Review Filem : Small Town Heroes (Malaysia)



Small Town Heroes merupakan filem mandarin yang bakal ditayangkan pada 3 Febuari 2022 bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun 2022. Biarpun bahasa utama penyampaiannnya adalah didalam bahasa Mandarin, namun turut diselitkan juga dialog secara spontan dalam bahasa melayu dan inggeris. Filem yang diletakkan dibawah Skim Wajib Tayang FINAS  ini menampilkan pelakon-pelakon lama dan baru yang cukup berbakat besar.  

Filem tempatan ini telah mendapat sentuhan sutradara Ryon Lee merupakan individu yang juga bertanggungjawab sebagai penulis lakon layar filem The Journey, salah satu filem tempatan dengan kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia.

Secara ringkasnya butiran mengenail filem Small Town Heroes (Malaysia) seperti berikut:

Bahasa: Mandarin
Subtitle: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 3 Februari 2022
Genre: Drama
Tempoh tayangan: 1 jam 53 minit
Pengedar: GSC Movies
Para Pelakon: Jack Lim, Layla Sania (Cikgu Aishah), Phua Chandler (Feng), Roger Shak (Hero), Yuan Teng
Pengarah: Ryon Lee
Format: 2D

Kisah Masyarakat Malaysia
Mengangkat kisah masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum dengan 1001 cerita. Bermula dengan Hero yang telah ditinggalkan oleh ibunya di rumah anak yatim Xingfuyuan (House Of Happiness). Hero merupakan seorang yang pendiam dan pemendam rasa. Namun kehadiran Feng seorang budak lelaki yang agak nakal, peminat komik kungfu dan ceria mengubah segalanya.


Bersama Feng, Hero tidak lagi rasa sedih sebab ditinggalkan. Bahkan beliau sentiasa rasa lebih bersemangat dan lebih positif tentang apa yang berlaku terhadap dirinya.


Didalam filem Small Town House memaparkan pelbagai ragam dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Ini termasuklah menyentuh mengenai kes buli, fahaman tentang perkauman, tentang cinta tidak mengenal bangsa dan pelbagai lagi.


Begitu juga dengan realiti yang dihadapi oleh rumah anak yatim seperti menerima bantuan atas lebihan barangan yang tidak dikehendaki. Bagaimana keadaan penyumbang mencari populariti dengan berpura-pura melakukan kebajikan. Yup! Agak sinis tetapi itu realiti yang dihadapi hari ini.


Emosi Sedih dan Kelakar Silih Berganti
Untuk tempoh 1 jam 53 minit menontonnya pelbagai emosi yang saya rasa. Bayangkan dari awal cerita sudah ada rasa sedih, diselitkan juga dengan babak yang lucu secara spontan menjadikan naskhah Small Town Heroes ini benar-benar bermain emosi.


Ada juga babak yang membuatkan kita berasa sangat geram dengan keadaan yang terjadi pada Hero dan Feng. Marah atas perbuatan yang sepatutnya anak kecil ini tidak perlu merasainya. Tetapi benarlah setiap kisah ada alasannya sendiri.


Kadang-kadang Kita Perlu Melepaskan Demi Kebahagiaan Orang Lain
Dalam kita mencari kebahagiaan diri sendiri adakalanya kita perlu optimis. Tidak semua akan berakhir dengan kebahagiaan. Tetapi sekiranya penderitaan yang kita hadapi dapat memberikan kebahagiaan pada orang lain, pastinya kita akan rasa puas dan gembira. Begitulah apa yang ingin disampaikan di dalam filem Small Town Heroes. Namun  perlu diingatkan jangan lupa mencari kebahagiaan untuk diri sendiri. Ini kerana kita layak untuk yang mendapat kehidupan yang terbaik.

Kita akan melihat bagaimana harapan Hero terhadap ibunya agar terus bahagia. Begitu juga dengan Aishah cikgu gantian di rumah anak yatim yang berhadapan dengan perangai ibunya (lakonan Fauziah Nawi) yang agak diktator.


Watak Aishah yang dibawakan oleh Layla Sania yang juga merupakan  artis rakaman di bawah syarikat Warner Music Malaysia. Untuk informasi Layla  memang fasih berbahasa mandarin dan beliau merupakan artis kedua Malaysia yang pernah ditampilkan di papan iklan digital Times Square di New York, Amerika Syarikat selepas  penyanyi Yuna.  

Lokasi Pengambaraan Antara Tarikan Keindahan Malaysia
Sinematografi filem ini memang sangat cantik. Kita akan teruja melihat pada keindahan salah satu lokasi pengambaraan iaitu di Bukit Katak, sebuah kuari terbengkalai di Kampung Guar Petai. Tasiknya yang berwarna biru kehijauan menjadikan tempat ini begitu unik.


Begitu juga dengan keindahan kawasan perkampungan rumah anak yatim. Seperti titian kecil, jambatan gantung dan suasana kampung yang cukup dirindukan. Beberapa babak  menarik di Pulau Pinang turut durakamkan. Di sini kita akan melihat lokasi tarikan di Pulau Pinang seperti di kawasan feri, street food, beca dan pelbagai lagi.


Wajib Bawa Keluarga Tonton Filem Ini
Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dalam filem Small Town Heroes. Antaranya hubungan antara keluarga, erti persahabatan dan bagaimana pentingnya untuk saling menghormati antara sama lain.


Antara filem yang menyebabkan saya mengalir air mata dari awal cerita sehinggalah ke penghujungnya. Apa yang penting saya puas dan berbangga selepas menontonnya. Memang tidak sangka ianya adalah karya anak tempatan yang begitu besar jiwanya. Kredit juga perlu diberikan kepada kecemerlangan lakonan yang dibawakan oleh dua pelakon cilik iaitu Phua Chandler dan Roger Shak sebagai tunjang utama.


Jadi jom sama-sama kita tonton filem Small Town Heroes sebagai tanda sokongan terhadap dunia perfileman Malaysia. Pastinya ianya bukan naskhah cerita biasa bahkan mengingatkan kita betapa unik dan bertuahnya kita sebagai masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum dengan semangat muhibah.


Akhir kata, Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pembaca :-)
Review Filem : Small Town Heroes (Malaysia) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 29, 2022 Rating: 5

6 comments:

  1. Curlasss mantap ye review. Kalah i. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Nanti nak tgk sekali lagi. Suka sgt sinematografi filem ni cantik!

    ReplyDelete
  3. Wah. Menarik nie - exploring Malaysia's spirit via this movie. Boleh bawa kengkawan international layan nie kan

    ReplyDelete
  4. Menarik! Baru lah ada kelainan kan! Kalau camni level movie kita baru boleh bersaing ke peringkat antarabangsa❤️

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing this here, love the meaningful storyline of it, gonna check out for a watch . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. This is something yang patut dibanggakan... di samping mempunyai sinematografi yang bertaraf antarabangsa, filem ini juga menonjolkan keakraban kita sesama kaum yang hidup bersatu-padu di Malaysia tercinta... syabas...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.