Review Movie : The Doll 3


The Doll 3 mengisahkan Tara yang telah kehilangan adiknya Gian kerana membunuh diri. Gian adalah salah satu ahli keluarganya yang tinggal selepas ibubapanya maut dalam kemalangan di jalan raya.


Aryan teman lelaki Tara telah menghadiahkan sebuah patung  AI bernama Bobby. Dan patung ini telah menjadi barangan kesayangan Gian sehingga akhir hayatnya.


Kerana terlalu rindukan Gian, Tara telah melakukan sesuatu yang menyebabkan patung Bobby itu dimasuki roh Gian.

Banyak perkara yang berlaku menyebabkan Tara merasa menyesal atas perbuatannya. Bagaimanakah kesudahan roh Gian dudalam patung Bobby.?

 Di pengakhiran cerita membongkar segala rahsia tentang kematian ibubapa Gian dan Tara.

Review Saya:
Filem seram Indonesia ini bagi saya mengambil inspirasi dari 2 filem hantu yang cukup popular iaitu Chucky dan The Annabelle. Kisah patung yang dimasuki roh jahat.


Walaupun begitu plot jalan cerita adalah berbeza. Dan tidak dinafikan sepanjang menonton memang ada banyak part terkejut-kejut memandangkan Bobby a.k.a Gian suka membunuh.
Keadaan fizikal dan rupa patung itu memang sudah menggerikan. Ini terutama ketika beliau hendak membunuh. Kekadang saya merasakan Bobby a.k.a Gian memang psiko.


Filem ini dikelaskan sebagai 18sx dan hanya sesuai untuk tontonan mereka yang berusia 18 tahun ke atas. Filem terbitan Hitmaker Studios diarahkan oleh Rocky Soraya telah dibintangi oleh Jessica Mila, Winky Wiryawan, Muhammad Zidane dan ramai lagi.
Review Movie : The Doll 3 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 20, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. scarynya citer ni ayu hehhe i memang tak berani la nak tgk citer2 genre gini..tp kalau baca org tulis ok jer..sbb selalu baca citer2 kat fiksyen shasha tu hahahha

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.