5 Lokasi Menarik Yang Boleh Diterjah di Bandar Melaka

5 Lokasi Menarik Yang Boleh Diterjah di Bandar Melaka- Melaka dikenali sebagai bandar bersejarah. Bandar kecil yang masih cantik dan kita boleh melihat peninggalan sejarah seperti senjata peperangan meriam, kubu pertahanan, bangunan lama dan pelbagai lagi. Bercuti di Melaka memang tidak akan puas jika hanya datang satu hari sahaja. Ini kerana di Melaka terdapat banyak lokasi yang menarik dan boleh diterjah bersama keluarga.


Yup! Sebenarnya terdapat banyak tempat di Melaka yang boleh kita lawati, cuma untk entri kali ini saya tampilkan 5 lokasi yang wajib singgah bila berada di sini. Antaranya seperti:-


1. Menara Taming Sari
Antara menajdi kebanggan warga Melaka adalah kewujudan Menara Taming Sari. Untuk pengetahuan semua, menara yang dihasilkan daripada teknologi Swiss membolehkan anda untuk melihat keindahan kota Melaka dari atas (tempat tinggi). 

Gambar dari Google

Jika ke sini kita tidak perlu menunggu lama. Ini adalah kerana Menara Taming Sari ini boleh membawa 66 orang pelawat dalam satu masa. Dan masa yang diperuntukkan ketika berada diatas juga sangat singkat iaitu selama 7 minit sahaja.


2. Encore Melaka
Dewan yang besar dengan keunikan pada rekabentuk bangunan yang sangat cantik dan estetik. Di sini telah diadakan persembahan budaya bertaraf dunia. Kebiasaannya persembahan didatangkan dengan lebih 200 penari yang terlibat berusia dari 9 tahun sehinggalah usia lebih 60 tahun.

Gambar dari Google

Rekaan bangunan cantik ini merupakan hasil tangan arkitek dari negara China. Ramai juga yang datang ke sini tidak akan melepaskan peluang untuk berOOTD.

3. Melaka River Cruise
Jika di negara Rome cukup popular dengan river cruise, begitu juga dengan Melaka. Bot sederhana besar yang akan membawa penumpangnya menyusuri sungai di tengah bandar Melaka selama 45 minit lamanya.
 
Gambar dari Google

Lebih mengujakan ketika bot menyusur sungai, anda boleh melihat sendiri bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu di pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka. Kita juga berpeluang melihat sendiri mural belakang Jonker Walk dan Kampung Morten, kampung yang yang cukup dikenali sebagai ‘muzium hidup’.


4. Stadthuys Melaka
Bangunan The Stadthuys bermwana merah menyala merupakan bangunan town hall Belanda. Dikatakan selepas Belanda kalahkan Portugis pada 1641 (lebih 370 tahun dulu), askar-askar Belanda telah membina bangunan ini bagi membolehkan mereka mentadbir. Stadthuys juga dikenali sebagai Red Square dan juga Dutch Square. 

Gambar dari Google

Jika dulu tempat ini merupakan kawasan pentadbiran tetapi kini ianya merupakan tempat berkumpul abang-abang beca. Pada hari ini bangunan pentadbiran Stadthuys ini sudahpun ditukar menjadi Muzium Sejarah dan Ethnography. Didalamnya juga ada 4 muzium mini lain. Kita juga boleh mendapatkan barangan cenderamata seperti keychain, topi,  t-shirt dan pelbagai lagi. 


5. Jonker Walk
Gambar dari Google

Jika ingin melihat kecantikan dan kemeriahan bandar Melaka waktu malam, anda wajib ke Jonker Walk. Ianya terletak di Jalan Tukang Emas dan Jalan Harmoni. Apa yang istimewanya di sini kita akan dapat lihat kuil Hindu, tokong Cina dengan masjid di satu satu jalan yang sama. Begitu juga dengan senibina masjid di sini yang mempertengahkan 3 budaya bangsa iaitu cina, melayu dan india. Bayangkan mimbar masjid seperti bentuk tokong pagoda. Agak unik rekabentuknya.

Gambar dari Google

Sepanjang Jonker Walk kita akan dapat lihat kepelbagaian jenis gerai yang menawarkan 'street food' dan juga jualan barangan cenderamata. Begitu juga dengan kafe hispter dan kedai kopitiam dengan rekaan dalaman yang cantik serta unik.

Gambar dari Google

Di sini juga kita akan menemui beberapa hotel bajet yang memang cantik dan selesa. Sudah namanya hotel bajet pastinya menawarkan harga bilik untuk satu malam dengan harga yang sangat berpatutan. Nak jimat lagi boleh rebut tawaran penginapan dari VIP Pass - https://getvippass.com/malaysia/ lebih jimat dan berbaloi.


Jom ke Melaka,
Kita hayati budaya,
Dan keindahan peninggalan lama :-)

5 Lokasi Menarik Yang Boleh Diterjah di Bandar Melaka Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 08, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. VIP Pass ni banyak kali Ruby tengok. Nak beli ke tak. Nak beli ke tak. Hahahaha. Paling Ruby membuak nak dpt kan VIP pass sebab lokasi travel. Fasa 1 bila nak abis ni.

    ReplyDelete
  2. Out of 5 places I have not gone to 3 of the landmarks...even though I live in Melaka. Perhaps...you know you don't feel the urgency to visit these places when they are in your backyard. LOL :D Anyway thanks for sharing this good list. Definitely a must-visit for those who have yet to visit Melaka.

    ReplyDelete
  3. I am proud to say that I have visited each and every single place that you've mentioned there. And I can't wait to visit Malacca again.

    ReplyDelete
  4. The last time I visited Melaka was in December 2020. Most hotspots were closed at that time because of this pandemic. I've been to most hotspots you've mentioned. Except for no.2. Insya-Allah will visit it when I travel to Melaka again. Good post btw.

    ReplyDelete
  5. 2 tahun dah tak jejak Melaka... banyak lagi tempat menarik tak jejak ni...

    ReplyDelete
  6. Semua dah pernah pergi dan jalan-jalan keliling kecuali Taming Sari tu, dah sampai dah bergambar tapi belum pernah naik ajee hehehe asal pergi, beratur, malas nak tunggu hahaha

    ReplyDelete
  7. Rindu gila kat Melaka,last pergi tahun 2017 rasanya. Encore Melaka tu x pernah visit lagi nanti boleh merentas kita g la.

    ReplyDelete
  8. dah lama betul tak pegi melaka. bila la dapat travel balik. skang ni kalau gov bagi pegi pun masih rasa takut.

    ReplyDelete
  9. encore tak pernah pegi lagi. melaka salah satu list nak gi bercuti lepas boleh merentas

    ReplyDelete
  10. Kak dah lama tak balik kg Melaka ni, haaa... rindu nak jln2 sini, dah biada dah tempat2 mmg menarik

    ReplyDelete
  11. I memang miss Melaka, last time I went there for weekend staycation and love it.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.