersiar-siar di Pekan Lama Songkhla
Sempatlah kami melihat kuil-kuil lama (yang ada sudah menceceah lebih 100 tahun) yang ada di pekan ini, kepelbagaikan kafe hispter, street food, muzium, street art dan pelbagai lagi. Seronok snagat biarpun penat. Yup! Penat bergambar :-)
Pekan lama Songkhla :-)
Kiri kanan kafe hipster ya!
Muzium di pekan lama Songkhla
Sebelum kembali ke Hatyai, kami singgah Pantai Samila yang cukup cantik dan bersih. Ada tugu/patung mermaid di sini. Dikatakan ada kisah di sebalik kewujudan mermaid tersebut. Menurut kisah lagenda lama tentang seorang gadis yang bercinta dengan pelaut. Siapa sangka dirinya hamil dan beliau begitu setia menunggu kekasihnya pulang sehingga menjadi batu.
Patung/tugu Mermaid
Di Pantai Samila
Bersih dan cantik pantainya
Di waktu senja sebelum sampai ke hotel, kami singgah di ASEAN Night Bazaar. Di sini diibarat syurga membeli-belah. Ini kerana terdapat banyak sangat kedai yang menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, beg dan pelbagai lagi.
Welcome to Asean Night Bazaar
Rambang mata :-)
Disebabkan malam masih muda, kami singgah juga lagi Lee Garden Night Market. Menikmati makan malam di Restoran Hameed dan percaya atau tidak sampai di Thailand inilah pertama kali kami merasai masakan tomyam. Serius, memang sedap!
Suasana malam di sini yang cukup meriah apatah lagi dengan kehadiran pelancong dari negara luar seperti Malaysia.
Hari Ketiga di Hatyai dan Danok
Hari terakhir kami di Hatyai, kami mulakan perjalanan dengan bersarapan pagi, daftar keluar hotel dan seterusnya ke Big Bee Farm. Di sini kami boleh melihat perusahaan madu lebah secara lebih dekat. Bagaimana perternakan lebah-lebah di sini yang di jaga rapi dan berada di dalam kawasan persekitaran yang sememangnya bersih.
Bukti kami hadir di sini, Big Bee Farm
Ramai juga yang memborong madu asli, krim wajah, pencuci muka, kudapan dari madu dan pelbagai lagi. Kami juga banyak belajar tentang bagaimana penghasilan madu dan telah diberikan penerangan yang jelas terutama di dalam membezakan madu matang, madu asli dan juga bukan asli.
Pekan Danok yang tenang di hari Isnin
Sebelum memasuki sempadan Malayia, kami telah singgah di Danok pekan kecil yang menawarkan pelbagai produk Thailand. Sempat juga kami menikmati hidangan ringkas di sini seperti daging bakar dan juga air kelapa.
Welcome to 7Eleven Danok!
Ramai juga dikalangan peserta rombongan yang memborong makanan di sini terutama di kedai serbaneka 7Eeleven. Yup! Semata-mata mahu menghabiskan duit baht yang masih berbaki. Di kedai-kedai kecil Pekan Danok ini juga kita boleh cuba tawar-menawar dan sekiranya bernasib baik barangan yang dibeli boleh dibayar dengan harga yang cukup berpatutan.
Macam-macam ada di Pekan Danok ya!
Jom Bercuti Ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel
Bercuti bersama KOPETRO Travel memang cukup seronok dan sangat berbaloi. Jika dilihat pada pakej yang ditawarkan memang sangat berpatutan, harga luar jangkaan. Terdapat 2 pakej yang diperkenalkan iaitu :-
- RM379 (Pengangkutan + Penginapan)
- RM659 (Pengangkutan + Penginapan+ Makan)
Pakej yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel sesuai untuk percutian samada secara berkumpulan, berpasangan dan juga disertai keluarga. Untuk setiap trip minimum adalah 35 peserta dan percutian adalah bersama dengan bas KOPETRO Travel.
Bandar Songkhla mana mungkin boleh dilupakan
Hatyai Thailand, negara jiran yang mempunyai pelbagai tarikan. Walaupun Hatyai dikatakan syurga makanan, namun jika berpeluang melawat kawasan-kawasan yang unik dan menjadi tumpuan pelancong tanpa perlu memikirkan perancangan perjalanan memang mennggandakan keseronokan bercuti.
Street foods!
Ini terutama dari segi kepelbagaian makanan yang boleh dicuba. Kawasan membeli-belah terbaik, ini kerana terdapat banyak sangat barangan yang dijual pada harga cukup murah jika kita dapat pergi ke lokasi kedai jualan yang tepat.
Banyak lokasi menarik di Hatyai!
Di samping itu, Hatyai adalah negara yang mesra muslim jadi agak mudah untuk kita dapatkan makanan halal di sini. Lebih menyeronokkan masyarakat Thailand cukup peramah. Percutian ringkas tetapi padat dengan aktiviti memang meninggalkan memori yang cukup manis di sanubari.
Perkhidmatan Kopetro Travel memang terbaik!
Apa yang pasti, jika diizinkan saya ingin kembali bercuti bersama KOPETRO Travel untuk menerokai bumi Thailand yang cukup luas dan unik dengan identiti mereka tersendiri.
Keterangan lanjut mengenai KOPETRO Travel boleh layari laman media sosial mereka:-
#kopetrotravel #jomcutisakan #travel #hatyai #thailand
Jom Bercuti Ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 20, 2023
Rating:
Best p Haytai.. Jom repeat
ReplyDeleteharga tu memang sgt ok!!! bestnya holiday :)
ReplyDeletejom bercuti lagikkkk
ReplyDeleteNext time, sila ajak I sekali please. Nak gak jejalan ngan korang semua. Nampak meriahnya. And Hatyai dah bangkit balik - looks better dan meriah than before.
ReplyDeletebestnyaaa tak penah bosan kalau ke hatyai ni.bulan 3 haritu dah pi tengok post akak rasa nak pi lagi
ReplyDeleteMemang seronok pergi Hatyai! Selain byk tempat menarik untuk dicover, seronok tengok gelagat rakan2 yg pelbagai hehe :)
ReplyDeleteberbaloi juga pakej dengan Kopetro Travel ni, boleh la ajak big family pergi trip ke Thai ramai2 nanti
ReplyDeleteMemang terbaek banyak aktiviti menarik, semua planning and juga harga also reasonable
ReplyDeletewow seronoknya berjalan jalan dekat hatyai. Nanti boleh la ajak geng hiking pergi jalan ke Jatyai pulak :)
ReplyDeleteSeronoknya kak dpt jalan2 ke hatyai ikut pakej... Nampak lagi meriah bile g ramai2 ni
ReplyDeleteMenariknya percutian di Hatyai. Banyak aktiviti dan tempat2 menarik yang dilawati. makanan dan sajian kat sana pun nampak sedap juga
ReplyDeleteAfter reading your story it makes me miss my travel time at hatyai la...gonna be back again for.shopping. cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteSeronok pergi Hat Yai. Macam jalan-jalan kat Jalan TAR tapi lagi murah dan banyak pilihan. Makan pun sedap. Hotel murah. Aaaa rindunya nak makan best. Jun hari tu pun family ke Jat Yai..next Deepavali pun mereka nak pergi. Macam balik kampung. Hehehehe.
ReplyDelete