BookXcess Di Pusat Membeli Belah MyTown Sangat Besar dan Cantik!

BookXcess Di Pusat Membeli Belah MyTown Sangat Besar dan Cantik!- BookXcess kini telah membuka cawangannya yang terbaru di pusat membeli-belah MyTown Cheras Kuala Lumpur. Mula dibuka pada 30 September 2021, lokasinya terletak di tingkat 1 betul-betul bersebelahan dengan outlet Uniqlo. Ketika sampai di sini, hanya melihat dari pandangan luar kita sudah dapat saksikan betapa besar dan cantiknya dekorasi didalam outlet BookXcess ini.

Dengan keluasan 31,200 kaki persegi, BookXcess di MyTown menawarkan lebih daripada 170,000 buah buku. Memang puas sangat hati! Bayangkan dibawah satu bumbung kita boleh dapatkan buku yang dapat memenuhi genre yang menjadi minat untuk semua ahli keluarga.

Antara genre buku yang boleh kita dapatkan dari BookXcess seperti buku kanak-kanak, fiksyen, bukan fiksyen dan pelbagai lagi.Jadi ianya sangat mudah untuk ibu seperti saya yang mempunyai anak dengan masing-masing ada pilihan genre kegemaran. Contohnya Yana dengan buku novel remaja, Amani sukakan buku berkisarkan sejarah, manakala Ameer serta Yara saya selalu dapatkan buku kanak-kanak untuk mereka berdua.

Susunan Buku Di Rak Kemas, Teratur dan Mudah Dicari

Paling saya suka dengan dekorasi dan susunan buku di BookXcess. Kemas dan teratur. Dan jika kita perasan setiap dekorasi yang diperkenalkan di setiap outlet BookXcess adalah berbeza, unik dan mempunyai identiti tersendiri. Sekaligus ini dapat memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pengunjung serta peminat buku-buku dari BookXcess.

Saya cukup suka dengan konsep yang diperkenalkan di BookXcess MyTown. Terutama dengan meletakkan peralatan seperti piano di antara ruang di rak-rak buku. Piano ini bukan sahaja diletakkan sekadar perhiasan bahkan pada pengunjung yang mempunyai bakat bermain piano, mereka boleh memainkannya di sini.

Esklusif  untuk cawangan BookXcess di MyTown terdapat di setengah rak diletakkan objek seperti patung yang berpakaian masyarakat lama Malaysia. Lengkap dengan sanggul dan keronsang yang juga dapat mencuri perhatian pengunjung ketika berada di sini.

Disebabkan ruangnya  agak luas, disediakan juga penunjuk arah bagi memberi kemudahan kepada pelanggan. Jadi tidak perlulah kerap bertanya pada kaunter perkhidmatan pelanggan jika kita tidak dapat menemui kawasan buku yang dicari.

Objektif BookXcess itu sendiri adalah untuk menarik minat lebih ramai masyarakat kita agar suka membaca. Apatah lagi kanak-kanak kita perlu pupuk minat membaca sejak kecil. Oleh yang demikian, tidak hairanlah hampir setiap sudut BookXcess disini disediakan ruang untuk kita duduk santai smabil membaca.

Menawarkan Buku Keluaran Terkini

Di BookXcess juga ada satu seksyen iaitu Recently Release yang menempatkan semua buku-buku terbaru yang diterbitkan. Buku-buku ini adalah hasil daripada penulisan penulis yang cukup popular. Jika ada mencari buku terkini boleh terus ke bahagian ini.


Bahagian Yang Sering Mencuri Tumpuan Saya

Bahagian alat tulis antara yang sentiasa menjadi kegemaran saya. Ini terutama melihat kepada kepelbagaian buku nota yang cantik pelbagai warna benar-benar mencuri tumpuan.

Begitu juga dengan alatan tulis dari pelbagai jenama. Biasanya saya akan menambah stok alatan tulis setiap bulan, jadinya antara pilihan kedai tentulah dari BookXcess :-)



Yup! Di bahagian buku kanak-kanak. Memang saya sudah terapkan budaya membaca sejak mereka kecil lagi kepada anak-anak. Jadinya bahagian buku anak-anak adalah tempat biasa untuk saya habiskan masa bersama mereka untuk mencari buku yang digemari. Apatah lagi jika dibahagian buku kanak-kanak ditawarkan dengan begitu banyak pilihan memang tidak akan membosankan dalam membuat pencarian.

Satu idea yang sangat kreatif apabila diletakkan tab mandi bersama beberapa buku bacaan kanak-kanak didalamnya. Memberi idea kepada saya untuk dapatkan juga buku yang kalis air seperti ini untuk Yara. Apabila anak mandi atau bermain air, selain daripada permainan plastik seperti itik dan sebagainya, kita juga boleh memberikan buku!

Untuk bahagian fiksyen, saya boleh dapatkan buku-buku di bawah kategori seperti misteri serta penyiasatan, novel, komik, romatik, sains fiksyen serta fantasi. Memiliki anak-anak remaja seperti Yana, Akid dan Amani memang genre ini sentiasa menjadi pilihan mereka. Terutama Afiq pembaca komik yang tegar akan sentiasa mendapatkan koleksi terkini dari siki komijk yang beliau gemari.

Manakala untuk buku dalam kategori bukan fiksyen seperti sejarah, rekabentuk binaan, kecantikan, rekaan grafik, masak, kraf tangan. haiwan, bahasa, jurnal, keagamaan, buku rujukan, pelancongan, kesihatan dan banyak lagi.

Bahagian ini merupakan kegemaran suami dan juga Anaqi (anak yang sulung). Pembacaan mereka lebih ke arah informasi yang boleh dijadikan rujukan/

Pameran Tiang Sari By Aleff Ahmad

Khas di BookXcess MyTown, banyak membuka peluang kepada artis-artis seni di Malaysia untuk berkongsikan hasil karya mereka di sini. Samda dalam bentuk lukisan yang menarik di dinding ataupun di kanvas dan juga membawa karya mereka untuk dipamerkan. Dan salah seorang artis yang mewarnai dunia BookXcess MyTown adalah Aleff Ahmad. Kita boleh lihat dari dekat lukisan Tiang Sari yang sangat unik di satu sudut di BookXcess MyTown.


Membuka Peluang Untuk Artis Seni Lukis Berbakat di Malaysia Mempamerkan Karya

Berdekatan dnegan Piazza, terdapat satu sudut yang dikenali sebagai Papu Art Gallery yang menempatkan karya hasil anak-anak seni tempatan yang cukup berbakat. Sekiranya kita berminat dengan karya tersebut, kita boleh dapatkannya dengan membeli terus dari BookXcess di sini. Harga yang ditawarkan diantara RM200 sehingga RM5000.


Disediakan Ruang Untuk Bekerja (co-working space)


BookXcess MyTown juga menyediakan ruang untuk pengunjung yang datang ke sini untuk membuat kerja atau menyiapkan tugasan mereka. Di bahagian atas, diletakkan kerusi meja dengan pelbagai kemudahan seperti wifi dan pelbagai lagi.

Di satu sudut di bahagian bawah juga disediakan meja dan kerusi untuk kemudahan pengunjung.

Pop Art Yang Ohsem!

Anda boleh dapatkan poster selebriti atau tokoh kegemaran korang di BookXcess. Dan ada pelbagai saiz yang ditawarkan mengikut kesukaan :-)


Tawaran Makanan dan Minuman Di Dalam BookXcess MyTown
Menariknya untuk BookXcess MyTown disediakan 2 outlet F&B yang korang boleh cuba. 

a. WHISK
Mula diperkenalkan pada tahun 2010. WHISK cukup papular dengan hidangan kopi dan juga pencuci mulut yang hebat seperti kek serta pelbagai lagi.

b. Ume Tei æ¢…亭 
Restoran Jepun yang dibuka pada tahun 1997 ini oleh chef dari Okinawa, Jepun. Ume Tei 梅亭 merupakan restoran keluarga yang menghidangkan pelbagai set hidangan jepun klasik Teishoku dan juga variasi pilihan hidangan mi.

BookXcees MyTown Kini Dibuka Untuk Semua!

Novel terkini dari penulis feveret saya Sophie Kinsella sudah saya dapatkan dari BookXcess MyTown :-)

Jom terjah BookXcess MyTown. dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Lot No. L1-012, Level 1,
MyTOWN Shopping Centre,
No. 6, Jalan Cochrane, 
Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur.

Untuk pembelian di laman web, boleh layari:-

Untuk infomasi dan promosi terkini, 
Facebook: https://www.facebook.com/BookXcess (@BookXcess)
Twitter: https://twitter.com/BookXcess (@BookXcess) 
Instagram: https://www.instagram.com/bookxcess/ (@bookxcess)

Jom jadikan membaca sebagai jambatan ilmu,
Jadi terjahlah BookXcess selalu!!
BookXcess Di Pusat Membeli Belah MyTown Sangat Besar dan Cantik! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 07, 2021 Rating: 5

5 comments:

  1. Astaga. Bahagianya kalau dapat WFH kat sini - buku banyak, alat tulis banyak, ada kopi dan macam2. I like!

    ReplyDelete
  2. wahh macam best je. ramai gak yang dah pi melawat cawangan my town ni ye. haritu oun ada nampak orang share

    ReplyDelete
  3. Kita suka betul design macam ni. Memang x bosan lah duduk kat sini smabil membaca buku hehhe

    ReplyDelete
  4. Mmg dari dulu suka pg book xcess. Tmpt cantik sgt dan suka konsep dia. Mmg nk tarik org dtang beli dan baca kat situ. Nk ootd pun ok cantik.

    ReplyDelete
  5. Tempat ni cantik, luas, dan banyak buku, boleh lah spend time kat situ on weekend

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.