DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS Penyelesaian Inovatif Memberi Rasa Segar Untuk Mereka Berhijab

Tidak dinafikan kebanyakan wanita Muslim di Malaysia memang memakai hijab. Dan hijab juga telah berkembang dari segi fungsi dan gaya dengan kehadiran trend fesyen hijab yang terkini. Memang stylo!


Walau bagaimanapun, keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap, serta gelombang haba yang dialami di seluruh negara ketika in menyebabkan kita berpeluh, tidak kira lelaki, wanita atau kanak-kanak. 

Dengan suhu mencecah 35°C di sesetengah kawasan di Malaysia, pemakaian hijab menjadi agak mencabar. Memandangkan pemakaian hijab melibatkan penutupan aurat sepanjang hari, terutamanya kepala, ia meningkatkan tahap kelembapan rambut yang kemudiannya menyebabkan hijab dipenuhi dengan kesan peluh. 

Selain itu, peluh turut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan membuatkan pemakai hijab berasa tidak selesa, resah gelisah, sehingga menjejaskan keyakinan diri mereka. 


Sebagai bukti komitmennya terhadap inovasi dan bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berevolusi, Daia, jenama pencuci pakaian memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, satu penyelesaian inovatif yang menghapuskan semua bau termasuklah bau peluh ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, memberikan kesegaran sepanjang hari. 


Jurucakap Gentle Supreme Sdn Bh, Eliza Yanti berkata, Cuaca panas di Malaysia menyukarkan pemakaian hijab. Apabila kita berpeluh, bakteria daripada peluh aka terperangkap pada pakaian kita dan menyebabkan bau busuk. Saya dengan sukacitanya memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, yang dirumus dengan formulasi terkini, memberikan Kawalan Bau Peluh berprestasi tinggi yang dapat menghilangkan semua bau ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian lebih bersih dan kekal segar sepanjang hari. Harumannya yang segar dan kekal lama membantu mencegah bau yang tidak menyenangkan, supaya anda dapat kekal aktif dan segar sepanjang hari.
Sebagai jenama terkemuka di kalangan jenama pencuci pakaian premium berstandard tertinggi, kami komited untuk sentiasa member penyelesaian berinovasi yang memenuhi keperluan pengguna kami. Dengan mengembangkan portfolio pencuci pakaian kami, kami dapat menembusi kategori pencuci pakaian khusus untuk hijab kerana kami menyedari adanya peningkatan permintaan untuk pencuci pakaian yang dirumus khas untuk memberikan kesegaran sepanjang hari kepada pemakai hijab dan keluarga mereka,
tambah beliau. 


Daia Hijab All Day Freshness dengan formula terkini dengan Teknologi Smart lon™ dan Kawalan Bau Peluh yang memberikan prestasi standard tertinggi cucian kerana ia mampu membasmi 99.9% bakeria, menanggalkan kotoran degil, dan menghapuskan-semua bau peluh ketika dicuci serta meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian bersih dan kekal  segar sepanjang hari. la boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair yang mana kedua-duanya lembut di tangan dan sesuai untuk pengeringan dalam rumah.

Pelancaran Daia Hijab All Day Freshness
Daia Hijab All Day Freshness baharu dilancarkan hari ini di Malaysia oleh artis terkenal tempatan, Lisa Surihani, Duta Jenama rangkaian produk Daia.


Dengan adanya pencuci pakaian yang sesuai dengan keperluan keluarga anda pasti akan memudahkan kerja mencuci pakaian. Inilah kelebihan Daia Hijab AlI Day Freshness. la membolehkan anda menggunakan satu produk untuk mencuci hijab dan pakaian keluarga anda, menjadikan serba guna dan pilihan yang praktikal. 

Dengan menggunakan Daia Hijab All  Day Freshness, saya pasti percayakan bukan sahaja hijab saya, tetapi semua pakaian keluarga saya turut mendapat cucian dan kesegaran berkualiti tinggi. Jadi, say tidak perl membeli pencuci pakaian yang berasingan atau bimbang mengenai tahap kebersian atau wangian yang berbeza bagi setiap jenis pakaian yang dicuci. Kepada semua pengguna yang bercadang menggunakan Daia sebagai pencuci pakaian pilihan mereka, saya syorkan kepada mereka agar segera bertukar kepada Daia. Percayalah kepada reputasi dan rekod cemerlang jenama ini
 kata Lisa Surihani, Duta Jenama rangkaian produk Daia.


Selain berkongsi pengalaman menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para peminat. Ramai rupanya peminat Lisa Surihani dan produk Daia :-)

Cecair Pencuci Pakaian Daia Smart Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan RM26.90 untuk sebotol 3.8kg, manakala pek isian semula 1.7kg dijual pada harga RM11.90. Serbuk Pencuci Pakaian Daia Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan RM5.95, RM15.90 dan RM25.50 masing-masing untuk 750g, 2.3kg dar 3.8kg. Produk ini boleh dibeli di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara.

P/S: Saya dah cuba. Memang segar baunya. Paling penting aromanya kekal lama dan fabrik lembut mudah di gosok. Korang kena cuba :-)


DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS Penyelesaian Inovatif Memberi Rasa Segar Untuk Mereka Berhijab Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 02, 2023 Rating: 5

12 comments:

  1. ramai fans lisa ni termasuk lah i hehheh

    ReplyDelete
  2. Dah try, mmg bau wangi... Tahan lama jugak, sidai dlm rumah pun tak bau hapak!!!

    ReplyDelete
  3. Nice. Tahniah Daia sebab dah sediakan pencuci yang sesuai untuk seisi rumah. Mesti baunya wangi kan

    ReplyDelete
  4. daia memang wangiiiii. guna sikitnpun dah wangi. memang daia terbaikkkk

    ReplyDelete
  5. Dah pakai sabun ni, memang wangi and tahan lama gak bau dia.

    ReplyDelete
  6. Pilihan terbaik untuk seisi keluarga. Pakaian semua bersih and harum semerbak.

    ReplyDelete
  7. Yaya memang pengguna Daia. Boleh la cari kat pasaraya nanti tak sabar nak cium bau dia hee

    ReplyDelete
  8. This variant memang sesuai dengan time ni lah yang panas panas kita pula kuat peluh.

    ReplyDelete
  9. saya boleh rekemen wife saya pakai ni, macam best

    ReplyDelete
  10. Ohh wow ..this is a good brand, gonna share it with my Muslims colleagues so they can consider to use it. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  11. Good to know about this new range, specially created for those berhijab bah kan! Ada try smell the scent and fresh ooo!

    ReplyDelete
  12. Daia ni memang best. Keluar pula produk Daia hijab dengan bau segar. Ruby dah guna sejak Ramadan hari tu. Ada contest Umrah juga kak. Seronok jadi pengguna sambil join contest. Ehe.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.