Jom Nikmati Buah Blueberry Dari U.S. Highbush Blueberries Yang Kaya Dengan Pelbagai Kebaikan

Jom Nikmati Buah Blueberry Dari U.S. Highbush Blueberries Yang Kaya Dengan Pelbagai Kebaikan- Ini adalah buah kegemaran saya, cuba teka? Buah biru kecil, rasanya sangat sedap dan punyai vitamin hebat yang diperlukan oleh badan.

Ya- Ianya adalah buah blueberry dari U.S Highbush Blueberries. Dan sekarang telah berlangsungnya Kempen "Boost of Blue" bersempena dengan musim buah blueberry bermula dari April sehingga September 2022.

Kempen 'Boost of Blue' bertujuan untuk mewar-warkan kebaikan buah blueberry  terutama pada kesihatan badan. Selain daripada dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menikmati blueberi dan jadikannya sebagai sebahagian daripada diet sihat. Ini terutama dari jenama U.S. Highbush Blueberry yang sememangnya buah blueberry yang ditawarkan memang segar dan sedap.

Manfaat Buah Bluberi
Buah blueberry  walaupun saiznya kecil tetapi ianya mempunyai banyak manfaat serta kebaikan. Antaranya buah blueberry mengandungi prebiotik yang boleh membantu menjaga kesihatan usus. Selain itu ianya juga kaya dengan anti oksida dan phytoflavanoids. Oh ya! Buah blueberry ini juga merupakan sumber vitamin K dan C, jadi tidak hairanlah ia sentiasa menjadi pilihan utama doktor dan pakar pemakanan.

Secara teperinci buah blueberry ini mengandungi fosforus (2% daripada nilai harian), kalsium (15%), dan mangan (20%). Rasanya yang manis dan mudah dinikmati sama ada segar segar atau beku. Bagi saya sendiri buah blueberry sangat praktikal, kita tidak perlu kupas,  hanya bersihkan terlebih dahulu dan  terus masuk ke dalam mulut.

Buah blueberry berasal dari Amerika Utara, telah menjadi sebahagian daripada kehidupan di sana selama 13,000 tahun. Belukar tinggi pertama blueberry telah ditanam untuk pengeluaran komersial pada awal 1900-an. 

Dan hari ini, U.S.Highbush menanam hampir 1 bilion paun blueberry di Amerika Utara setiap tahun. Ianya menjadi tanaman warisan bertahun lamanya. Kini semua masyarakat di seluruh dunia boleh menikmati blueberry  yang banyak manfaat ini.

Buah blueberry bukan sahaja boleh dijadikan sebagai pembuka selera, minuman, sebagai sebahagian daripada hidangan utama dan juga pencuci mulut. Biarpun biasanya kita menikmati buahan ini secara segar tetapi sebenarnya kita juga boleh nikmati dalam keadaan beku atau kering. 

Kita boleh cuba resepi bluberi yang sedang viral di Tik Tok, antaranya seperti oatmeal pencuci blueberry  tanpa perlu dimasak pun!!

3 Resepi Mudah Menggunakan U.S. Highbush Blueberries
Ini antara 3 resepi yang telah saya cuba sendiri menggunakan U.S Highbush Blueberries.

Fresh Blueberry Smoothie

Bahan-bahan:
1/2 cawan buah blueberry segar
Yogurt
Oat

Kaedah:
Kisar yogurt dan oat
Masukkan buah blueberry. Kisar semula
Akhir sekali boleh campur sedikit buah blueberry (ikut suka) ataupun buahan lain.
Sedia untuk dinikmati

Dried Blueberry Party Mix

Bahan-bahan:
100gram Salted Pretzel
100g dark chocolate
200g blueberry kering
100g roasted almond

Kaedah:
Potong kecil dark chocolate (jadikan saiz yang mudah digigit)
Campurkan semua bahan didalam satu mangkuk.
Gaul rata
Simpan didalam bekas kedap udara

Homemade Frozen Blueberry Jam

Bahan-bahan:
600g blueberry frozen
450g gula halus
50g pectin

Kaedah:
Campurkan blueberry frozen bersama gula. Biarkan seketika (20 minit)
Panaskan.
Penyek-penyekkan sehingga sebati
Masukkan gula lagi dan Pectin
Gaul rata. 
Kecilkan api, masak sehingga adunan likat,
Simpan didalam botol yang bersih.

Jom Dapatkan. U.S. Highbush Blueberries Hari Ini
U.S. Highbush Blueberries adalah salah satu jenama buah blueberry terbaik di dunia. Kaya dengan nutrien, boleh dimakan begitu sahaja tidak kira usia.
Boleh dapatkan buah blueberi U.S. Highbush Blueberries yang berkualiti di pasaraya-pasaraya seperti
AEON, Jaya Grocer dan TF Value.

Jom Nikmati Buah Blueberry Dari U.S. Highbush Blueberries Yang Kaya Dengan Pelbagai Kebaikan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 27, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.