8 Sebab Kenapa Anda Akan Suka Pada SUKE TV



Pertama kali saya mendengar akan nama SUKE TV, apa yang yang patut kita SUKE sangat tentang saluran ini. Ahah!

SUKE sebenarnya dari perkataan SUKA yang membawa maksud perasaan girang, rela, sudi, gemar dan setuju.  Pelbagai definisi yang boleh diterjemahkan daripada perkataan SUKA. Cuma penjenamaaan kali ini ejaan ini dari SUKA menjadi SUKE yang bunyinya lebih unik (mengambil juga latarbelakang pemilik bersama SUKE TV  iaitu Datin Emylia yang berasal dari Perak.).

Nah! Saya berikan 8 sebab kenapa anda akan suka pada SUKE TV. Satu kupasan dan perkongsian dari saya yang melihat sendiri perkembangan SUKE TV sejak mula ianya ditubuhkan.

SUKE TV Dimiliki Sepenuhnya Pasangan Selebriti Dato' AC Mizal Bersama Isteri


SUKE TV merupakan stesen televisyen pertama di Malaysia yang dimiliki oleh pasangan selebiriti tanah air iaitu Dato' AC Mizal dan isteri Datin Emylia Rosnaida. Usaha menjadikan SUKE TV ini satu realiti ini sebenarnya mengambil masa yang cukup panjang iaitu bermula dari 5 tahun yang lepas.

Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi pasangan suami isteri ini bagi mencapai impian mereka sekian lama. Menurut Dato' AC Mizal, dengan pengenalan stesen SUKE TV ini sedikit sebanyak dapat membantu selebriti tempatan dan juga masyarakat, bukan sahaja dalam mengembangkan bakat seni yang mereka ada bahkan membuka peluang bisnes untuk menjana pendapatan.

Misi dan Visi SUKE TV


SUKE TV dibangunkan juga hasil kerjasama bersama Sururuhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta MYTV Broadcasting.

Antara perkhidmatanyang disediakan seperti :-
  • Produksi (production in-house)
  • Pembangunan program tersuai
  • logistik & Penghantaran
  • Perkhidmatan pengiklanan.
Misi SUKE TV:
Untuk membawa kembali kegembiraan dan menyampaikan detik-detik yang indah kepada rakyat Malaysia dengan hiburan berkualiti yang didorong oleh pemerkasaan perniagaan tempatan melalui platform media yang berfikiran ke hadapan.

Visi SUKE TV:
Untuk menjadi komponen utama dan pemain penting dalam ekosistem industri Media & Hiburan Malaysia yang sentiasa berkembang melalui 3 nilai teras iaitu Harapan, Nilai dan Hati.


SUKE TV Mempunyai Pasukan Yang Cukup Komited

Seramai lebih kurang 80 pekerja dibawah SUKE TV yang mempunyai pelbagai latarbelakanag dan versatil kepakaran didalam bidang penerbitan rancangan, hos, penyuntingan, pengarahan, produksi, pemasaran dan pelbagai lagi. .Bersama-sama dengan pemain industri yang lain dalam membangunkan dan menyampaikan kandungan terbaik, bukan sahaja informasi bahkan hiburan yang sesuai untuk semua. 



SUKE TV Boleh Ditonton 24 Jam
SUKE TV juga komited untuk memberikan yang terbaik kepada masyarakat yang boleh ditonton melalui medium digital di mana sahaja berada. Pelbagai rancangan  menarik yang disediakan untuk tontonan dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa. 

Selain daripada menyampaikan maklumat, SUKE TV juga menyediakan platform yang membolehkan penonton di seluruh negara berinteraksi melalui pengaturcaraan inovatif serta penyediaan penjadualan program 24 jam.


SUKE TV Menyediakan Pelbagai Rancangan Menarik


SUKE TV menyediakan program bual bicara dari awal pagi dengan mengupas pelbagai isu dan perbincangan semasa. Tetamu yang hadir adalah dikalangan mereka yang arif dalam topik yang dibincangkan.


Seperti rancangan Suke Pagi yang bermula dari jam 8 pagi sehingga 8 pagi.



Begitu juga dengan rancangan Hawa setiap hari jam 11.30 pagi. Saya paling gemar rancangan Hawa ini kerana tetamu yang hadir membincangkan isu semasa ataupun apa sahaja. Bukanlah hanya dikalangan selebriti atau mereka yang sudah menempa nama di Malaysia, bahkan sesiapa sahaja. Jadi ini membuka peluang kita mendengar sendiri pendapat atau kupasan isu yang diperbincangkan dari pelbagai latarbelakang kepakaran.


Bagi yang sukakan hiburan komedi bolehlah menonton Berita Latah pada jam 9 malam. Memang kelakar dengan aksi pembaca berita selebiriti yang kuat melatah. Sangat spontan dan memang tidak kering gusi melihat aksi mereka ketika membaca berita.


Terdapat juga drama bersiri terbitan SUKE TV bertajuk PolkaDot yang boleh ditonton setiap hari Isnin 9.00pm . Drama arahan pengarah tersohor Adlin Aman Ramlie dan penerbitnya adalah Emelda Rosemila. Drama PolkaDot dibarisi oleh pelakon seperti Ruminah Sidek, Ali Putih, Mama Putih, Didie Alias, Dynas Moktar, Tony Eusoff dan ramai lagi.


Begitu juga dengan rancangan berkisarkan automatif "Tanya Je" yang mengupas tentang persoalan mengenai kenderaan, syarat pembelian dan sebagainya. Rancangan ini dihoskan oleh Dato' AC Mizal sendiri dan setiap episod turut disertai selebriti jemputan.

Jom Membeli di SUKE Shop dan Berpeluang Memenangi Hadiah Menarik
Antara tariakn di SUKE TV tentulah SUKE Shop yang mana kita akan melihat pelbagai produk dan barangan yang ditawarkan oleh selebiriti, influencer dan juga pengusaha tempatan Malaysia. Sehingga kini seramai 72 selebiriti telah smenyerati jualan di SUKE Shop.


Antaranya seperti Achey, Aiman Hamdan, Aireen Sofia, Diana Danielle, Linda Rafar, Dynas Mokhtar, Mat Dan, Pak Azad, Tengku Azura, Zulin Aziz, Wak Doyok, Zaki Yamani dan ramai lagi.


Sekarang sedang berlangsung satu peraduan yang cukup mudah untuk semua pelanggan SUKE Shop. Caranya hanya berbelanja minimum RM50 dari SUKE Shop ataupun anda boleh mengumpul nombor SUKE Menang SUKETV yang akan disiarkan sepanjang minggu dari hari Isnin ketika menonton SUKE Shop.

Hantarkan bukti resit pembelian ataupun nombor-nombor tersebut ke Whatsapps +603-92262253 (sebelum Sabtu tengahari setiap minggu okies)

Untuk ganjaran mingguan, hadiah yang ditawarkan meruapakan sebuah telefon pintar, manakala hadiah bulanan adalah sebuah motorsikal. Menarikkan! Berbelanja dan boleh menang hadiah :-)


SUKE TV Tontonan Hampir 30 Juta 

Biarpun baru 3 bulan beroperasi, pencapaian SUKE TV juga memberangsangkan. Untuk semua saluran SUKE TV secara anggarannya mencapai 30 juta tontotan. Wah! Biarpun setahun jagung beroperasi, SUKE TV telah membuktikan mereka boleh berjaya setanding dengan stesen TV yang sedia ada.

Korang boleh tonton rancangan yang disediakan di SUKE TV melalui saluran 116,  MYTV MYFREEVIEW atau terus dari laman web http://suketv.com/

Jom Beriklan Bersama SUKE TV
Sekarang ini SUKE TV ada menawarkan pakej pengiklanan yang cukup menarik dan berbaloi. Untuk harga dan pertanyaan lanjut, korang boleh hubungi:

Putra Zharif Rhazain Adril
(General Manager, Sales & Partnership)
zharif@suketv.com
+6018-7701003

Andrew
(General Manager, Sales & Partnership)
andrew.cww@gmail.com
+6012-7228756


8 sebab sudah saya berikan kepada anda perlu suka pada SUKE TV. Renung-renungkan, hehe. Moga SUKE TV terus sukses mewarnai dunia penyiaran di Malaysia, Asia Tenggara bahkan dunia (satu hari nanti). 

P/S: Terima kasih Dato' AC Mizal dan datin Emylia atas jemputan. Moga berjumpa lagi di masa akan datang :-)

8 Sebab Kenapa Anda Akan Suka Pada SUKE TV Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 05, 2022 Rating: 5

6 comments:

  1. Sebenarnya asing juga bagi I bila dengar Suke TV ni. Pastu bila tengok pemiliknya oh AC dan Emilia. Wahhh ada rancangan Cikgu Zack Kirana jugak. Ha yg ni Dania tak tahu cikgu BM MC+ dia ada dalam rancangan ni.

    ReplyDelete
  2. Menarik juga kan ada SUKE TV ni.. confirm meriah bah! suka tengok rancangan Cikgu Zack Kirana ni.. very informative kan... Good platform ni.. moga sukses

    ReplyDelete
  3. SUKE TV kat MYTV MYFreeview tu kat mana? Kat tv biasa bleh tengok ke macam RTM, TV3 tu kak? Saya suka tengok DAC ni punya semangat. Tak berhenti mencuba. Dalam dia cuba-cuba, dia beri peluang pekerjaan kepada masyarakat. Dulu dia ada Peace Yall FM, Syiok TV, Awesome TV. Kembar Khalie Azmi dan Fifi Azmi tu Ruby mula kenal sebab VJ di Peace Yall FM. Confirm femes kalau kerja dengan DAC. Hehehe. Semoga terus sukses DAC dan SUKE TV.

    ReplyDelete
  4. Menariknya intipati siaran2 di SukeTV ini.. nak nak ada rancangan Cikgu Zack Kirana.. boleh cuba langgan program2 seperti ini sebab penuh informasi

    ReplyDelete
  5. Wowo...1st time got to know this Suke TV, thanks for sharing about this here, gonna check it out. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Wah seronoknya dapat jumpa mereka. SukeTV ni nampak menarik, dan saya rasa memang boleh bersaing dengan siaran TV lain.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.