Pencarian Wanita Melayu 2022 Kini Bermula

Pencarian Wanita Melayu 2022 kembali lagi bagi mencari gadis melayu bertuah di luar sana yang bakal bergelar sebagai Ikon Wanita Melayu 2022.  Acara tahunan anjuran Plaza Shah Alam ini telah bermula sejak tahun 2014 dan yang terakhir merupakan tahun 2019. Dan kini pencarian kembali lagi setelah 2 tahun berehat kerana PKP.

Fahrin Ahmad menggalas tanggungjawab sekali lagi menjadi pengacara untuk Pencarian Wanita Melayu 2022

Untuk tahun ketujuh Pencarian Wanita Melayu 2022 telah dibuka penyertaannya kepada gadis melayu yang berumur dari 18 tahun sehingga 26 tahun. Mereka yang berminat untuk menyertai boleh lawati sesawang www.plazashahalam.com dan isi segala butiran peribadi yang dikehendaki termasuklah gambar terbaik sebagai rujukan pihak penganjur dan juga koordinator. Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Julai 2022.

Antara pemenang dan peserta Pencarian Wanita Melayu dari tahun 2014 sehingga 2019 
bersama Puan Yasheedah Yashaiya dari Habib Jewels


Sopan santun wanita melayu,
Berbusana kurung manis sekali,
Anggun personaliti mencuri hati,
Kini pencarian PWM2022 kembali lagi.

Tiara Mutiara Laut Selatan Bakal Dimahkotakan Kepada Pemenang Utama

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan dan lebih istimewa untuk pemenang utama Pencarian Wanita Melayu 2022 akan dimahkotakan dengan Tiara Mutiara Laut Selatan yang disulami dengan ratusan berlian. Keindahan tiara ini dengan bertatahkan 7 butir mutiara putih Laut Selatan dengan 645 butir berlian yang berbentuk bulan serta 'princess cut'. 

Tiara 7 Mutiara Laut Selatan 

Sememangnya mutiara perhiasan yang paling berharga sejak dulu lagi dan sehingga kini ianya sangat dihormati dan dikenali sebagai batu permata yang hidup yang dapat memancarkan aura dan kejelitaan seorang wanita.

Tiara 7 Mutiara Laut Selatan yang melambangkan 7 kriteria wanita yang dipilih untuk melayakkan diri ke atas pentas PENCARIAN WANITA MELAYU. Antara 7 kriteria tersebut adalah ;
  • Penampilan menarik
  • Perwatakan yang matang
  • Keyakinan diri
  • Berbakat
  • Keperibadian tinggi
  • Komunikasi
  • Kebijaksanaan
Dan Tiara 7 mutiara yang bertatahkan berlian ini akan dimahkotakan kepada pemenang Wanita Melayu yang dinobatkan ketika di acara kemuncak.

Pencarian Wanita Melayu 2022 Kini Bermula

Setelah menerima penyertaan melalui pendaftaran atas talian www.plazashahalam.com. Sesi iji bakat akan diadakan pada 23 dan 24 Julai 2022 di Plaza Shah Alam. Bagi sesi uji bakat pemarkahan para peserta akan dinilai dari sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang ini ditonjolkan oleh peserta. Selain itu juri juga akan melontarkan beberapa soalan secara spontan kepada peserta dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Hanya 25 peserta yang akan dipilih dan layak mara ke peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 6 Ogos 2022, jam 2 petang di Plaza Shah Alam. Dan seterusnya dari 25 peserta hanya 10 peserta akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 13 Ogos 2022.

HABIB Selaku Penaja Utama Pencarian Wanita Melayu 2022 (PWM2022)
HABIB JEWELS sekali lagi tampil menjadi penaja utama bersama dengan ICE WATCH untuk musim ke-7 bagi Pencarian Wanita Melayu 2022. Selain itu untuk tahun ini, PWM 2022 juga mendapat sokongan penajaan daripada jenama lain seperti Anytime Fitness, Anas Abdullah, Twenty, Shes Official, Seri Radiah Songket, Eyrafadz Wedding, Mumtazfella Perfume, Breylee Malaysia dan Schatzs Cosmetic.

Selain penajaan hadiah, pihak penaja juga akan turut melakukan aktiviti bersama finalis. Difahamkan juga pihak penaja utama dan penaja bersama yang lain juga akan membuat pencarian wajah baru jenama mereka (new faces) dengan tidak menghadkan hanya pada pemenang utama tetapi terbuka untuk semua. Ianya bergantung kepada  karisma dan personaliti yang dibawa oleh peserta sesuai dengan imej jenama yang ingin dipertengahkan.

Pencarian Wanita Melayu yang bermula sejak tahun 2014 telah diperkenalkan oleh Plaza Shah Alam ini adalah bagi mencari gadis melayu yang masih mengamalkan gaya hidup melayu dalam dunia serba moden. Peserta yang berjaya dinobatkan sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita Melayu yang pastinya mempunyai ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran seiring dengan kemajuan dunia hari ini.

Jika musim PWM dahulu 6 wanita melayu telah dinobatkan sebagai Ikon Wanita, antaranya seperti Ashira Kaseh (2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016), Nurul Ain Nasiron (2017), Amy Nurtinie (2018) dan Aini Sophie (2019). Jadi siapakan yang bakal dinobatkan sebagai Ikon Wanita Melayu 2020 menerusi Pencarian Wanita Melayu 2022, jom sama-sama kita nantikan.

Pencarian Wanita Melayu 2022 Kini Bermula Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 15, 2022 Rating: 5

12 comments:

  1. mak mak anak ramai ni tak cukup melayu..pasal susah nak lemah lembut...hahah

    ReplyDelete
  2. cantiknya Tiara Mutiara Laut Selatan tu, bertuah siapa yang jadi pemenang utama. Bestnya dapat berjumpa dengan Fahrin!

    ReplyDelete
  3. Wow menarik! Meriah semula industri seni tanah air lepas habis pkp ni kan! 😊 Tiara tu amboiiii!

    ReplyDelete
  4. Siapakah pemenangnya. Tak sabar juga nak tahu. Good luck kepada calon2

    ReplyDelete
  5. All the best buat Pencarian Wanita Melayu 2022. Dulu Ruby ikuti program ni sebelum pandemik. Memang best melihat keyakinan dan kecantikan para peserta. Masih ingat lagi masa Amy Nurtinie dinobatkan sebagai Ikon Wanita Melayu 2018.

    ReplyDelete
  6. wow cantiknya tiara tu.. siapakan yang bakal bawa pulang trofi kemenangan tahun ni.. tak sabar nak tahu nanti keputusannya

    ReplyDelete
  7. Cantik-cantiknya semua pemenang musim lepas. Good luck untuk semua perserta musim yang kali ni.

    ReplyDelete
  8. Ohh wow....all the best for all participants this round, bravo to Habib for organizing this awesome event. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Wahh pencarian wanita melayu dah bermula.Tak sabar nak tengok pemenangnya nanti

    ReplyDelete
  10. Wah all the best to the participant and sis tak sabar nak tau siapa juara

    ReplyDelete
  11. wah dah lama rupanya program ni. tak sabar nak tau sapa pemenangnya :)

    ReplyDelete
  12. Best tengok peserta semua lawa-lawa dan yakin dengan diri sendiri.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.