Review Movie Di Netflix : Khoobusurat (2014)

Khoobusurat  membawa maksud 'beautiful'.Filem lama sebenarnya tahun 2014. Saya tertarik menontonnya kerana ianya berkaloborasi dengan Disney, heheheh. Dan ini merupakan kali pertama saya menonton filem hindi yang mempertengahkan kisah keluarga di raja.  Filem ini dibarisi dengan pelakon yang tidka kurang hebat popular, antaranya seperti Ashok Banthia, Rishabh Chaddha, Badrul Islam, Sonam Kapoor, Fawad Khan dan ramai lagi.

Mengisahkan seorang doktor muda yang merupakan fisio terapi bernama Dr Milli. Beliau ada seorang gadis yang berperangai gila-gila (happy go lucky), kelam kabut dan suka meluahkan apa yang dia rasa (jenis jujur). 

Dibesarkan dalam keluarga Pujanbi yang meriah. Terutamanya ibunya yang dipanggil sebagai Manju. Memang kelakar Manju ni tau (cam over kekadang, ala-ala makcik bawnag jugek). Dan Dr Milli memang sangat rapat dengan ibunya. Segala apa rahsia memang selalu dikongsi bersama ibu.

Sehinggalah satu hari beliau ditugaskan untuk merawat seorang raja yang mengalami masalah kaki. Biarpun beliau kena berada didalam keluarga diraja, serba-serbi perlu mengikut tatacara dan peraturan tetapi Dr Milli suka ikut kepalanya sendiri. Ini menyebabkan permaisuri berasa 'stress' dengan kehadiran Dr Milli. 

Pada masa yang sama Dr Milli macam tersuka juga dengan Putera Vikram. Lelaki yang sentiasa sibuk sebagai ahli perniagaan, berkarisma dan tegas. Putera Vikram sudah mempunyai tunang yang sangat cantik iaitu Kiara yang juga dari golongan bangsawan.

Semakin lama hubungan Dr Milli dan Putera Vikram semakin akrab. Dan raja Shehktar juga tersentuh dengan usaha Dr Milli dalam sabar melayani karenahnya. Bayangkan Dr Milli selamba jer panggil raja dengan panggilan "Uncle Shehktar".. Hahahahah.

Cuma apabila Manju (ibu Dr Milli) mula masuk campur dengan nasib anaknya ketika berada di istana dan permaisuri tetap tidak suka dengan Dr. Milli. Ditambah pula dengan perbezaan taraf antara mereka menyebabkan hubungan Dr Milli dan Putera Vikram terputus. Dr Milli kecewa dan membawa diri pulang ke Delhi.

Jalan cerita simple dan sempoi. Suka dengan latar belakang didalam kawasan istana. Ini terutama dekorasi yang menampkkan keindadahan senibina dari India.

Macam biasa boleh tonton filem ini di Netflix.


Review Movie Di Netflix : Khoobusurat (2014) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 11, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.