Review Movie Di Netflix : No Mercy

Filem Korea di Netflix - No Mercy. Bukanlah filem terbaru rasanya tahun 2019. Ianya adalah filem aksi banyak unsur-unsur pertarungan yang agak menakutkan jugalah. Lakonan utama merupakan pelakon berbakat Korea Lee Si- young. Siapa dah tonton siri Sweet Home pasti tahu karektor beliau dalam siri tersebut yang mana satu.

Permulaan cerita, nampak Inae (watak yang dilakon oleh Lee Si-ypung) sedang membelasah seseorang di bengkel kereta memakai persalinan baju merah termasuklah sepasang sepatu tinggi berwarna merah juga.

Starting dia dah nampak.. Wow kejamnya. Hahaha. Okla No Mercy ini mengisahkan tentang seorang kakak Inae yang mencari adiknya yang sakit disleksia (kalau tak silap) iaitu Eunhye (lakonan Park Se-wan) yang tidak balik ke rumah selepas waktu persekolahan.

Inae ini merupakan bekas banduan, merupakan juara martial arts. Memang hebatlah sebab dia memang ada skill pertahanan yang bagus.  Selaps dia keluar penjara, Inae pergi bertemu dengan adiknya yang tinggal bersendirian. Kiranya beliau mahu mulakan kehidupan baru bersama adiknya itu.


Eunhye ini pelajar lembam selalu kena buli dengan 2 rakan kelasnya. Bukan setakat buli bahkan lebih teruk lagi. Dijadikan macam ala-ala pelacur untuk dilanggan tapi sebenarnya mereka ada motif disebalik itu iaitu menjadi pemeras ugut kepada pelanggan yang cuba melacur Eunhye.

Nak dijadikan cerita malam yang dia tak balik tu, salah seorang pelanggan merupakan ahlong yang kiranya macam gengstar. Bila diaorang nak peras ugut jadi kes terbalik mereka yang diugut balik. Dan Eunhye telah dibawa pergi untuk dijual kepada pihak lain.

Inae yang masih menunggu adiknya, akhirnya pergi keluar mencari adiknya. Dan bertemu dengan 2 rakan buli, membawa kepada kumpulan yang memeras ugut, ahlong sehinggalah menemukan balik mereka yang telah merosakkan adiknya ketika mereka tinggal di kampung dan akhirnya kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan Inae ini dipenjarakan.


Sepanjang kita tonton cerita ini, kita sakit hati sangat apa yang berlaku pada Eunhye. Nasib dia teruk sebenarnya dari zaman di kampung lagi. Dan apabila Inae ini bertarung (adengan pukul semua) memang menakutkan. Sebab tak ada belas kasihan. Pada masa yang sama kita boleh lihat kemarahan dia terhadap apa yang berlaku kepada adiknya.

Jalan cerita macam kreatif sebab ianya melibatkan ramai orang jahat yang sebenarnya tidak berkait antara satu sama lain tapi menggunakan satu sahaja watak mangsa iaitu Eunhye.

Jalan cerita tak boring. Best korang boleh tonton di Netflix!

Review Movie Di Netflix : No Mercy Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 30, 2021 Rating: 5

2 comments:

  1. dah dlm list dah... x tgk lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ayu...tapi makin lama tgk cerita ni..kita ras amarah dan kesian kat nasib eunhye tu

      Delete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.