Review Movie di Netflix : The Con-Heartist

Salah satu movie Thai yang korang pasti akan tergelak-gelak sepanjang menonton. The Con-Heartist. Lakonan mantap Nadech Kugimiya (pakwe yaya, pelakon wanita famous juga di Thai). Filem ini dikeluarkan tahun lepas 2020.

Filem The Con-Heartist ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat selain Kugumiya (Tower), antaranya seperti Baifern Pimchanok Luevisadpaibul (Ina), Bank Thiti Mahayotaruk (Petch), Mam Kathaleeya McIntosh (Ms. Nongnuch) danPhuak Pongsatorn Jongwilas (Mr. Jone).

Filem komedi romantik ini mengisahkan Ina seorang wanita yang lurus dan baik hati telah ditipu bulat-bulat oleh ex pakwe beliau iaitu Petch. Untuk pengetahuan semua Petch ni memang kaki perempuan jenis kaki kikis wanita kaya yang tua.

Jadi Ina terpaksalah menaggung hutang yang banyak disebabkan oleh Petch dan beliau melakukan pelbagai kerja yang boleh mendatangkan duit. Sehinggalah satu hari beliau terkena dengan seorang scammer yang hensem iaitu Tower.

Bermula di mana Tower dan Ina ini saling membantu dan merancang untuk kenakan Petch ni balik. Banyak insiden yang lucu dan korang boleh gelak beria masa scene diaorang rancang macam-macam untuk jatuhkan Petch. 

Pada masa yang sama Ina dan Tower ini dapatkan pertolongan daripada Ms. Nongnuch dan Mr. Jone. Lagilah bertambah kelakar dengan Ms. Nongnuch ni wanita kampung yang kecoh tapi pandai berlakon dan Mr Jone ala abang angkat kepada Tower yang mempunyai sejarah keluar masuk penjara banyak kali.

Tapi berjaya tak agaknya Tower dan Ina dapatkan duit daripada Petch sepertimana mereka yang rancangkan. Dan adakah Tower akan terus bekerja sebagai scammer. Bagaimana pula nasib Ina pada pengakhiran cerita. Part romantik korang dapat lihat sendiri dari segi gerak bahasa badan antara 2 main lead dan juga scene akhir yang mana Ina ada selitkan surat untuk Tower tentang harapan beliau atas lelaki itu.

Serius! Korang kena tengok kat Netflix. Saya kalau lakonan Kugumiya dan Mark Prin (lagi sorang pelakon hensem Thai), memang jarang mengecewakan. Antara drama bersiri famous Kugimiya berlakon dan best, wajib kena tonton adalah The Crown Princess dan Switch (drama kelakar giler!).

Review Movie di Netflix : The Con-Heartist Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 24, 2021 Rating: 5

8 comments:

  1. dah add to list dah, lum layan lagi. dok thailand lama dah, tapi memang x minat sgt cita thailand.. he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA ayu kena tgk citer ni sbb kugumiya berlakon hehehe

      Delete
  2. Hahaha! Kit dah tengok half way aritue.. tapi disebabkan busy memanjang dan tak dapat focus, decided to "Add To List" dulu.. weekend baru tengok balik... :) memang kelakar habis kan.. especially part yang Tower cuba bagi balik phone si Petch ni.. :P

    ReplyDelete
  3. Umm...... I x tengok filem2 Thai nie. But most of my friends yg suka filem Thai kata they are quite good. So I think I should give Thai filem a try. This movie sounds good. Hero dia pun tampak ganteng. Hehehe..........

    ReplyDelete
  4. dah lama tak tengok movie thai. cite diorang pun best2 gak. nanti nak cari movie ni

    ReplyDelete
  5. Cerita Thailand mmg biasanya best2. Suka tengok sbb selalu jalan cerita dorg menarik. Pelakon pon cute2

    ReplyDelete
  6. Hahaha memang lawak gilerr, semua scene ada jee bahan lawak dia.. Sis dengo sire dia je nak gelak oii hahahahaha

    ReplyDelete
  7. Dah tengok filem ni haritu, memang best dan kelakar. Bonus part, pelakon pun cantik dan nsem orangnya. Fresh la jalan cerita dia.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.