Chewies ImmunoLicious Mengandungi Wellmune Yang Membantu Meningkatkan Imuniti Semulajadi Anak Saya

Chewies ImmunoLicious Mengandungi Wellmune Yang Membantu Meningkatkan Imuniti Semulajadi Anak Saya- Di waktu pandemik ini memang sebagai ibu saya akan mengambil perhatian lebih penjagaan kesihatan terutama sistem imuniti badan anak-anak. Apatah lagi sekarang ini anak-anak sudahpun memulakan persekolahan secara bersemuka. Biarpun anak-anak ke sekolah perlu mengikut SOP seperti sentiasa menjaga kebersihan, perlu ada penjarakan dan memakai topeng muka (mask) tetapi kita masih bimbang tahap kebolehan badan anak-anak melawan virus sekiranya dijangkiti.

Dan sebab itu saya memberikan Chewies ImmunoLicious! Suplemen tambahan yang bukan sahaja halal sihat dan sedap bahkan bertindak sebagai wellmune penggalak semulajadi (natural booster) yang bertindak lebih baik daripada vitamin C.


Wellmune meningkatkan fungsi sistem imun semula jadi dengan menjadikan sel darah putih utama (khususnya dipanggil leukosit) lebih berupaya mencari dan membunuh patogen yang berpotensi.

Didatangkan dengan 3 perisa istimewa iaitu oren, mangga dan strawberi. Ketiga-tiga perisa buahan ini memang sentiasa menjadi pilihan dan kegemaran anak-anak. Suplemen ini diformulasi dari bahan penggalak imun semulajadi serta mendapat sokongan KKM sebagai yis beta glucan (wellmune) yang dapat membantu meningkatkan imuniti.

Chewies ImmunoLicious Pilihan Anak-Anak Saya


Anak saya memang tiada masalah untuk mengambil suplemen apatah lagi Chewies Immunolicious. Rasanya enak dengan bentuknya juga agak menarik antara tarikan kenapa anak tidak pernah menolak untuk mengambil Chewies ImmunoLicious. 


Chewies ImmunoLicious sesuai diambil untuk anak-anak yang berusia 2 tahun ke atas, 2 gummies setiap hari. Seperti Yara memang gemarkan Chewies ImmunoLicious perisa strawberi. Bukan sahaja tertarik pada warna merah tetapi rasa strawberi sebenar itu memang sangat memainkan peranan.

Dan saya sendiri begitu juga Ameer memang sukakan Chewies ImmunoLicious berperisa oren. Uniknya untuk Chewies ImmunoLicious oren ini ianya berbentuk gummies seperti seulas buah oren.

Apa yang penting apabila anak saya mula mengambil suplemen Chewies ImmunoLicious ini mereka jarang mengalami masalah kesihatan. Ini terutama penyakit demam, selsema dan batuk. Penyakit 3 serangkai yang sentiasa dihadapi oleh anak-anak yang sedang membesar. 


Apabila anak-anak sihat dan ceria, mereka pastinya akan menjalani hidup secara aktif dan lebih seronok mengeksplorasi dunia kanak-kanak mereka dengan lebih berani dan bersemangat.

Keterangan lanjut mengenai Chewies ImmunoLicious boleh layari:-

Chewies ImmunoLicious Mengandungi Wellmune Yang Membantu Meningkatkan Imuniti Semulajadi Anak Saya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 19, 2022 Rating: 5

5 comments:

  1. Rawlins nak kena beli untuk anak-anak saudara Rawlins. Depa susah nak suruh makan ubat, kalau rupa gini, laju la depa makan kelak.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya makan vitamin. Kalau masa kecik2 memang berebut nak makan. Sekarang kena bg more supplements utk budak2 demi imunisasi. Budak2 belom boleh cucuk imunisasi covid kan?

    ReplyDelete
  3. First time tahu jenama ni. Packaging dia comel sangat.boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Alololo comel plak nengok laaa, terus rasa nak beli gak hehehe.. nanti nak try belikan untuk anak sedara, bagus ni..

    ReplyDelete
  5. Sekarang nie mmg risau, banyak penyakit yg mudah berjangkit. Mmg kena cari ikhtiar lain utk tingkatkan immune system. Thanks info nie Kak Ayu.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.