Abbott dan Shopee Galakkan Pemakanan dan Kehidupan Sihat Sempena Hari Pemakanan Keluarga

Abbott, syarikat penjagaan kesihatan global dan Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, berganding bahu untuk menambah baik pemakanan rakyat Malaysia di setiap peringkat kehidupan. InisiatifmNutrition for the Whole Family atau Pemakanan untuk Seisi Keluarga ialah sebuah inisiatifmserantau di enam negara termasuk Malaysia yang akan diadakan pada Shopee Super Brand Day (Hari Jenama Hebat Shopee) dalam bulan Mei.
 

Kempen Nutrition For The Whole Family berusaha menggalakkan seisi keluarga untuk menikmati kehidupan lebih bermakna menerusi amalan pemakanan yang sewajarnya. Di bawah program ini, mereka akan menerima petua pemakanan, panduan beli-belah, dan mendapatkan rangkaian produk pemakanan berasaskan sains Abbott untuk kanak-kanak dan dewasa.

Pengguna masa kini amat mengutamakan kesihatan dengan memberikan lebih perhatian terhadap diet masing-masing . Amalan makan kini bukan sahaja mengenai cita rasa makanan dan mengisi perut – malah pemakanan telah menjadi salah satu unsur penting untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan sihat. Rakyat Malaysia kini mengamalkan diet lebih sihat yang dilengkapi dengan pemakanan suplemen.

Kini lebih ramai orang membeli produk berkaitan kesihatan seperti pemakanan suplemen di dalam talian, dengan kategori Kesihatan kian berkembang saban tahun di Shopee. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di dalam talian, Abbott dan Shopee berhasrat untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga untuk memilih produk pemakanan yang lebih sesuai dengan keperluan mereka. Jenama Abbott yang terlibat dalam kempen termasuk Ensure, Glucerna, PediaSure, Similac Gain Plus/Kid Gold, Similac Intellipro & Isomil Plus. Memanfaatkan alat-alat dalam aplikasi Shopee yang menggalakkan penglibatan, para pengguna boleh menambah baik amalan pemakanan mereka menerusi pelbagai aktiviti menyeronokkan.


Dr. Jose Dimaano, Pengarah Hal Ehwal Perubatan Asia-Pasifik di Abbott, berkata,
Pemakanan yang wajar ialah keperluan asas yang membolehkan anda menikmati sepenuhnya kehidupan anda. Sebab itulah Abbott berusaha mengukuhkan masyarakat di rantau ini menerusi pemakanan berasaskan sains kerana kami percaya dengan amalan pemakanan yang baik, kita boleh menjaga kesihatan di setiap peringkat kehidupan. Menerusi kerjasama dengan Shopee, kami boleh memperkasakan lebih banyak keluarga untuk memilih pemakanan berkhasiat, dengan menyediakan maklumat dan petua yang berguna dan juga rangkaian produk pemakanan khusus untuk mengamalkan pemakanan sihat.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee mengatakan,
Ia amat penting untuk para pengguna mempunyai akses kepada sumber maklumat yang sahih apabila mereka membeli produk-produk kesihatan. Oleh itu, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Abbott, sebuah jenama global yang dipercayai, untuk melancarkan kempen ini yang akan mendidik para pengguna mengenai cara pemakanan sihat yang menyeronokkan dan interaktif. Kami menjemput para pengguna untuk sertai kami bagi mempelajari tip-tip pemakanan berasaskan sains. Mereka juga dapat membeli produk pemakanan Abbott yang berkualiti tinggi dengan tawaran dan baucar eksklusif pada Super Brand Day ini sempena kempen 6.6 Jualan Hebat kami yang sedang berlangsung.

Mulai 30 Mei, para pembeli boleh membaca kandungan khas yang disediakan termasuk:
  • Petua Pemakanan: Sistem imun yang sihat disokong menerusi pemakanan yang wajar. Pengguna boleh menerima petua pemakanan di laman Facebook Abbott Mommy Scoop untuk mempelajari tentang nutrien berbeza dan cara nutrien menentang penyakit dan jangkitan.
  • Panduan Beli-Belah: Pemakanan yang wajar bermula dengan pilihan bijak di kedai. Senarai produk Abbott di platform Shopee akan memaparkan manfaat pemakanan produk untuk membantu pengguna memilih pemakanan khusus yang paling sesuai dengan keperluan mereka.

Dapatkan maklumat lanjut tentang Nutrition for the Whole Family Abbott di
https://www.facebook.com/AbbottMommyScoop

atau kunjungi gedung rasmi jenama yang turut serta di Shopee:
Ensure & Glucerna – https://shopee.com.my/ensure.os
Pediasure – https://shopee.com.my/pediasure.os
Similac Gain Plus/Kid Gold & Isomil Plus https://shopee.com.my/similac.os
Similac Intellipro https://shopee.com.my/similacintellipro.os

Abbott dan Shopee Galakkan Pemakanan dan Kehidupan Sihat Sempena Hari Pemakanan Keluarga Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 25, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.