Jom Sertai Pelbagai Aktiviti Menarik Di Cartoon Network Bersama Anak Tercinta Bersempena Dengan Cuti Sekolah

Jom Sertai Pelbagai Aktiviti Menarik Di Cartoon Network Bersama Anak Tercinta Bersempena Dengan Cuti Sekolah- Yuhuuu! Saya dan Ameer sudah tidak sabar untuk menerokai 150 pengembaraan menarik bersama Cartoon Network bersempena dengan cuti sekolah lama lagi menerusi mikrosit CartoonNetworkAsia.com/BestSummerEver yang telah pun bermula sekarang hingga 27 Jun 2021. Melalui aktiviti yang disediakan semestinya seisi keluarga saya boleh menghidupkan “zon ceria”  hanya di rumah sahaja yang ternyata lebih selamat dan selesa.


Antara aktiviti-aktiviti yang boleh kami serta dari microsit tersebut adalah:

Bermain: Craft Creek bersama Looney Tunes adalah aktiviti yang membantu melatih sisi kreatif seisi keluarga - mengadun resipi yang enak, melakukan aktiviti kraf D.I.Y dan banyak lagi.

Muzik: Toon Tunes Valley bersama We Bare Bears mengajak anda menyanyi sepuas hati, sama seperti Ice Bear! Pilih lagu Cartoon Network kegemaran anda, panaskan peti suara, dan bolehlah mula menyanyi bersama-sama. Lebih baik lagi, jika seisi keluarga memilih satu lagu setiap orang dan menjadikannya sebagai konsert di rumah!

Pergerakan: Gymsville bersama Tom and Jerry membuatkan jantung anda berdegup kencang dengan set video senaman rahsia Tom. Lagipun, telatah mereka memang memerlukan dua watak ini untuk sentiasa cergas, dan anda juga boleh menjadi sihat dan aktif – seperti mereka berdua.

Penerokaan: Toonsplorer Island, dihoskan oleh Teen Titans Go! membawa anda ke pelbagai jenis pengembaraan. Muat turun stiker WhatsApp, hiasan latar mudah alih yang memaparkan rancangan kegemaran anda, menjadi hos mesyuarat melalui Zoom di gua beruang, dan banyak lagi.

Permainan: Arcade Town bersama Ben 10 menyediakan lambakan permainan! Sama seperti arked sebenar, pilih permainan kegemaran anda yang menyemarakkan daya saing anda. Sahut cabaran itu dengan beberapa sesi permainan yang hebat – dan ajaklah kawan-kawan anda bermain sama untuk melihat siapa yang lebih handal.


Dengan lebih 150 aktiviti, terdapat begitu banyak pilihan sekaligus menjadikan anak-anak dan ibu-bapa yang berjiwa muda akan sibuk sepanjang musim panas ini ya! Dengan menyertai pelbagai cabaran digital untuk membuka e-ganjaran eksklusif seperti hiasan latar mudah alih, stiker dan sijil pernyertaan peribadi akan diberikan.


Kita juga boleh memuat naik gambar atau video pengembaraan di rumah hasil karya sendiri ke mikrosit Best Summer Ever Cartoon Network dan berpeluang melihat ianya disiarkan di TV. Paling best kita boleh memenangi pelbagai hadiah hebat.

  

Kempen Best Summer Ever Cartoon Network juga menyajikan pelbagai siri rancangan kegemaran ramai pada tayangan perdana selama lapan minggu.

Antaranya siri kartun Looney Tunes yang terbaharu iaitu Looney Tunes Cartoons, yang akan ditayangkan pada  hari Jumaat, 7 Mei, jam 5.30 petang di Cartoon Network (Astro Saluran 615 HD), filem animasi Space Jam: A New Legacy yang mengisahkan juara bola keranjang LeBron James dan pengembaraan epiknya bersama Bugs Bunny dan kru Looney Tunes. Filem yang dinanti-nantikan ini akan ditayangkan di pawagam pada hari Khamis, 15 Julai.

Ben Gen 10 istimewa selama sejam di mana Ben perlu menyelamatkan dunia daripada Omnitrix yang mengalami kegagalan fungsi dan menjangkiti manusia dengan DNA asing, tayangan perdana pada hari Sabtu, 22 Mei, jam 11 pagi di Cartoon Network dan perkhidmatan penstriman HBO GO.

Adventure Time: Distant Lands’, empat episod selama sejam akan disiarkan pada Sabtu, 12 Jun, jam 9 malam di Cartoon Network dan HBO GO, di mana Finn dan Jake bersatu kembali untuk mengharungi pengembaraan paling penting dalam hidup mereka.

Untuk tayangan istimewa Hari Raya, Astro menayangkan SEMUA program-program Cartoon Network yang paling popular dari 26 Mei – 13 Jun melalui On Demand dan Astro GO, termasuklah The Amazing World of Gumball dan Ben 10 kepada We Bare Bears, New Looney Tunes, Tom and Jerry Tales, dan banyak lagi. Jadi jangan lupa tontonlah program istimewa Best Summer Ever Carton Network pada bila-bila masa, di mana sahaja!

 

Seramai 100 pelanggan bertuah yang menyertai aktivit di laman microsit Best Summer Ever Cartoon Network jugaakan berpeluang memenangi barangan Looney Tunes dan Tom and Jerry! Untuk butiran lanjut, kunjungi promotions.astro.com.my.

Bagi peminat yang ingin menambah koleksi pelbagai barangan terbaharu Cartoon Network dalam koleksi mereka. Bolehlah dapatkannya dari sini.

Kidz World MY
Mencari pakaian terbaik untuk si kecil anda? Kunjungi sahaja Shopee untuk melihat koleksi pakaian Tom and Jerry yang sangat banyak!


Asadi Malaysia
Membawakan anda kasut yang paling popular dan selesa We Bare Bears untuk perjalanan harian anda. Kunjungi kedai rasmi mereka di Shopee atau Lazada untuk melihat koleksinya.

Toys“R”Us
Jika anak-anak anda peminat Tom and Jerry, kunjungi Toys”R”Us untuk melihat koleksi penuh mainan hari ini. Hanya terdapat di cawangan terpilih sahaja.

Zakkasg
Mencari hadiah paling tepat untuk acara istimewa? Daripada plushies, beg galas, beg kantung dan banyak lagi, anda akan rambang mata melihat seleksi hadiah yang ditawarkan! Kunjungi Shopee sekarang.

Tisu Royal Gold Manjakan kulit anda dengan tisu muka Looney Tunes Royal Gold! Kini boleh didapati di semua pasar raya dan pasar raya besar terkemuka.


Jom manfaat masa bercuti dengan pelbagai aktiviti,
Lebih seronok, lebih banyak hadiah boleh dimenangi :-)

Jom Sertai Pelbagai Aktiviti Menarik Di Cartoon Network Bersama Anak Tercinta Bersempena Dengan Cuti Sekolah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 04, 2021 Rating: 5

10 comments:

  1. wow. tak sangka diorg boleh ada idea nak buat toys kit macam ni. mesti fun!

    ReplyDelete
  2. sapa ada anak boleh la join, boleh bagi diorang ada aktiviti kat rumah kan

    ReplyDelete
  3. Jujur cakap, saya yang bukan budak pun main jugak game kat site Cartoon Network ni. Sekali sekala hilangkan stress haha

    ReplyDelete
  4. Eh macam best pulakk.. ni kalau nak dapatkannya sempat tak ek sebelum raya ni.. aduh baru tau ni. anak sedara mesti suka ni.. Suami Sis suka Tom n Jerry hahahaha

    ReplyDelete
  5. Nie boleh bagitahu kat my sisters nie - mesti anak-anak saudara I suka betul kelak. Thanks share info - daku takde astro so taktau pasal nie

    ReplyDelete
  6. Rindunya Looney Tunes ni..favorite characters masa kecik2 dulu.. banyak patung2 dia dan baju2 :) ohhhh! those old good days! best la ni..

    ReplyDelete
  7. Cartoon Network ni memang favourite anak-anak saya start daripada anak yang sulung sampailah ke anak yang bongsu... Memang best games kat situ... Bila dah masuk website, memang ralit la dibuatnya...

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni rumah dah penuh dengan anak-anak balik selepas PKP ni siap sedialah ibu bapa kat rumah nak pastikan anak-anak belajar secara PDPR. Tapi sekarang dah mudah dan canggihkan...

    ReplyDelete
  9. Menarik juga ni anak-anak pun tak boring duduk rumah. Ada aktiviti yang boleh dibuat

    ReplyDelete
  10. better lah adikpermainan sebegini untuk mengisi masa lapang anak2 sepanjang pkp nie. kesian dorg bosan duduk rumah lama2

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.