Jom Ke Pesta Durian & Kebudayaan Antarabangsa Malaysia 2022

Pesta Durian & Kebudayaan Antarabangsa Malaysia 2022 telah berlangsung selama dua hari iiatu pada 16 dan juga 17 Julai 2022 bertempat di Piazza Tingkat 3 Pavillion Bukit Jalil. Festival ini antara lain untuk memeriahkan lagi industri pelancongan di Malaysia terutama apabila melibatkan makanan.
\

Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan, Domestik & Acara Pelancongan Malaysia, sebagai sokongan kepada jenama Dking yang berusaha bersama-sama memartabatkan buah tempatan terutama durian didalam  pelancongan Malaysia.

Barisan VIP bersama  YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan, Domestik & Acara Pelancongan Malaysia



Hari Durian

Tidak dinafikan makanan memainkan peranan penting dalam kehidupan harian setiap orang dan ianya berkait rapat dengan budaya Malaysia. Misi Dking dari awal adalah untuk "membuatkan semua orang menyukai durian'. Pelancaran kepada festival yang dianjurkanbukan sahaja mahu mempertengahkan durian tetapi juga sebagai batu loncatan bagi menjadikan secara realiti  hari rasmi untuk durian di Malaysia yang dikenali sebagai Hari Durian.


Buffet Durian Bersempena Pesta Durian & Kebudayaan Antarabangsa Malaysia 2022



Peminat durian boleh rebut menikmati durian sebanyak mana yang mereka mahukan di sini. Secara ringkas mengenai buffet durian adalah seperti berikut:-

Harga : RM88 per pax
Tempoh masa : 1 jam
Tarikh : 16 dan 17 Julai 2022
Lokasi: Piazza, Level 3, Pavilion Bukit Jalil

Antara jenis durian yang ditawarkan adalah XO, Udang Merah, Butter King, Hor Lor, dan lain-lain (lebih kurang sama). Untuk durian jenis Musang King tidak termasuk didalam buffet durian tetapi ada ditawarkan untuk pembelian.


Keseronokan menikmati buffet durian

Pesta Durian & Kebudayaan Antarabangsa Malaysia 2022 
Sepanjang dua hari festival ini berlangsung pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung. Antaranya seperti pertunjukan fesyen budaya oleh Miss Malaysia Kebaya yang diketuai oleh Nicole Fe Lynne dan juga persembahan biola oleh Jessica Loo.

Pertunjukan fesyen budaya oleh Miss Malaysia Kebaya 

Persembahan biola oleh Jessica Loo

Bukan itu sahaja pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan buahan tropika  dari Nature Farm dan juga kuih-muih nyonya tempatan yang disediakan oleh Aroma Nyonya. Secara tidak langsung menjadikan  Pavilion Bukit Jalil sebagai pusat beli-belah mereka sebagai destinasi pelancongan di Malaysia.

Jom ke  Pesta Durian & Kebudayaan Antarabangsa Malaysia 2022!

Jom Ke Pesta Durian & Kebudayaan Antarabangsa Malaysia 2022 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 17, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. Waaah, meriah betul laaa nampaknya kat Pavillion Bukit Jalil. Tak sempat pergi lagi ni.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.