Makan Besar Bersama Keluarga di Pak John BBQ & Steamboat Aeon Shah Alam



Makan Besar Bersama Keluarga di PakJohn BBQ & Steamboat Aeon Shah Alam- Memang seronok apabila dapat berkumpul bersama ahli keluarga dan dapat menikmati pelbagai hidangan menarik. Dan ianya adalah free flow dengan mengambil kira tidak boleh membazir dan makan sampai puas. Pastinya pilihan terbaik tentulah di Pak John BBQ & Steamboat di Aeon Shah Alam.


Pak John BBQ & Steamboat di Aeon Shah Alam yang terletak di aras 1 pusat membeli-belah ini boleh memuatkan sehingga 168 pax untuk satu-satu masa. Agak luas juga sebenarnya. Disediakan satu bilik VIP yang boleh ditempah khas (awal) sekiranya hendak diadakan majlis atau makan-makan dalam keadaan yang lebih privasi.

Konsep dapur terbuka diperkenalkan, jadi kita dapat lihat bagaimana krew restoran  menyediakan serta menyiapkan hidangan untuk tetamu yang hadir untuk menikmati buffet.

Pelbagai Hidangan Menarik Ditawarkan.
Selain daripada masakan panas yang telah tersedia seperti nasi goreng dan mee goreng, Terdapat juga Tteokbokki dan pelbagai lagi. 

Saya yang juga meminati masakan panas-panas yang dimasak sendiri seperti steamboat dan bbq, pastinya akan ke bahagian daging perapan serta hidangan steamboat.

Macam-macam jenis daging perapan ada.Begitu juga makanan laut seperti sotong, udang, lala, pepahan, clam dan sebagainya.

Sayur-sayuran segar!

Fishball, crab ball, fish cake dan pelbagai lagi. 

Memang rambang mata memilihnya.

Ada juga yang suka nikmati bersama mi. Boleh pilih pelbagai jenis mi kering ada ditawarkan di sini.

Terdapat juga hidangan riggan bergoreng disediakn di sini. Antar alain seperti keropok lekor, nugget, tauhu sumbat dan pelbagai lagi.


Untuk buffet hujung minggu ada disediakan daging premium. Untuk hari biasa pelanggan boleh request untuk daging ini ya! Tapi ada charge khas tapi harganya cukup berpatutan.


Ada daging, hirisan ayam dan itik. Dan ianya semua adalah daging premium.


Oh ya! Untuk cawangan PakJohn BBQ & Steamboat di Aeon Shah Alam, turut disediakan dim sum. Tidaklah nayak sangat pilihan, namun sudah mencukupi untuk ambil dan nikmati secara santai-santai selepas menikmati hidangan BBQ dan Steamboat.


Untuk pencuci mulut disediakan waffle dan juga ais kacang.


Selain itu terdapat juga ais krim, puding dan juga biah-buahan potong. Oh ya! Saya juga sempat mencuba rojak buah yang ada disediakan di sini.


Minuman panas dan sejuk, pelanggan boleh pilih mengikut kesukaan.


Makan Satu Keluarga Memang Meriah.


Ada macam-macam pilihan sup di sini. Jadi kemai memilih tomyam dan juga kimchi. Kuah kimchi agak unik sedikit kerana ada rasa masam-masam manis dan pedas. Saya cukup gemarkan rasanya.


Begitu juga dengan pilihan sos. Dari sos kuning, sos Thai dan pelbagai lagi. Kita boleh ubah dan campur sendiri. Ataupun kita boleh cuba sos istimewa dari Pak Joh Steamboat & BBQ sendiri. Sedap betul!


Menikmati hidangan PakJohn BBQ & Steamboat Aeon Shah Alam secara santai-santai memang memberi kepuasan. Apatah lagi keluasan outlet di sini memudahkan pergerakan sekaligus memberi keselesaan.


Staf di Pak John BBQ & Steamboat Aeon Shah Alam semuanya peramah dan sangat membantu. Memang sangat pantas dan efisien setiap kali perlukan pertolongan terutama dalam mengawal keadaan api ketika sedang steamboat ataupun bbq.


Ini antara trademark Pak John BBQ & Steamboat, iaitu lukisan mural memaparkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 


Yesza!! Memang saya rekomen Pak John BBQ & Steamboat Aeon Shah Alam. Sangat berbaloi pada harga buffet yang ditawarkan dengan hidangan segar yang kepelbagaian.

Jom ber'steamboat bersama famili, pasti puas hati.

Untuk Pak John BBQ & Steamboat Aeon Shah Alam dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9.30 malam.

Selain AEON Shah Alam, Pak John Steamboat & BBQ mempunyai cawangan di :-
- Tropicana Gardens Mall, PJ
- IOI City Mall, Putrajaya
- Great Eastern Mall, KL
- Aeon Kota Bharu

Untuk booking dan pertanyaaan boleh terus wasap di 0163330378 / 0163330891 atau https://wa.link/n3awgr
Makan Besar Bersama Keluarga di Pak John BBQ & Steamboat Aeon Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 24, 2022 Rating: 5

4 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.