Review Movie di Netflix : Thimmarusu

Tajuk filem tamil ni Thimmarusu: Assignment Vali filem tamil India Telegu (tahun 2021) idi bawah arahan Sharan Koppisetty dan diterbitkan oleh Mahesh S. Koneru dan Yarabolu Srujan dibawah syarikat East Coast. Filem ini dikategorikan sebagai crime thriller. Walaupun tak adalah babak suspen sangat tapi jalan cerita sangat menarik dan ada plot twist sedikit di akhir cerita.


Mengisahkan seorang peguam muda Ram (Satyadev Kancharan) yang mula bertugas di Rao Associates, mengendalikan kes pertamanya dengan membuka balik satu kes bunuh 8 tahun lepas. Kes ini melibatkan seorang pemuda naif Vasu (Ankith Koyya ) yang telah dituduh membunuh walaupun hakikat sebenarnya beliau telah dianiaya. 


Walaupun pada mulanya Vasu tidak berminat untuk membuka balik kes siasatannya tapi atas desakan ibunya sendiri dan juga pasukan Ram (Anu dan Sudha) membuatkan beliau nekad untuk membersihkan namanya. Pelbagai insiden berlaku ketika pihak Ram mencari saksi kejadian yang menyebabkan siasatan yang dijalankan semakin sukar. Antaranya seperti saksi kena tangkap, saksi kena bunuh dan ada juga saksi yang tidak boleh dibawa ke pengadilan. Begitu juga dengan keadaan Vasu yang tiba-tiba kena tuduh dengan pembunuhan terbaru dan macam-macam lagi.

Cara siasatan Ram sememangnya sangat sempoi. Dengan hanya menunggang motor ke sana sini mencari bukti. Beliau juga selalu berimaginasi tentang kejadian dengan hanya melihat pada persekitaran. Membuat pendekatan secara logik tentang kejadian, membuat lakonan semula dan pelbagai lagi. 
 
Apatah lagi kes pembunuhan ini sebenarnya melibatkan orang yang sangat berpengaruh (high profile). Dikendalikan oleh pegawai polis yang korup bergabung dengan peguam yang hebat serta hanat, jahat dan sewaktu dengannya.

Bagaimana Ram menghadapi semua ini bersama Vasu dan rakan pasukannya.Adakah akhirnya beliau berjaya? 

Tapi masa tengok part-part dekat akhir cerita tu, kita akan tahu kenapa Ram begitu bersungguh nak bawa kes ini ke pengadilan yang benar.

psst : suka dengan lakonan Satyadey. Pelakon feveret untuk movie tamil telegu. Gaya lakonan bersahaja, kelebihan Satya dia hebat dalam bab-bab bertarung (martial skill).


Review Movie di Netflix : Thimmarusu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 02, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. So is this Satya as good as Donnie Yen from Ip Man? Since you mentioned that the highlight would be the fighting scenes. :)

    ReplyDelete
  2. Punyalah fokus kita tengokkk.. sebab nak tau pengakhirannya, rupanyaaa dia bela kematian abangnya kannn..

    ReplyDelete
  3. Hahahaha. Ruby dah tengok. Memang best. Seronok tengok. Cumaaaa plot twist tu kuang asam betul. Hahaha.

    ReplyDelete
  4. ramai kenalan saya sarankan untuk tengok movie nie. bolehlah nanti sy tengok bila ada waktu yang terluang. tengok gaya macam best

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.