Pak John Steamboat & BBQ Eastern Mall Kuala Lumpur | Lebih Luas, Cantik dan Menawarkan Pelbagai Hidangan Menarik


Pak John Steamboat & BBQ Eastern Mall Kuala Lumpur | Lebih Luas, Cantik dan Menawarkan Pelbagai Hidangan Menarik- Baru-baru ini saya ke Restoran Pak John yang terletak di tingkat 3, Great Eastern Mall Kuala Lumpur. Agak luas juga restoran ini dan saya paling suka tentulah dekorasi didalam restoran yang cukup cantik.


Ini merupakan restoran keempat yang telah dibuka dan dikendalikan oleh 18 kakitangan. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan dapat memuatkan 260 pelanggan dalam satu-satu masa. Apa yang menarik untuk outlat ini disediakan 2 bilik privasi serta bilik karaoke.

Kepelbagaian Hidangan Yang Ditawarkan di Pak John Steamboat dan BBQ
Untuk pengetahuan semua Restoran Pak John cukup terkenal dengan hidangan steambot, BBQ dan juga dim sum. Bayangkan kita boleh menikmati semua hidangan halal ini hanyalah dibawa satu bumbung. Sekaligus memberi kita lebih banyak pilihan dalam menikmati makanan.


Terdapat lebih 120 menu bersama 16 jenis sos termasuk pelbagai pemanis mulut seperti wafel, buah-buahan dan air batu campur (ABC). Begitu juga dengan pilihan sup steamboat ada kepelbagaian, antaranya seperti sup tomyam (paling tinggi mendapat permintaan), sup kimci, sup ikan, sup ayam, sup udang dan pelbagai lagi/

Kepelbagaian bebola ikan, udang serta sotong

Ayam, daging serta sotong perap. Semuanya sedap.

Daging premium juga ada ditawarkan (atas permintaan pelanggan). Antaranya seperti daging itik.

Ada disediakan juga kepelbagaian jenis sayuran

Tauhu kering, cendawan dan sebagainya.


Bagitu juga dengan mee kering ada pelbagai jenis ditawarkan.

Saya paling suka dengan sushi di sini. Semuanya sedap!

Begitu juga dengan dimsum :-)

Hidangan bergoreng seperti keropok, popia, samosa dan nugget.

Disediakan juga nasi goreng bagi pelanggan yang ingin menikmati nasi.

Pilihan lain adalah bihun goreng

Antara keistimewaan Pak John adalah tawaran sos yang pelbagai rasa. Ada yang memang unik dan sedap.Memang rambang mata ketika memilih sos di sini.

Pau panas-panas.

Waffle disediakan panas-panas mengikut permintaan pelanggan.

Untuk waffle, topping kita boleh pilih mengikut pilihan sendiri. Boleh letak jem, kaya, ais krim dan sebagainya.

Ais krim. Anak-anak pasti menggemarinya.

Selain buah potong disediakan juga puding pelbagai perisa.

Disediakan juga minuman panas dan sejuk.


Memang Puas Hati Menikmati Hidangan di Pak John Steamboat & BBQ
Puas hati! Itu yang dapat saya gambarkan ketika menikmati hidangan di sini. Apatah lagi dengan suasana didalam restoran yang cukup selesa. Ditambah pula dengan kepelbagaian menu yang memenuhi citarasa.


Saya telah memilih sup tomyam dan sup kimchi, Untuk sup tom yam memang kaw rasanya - kepedasan masam-masam manis. Begitu juga dengan sup kimchi yang lebih pekat sedikit berbandiing tom yam dengan kemanisan serta rasa kimchi yang cukup unik. Serius sedap!


Daging perapan di sini memang juara. Selain daripada perapan biasa seperti BBQ dan lada hitam. Terdapat juga chicken butter. Korang kena cuba semua perapan daging di sini. 


Dapat berkumpul dan menikmati hidangan di Pak John Steamboat & BBQ memang seronok. Apatah lagi harga uang ditawarkan untuk setiap pax memang cukup berbaloi. Puas makan tapi jangan ada pembaziran, satu nikmat yang hebat penuh kesyukuran.


Jom ke Pak Joh Steamboat & BBQ cawangan Great Eastern Mall Kuala Lumpur. Makan di restoran dalam mall yang menyediakan kemudahan parking dan fasiliti lain. Dan kalau ke sini jangan lupa berOOTD, disediakan sudut yang begitu cantik, esklusif dan mewah.

Untuk info dan keterangan lanjut:-
Laman web: http://www.pakjohn.com/
Instagram: www.instagram.com/pakjohnbbq
Facebook: Pak John Steamboat & BBQ | Facebook
Pak John Steamboat & BBQ Eastern Mall Kuala Lumpur | Lebih Luas, Cantik dan Menawarkan Pelbagai Hidangan Menarik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 18, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. owh dekat great eastern mall ker?? lama dah tak pi sana. nanti lajak sana adalah idea nak mkn nanti

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.