Kempen Anti Buli Siber Bersama Himaya Premium Hijab Medical Mask Dengan Kerjasama Elfira Loy, Wany Hasrita dan Amira Othman

Kempen Anti Buli Siber Bersama Himaya Premium Hijab Medical Mask Dengan Kerjasama Elfira Loy, Wany Hasrita dan Amira Othman- Buli di siber bukanlah norma baru yang berlaku di negara kita. Bahkan Malaysia sebenarnya berada di tangga keenam tertinggi di dunia dan yang kedua di Asia dalam masalah buli siber ini. Lihat sahaja di platform media sosial seperti Facebook. Saban hari ada sahaja berita yang disensasikan seterusnya mendapat kencaman dalam bentuk komen yang mencaci, menghina oleh netizan iaitu rakyat Malaysia sehingga menarik perhatian pihak berkuasa. Jika diikutkan kes buli di Malaysia berlaku setiap hari. Namun disebabkan proses birokrasi dan terpaksa melalui proses undang-undang yang panjang  menyebabkan banyak kes tidak dilaporkan.


Apa itu Buli Siber?

Buli siber adalah kaedah di mana pengganggu dan pembuli menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyokong tingkah laku sikap sengaja bermusuh seorang individu atau kumpulan, yang berniat untuk mengugut orang lain.(Sumber, Sinar Harian 7.9.2019)


Untuk pengetahuan semua, setiap orang yang membuli (pembuli) yang memuat naik sebarang kandungan jahat di internet bagi tujuan menganggu, memprovikasi, mengancam atau menyalahguna medium ini boleh dikenakan tindakan keslaahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Petikan dalam salah satu klausa perundangan dibawah Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) , hukuman yang mungkin bakal dikenakan.

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Kenapa hukuman agak berat dikenakan? Ini kerana gangguan yang diterima oleh mangsa boleh membawa kemurungan, kesan kepada mental dan lebih teruk lagi sekiranya membawa kepada kes membunuh diri (depresi yang melampau). Tidak hairanlah jenayah buli siber ni boleh menyumbang kepada peningkatan kes bunuh diri terutama dikalangan golongan remaja.


Kempen Anti Buli Siber Bersama Himaya Premium Hijab Medical Mask

Menyedari tentang isu buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn. Bhd. dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask iaitu Datuk KK Chua telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Kempen"Stop Cyber Bullying Women Day" yang akan bermula pada 7.7.2021


Menurut Datuk KK Chua, tibalah masanya kita bersama-sama menyedarkan masyarakat tentang bahayanya buli siber yang boleh mendatangkan kemurungan sehingga membabitkan gangguan mental. Apatah lagi sekarang buli siber berlaku tanpa mengira mangsa. Baik orang dewasa mahupun remaja dan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa kepada buli siber.

Ini terutama kepada golongan artis, figura yang sentiasa mencuri perhatian masyarakat. Di Malaysia untuk kes buli siber yang melibarkan artis tidaklah seteruk seperti apa yang berlaku kepada artis di negara Korea (terutama K-Pop Idol). Di mana artis mereka jika dikencam oleh pembuli siber ianya seperti mendapat hentaman yang konsisten dan berterusan oleh sekumpulan yang seolah bergerak sebagai troopers.

Antara kes kematian K-Pop Idol yang mengejutkan masyarakat seluruh dunia seperti :-

  • Jonghyun -Penyanyi juga anggota SHINee ini juga paling tidak disangka kematiannya pada 2017. Mendiang berdepan masa sukar sehingga memakan emosi dalamannya dan membawa kepada mencabut nyawa sendiri. Meskipun dikaitkan kemurungan, ternyata penyanyi ini bergelut rasa keyakinan diri sama ada dia bagus atau tidak. Secara tidak langsung, permasalahan dihadapinya mungkin berpunca daripada buli siber.

    Dia sendiri tidak pernah berbicara mengenai masalah yang melanda dalaman dirinya. Hakikatnya, sepanjang karier dia adalah antara selebriti yang sentiasa tampil ceria dan disukai ramai termasuk rakan selebriti lain.

    Bagaimanapun, penyakit mental yang dialaminya sudah tidak dapat diselamatkan apabila dia sendiri rasa dirinya rapuh. Jonghyun mengakui perkara itu dalam sebuah nota ditinggalkan selepas dia ditemui meninggal.

  • Jeong Da Bin - Pengakhiran hidup aktres dari Korea Selatan ini sememangnya sangat menyedihkan. Jeong Da Bin ditemui menggantung dirinya dalam bilik mandi di rumah teman lelakinya pada 2007 sewaktu dia berusia 26 tahun. Pelbagai spekulasi tercetus mengenai kematiannya di mana dia dikatakan berdepan tekanan hidup yang sukar dikawal lagi. Paling menjadi perbualan adalah dia didakwa membunuh diri disebabkan tidak dapat menerima kariernya menjunam. Bukan itu saja, dia turut menerima tempias komen daripada warganet ketika itu. Mendiang juga dikatakan menerima kata-kata nista daripada ramai yang mengecam penampilan fizikalnya di internet. Disebabkan itu, tekanan hidup aktres terbabit menjadi lebih teruk menguatkan lagi spekulasi mengenai punca kematiannya.

  • Sulli - Kematian penyanyi berusia 25 tahun ini sememangnya mengejutkan dunia. Siapa sangka di sebalik keceriaannya di kaca TV, anggota f(x) dari Korea Selatan ini menanggung ketegangan emosi yang sangat sarat. Mungkin tindakannya boleh dihidu ramai apalagi tidak lama selepas pemergiannya, dia sempat berkongsi mengenai isu buli siber kepada pengikutnya. Bagaimanapun, tiada tanda dia akan bertindak di luar jangkaan. Sulli adalah antara selebriti dari negara itu yang tidak lepas daripada kecaman warganet. Siapa saja berada di posisinya pasti tidak dapat menerima kata-kata nista yang melampau daripada warganet. Kesudahannya, dia ditemui meninggal dunia di kediamannya dan turut dikaitkan penyebabnya adalah bunuh diri. Paling tidak boleh diterima akal adalah warganet masih bercakap buruk mengenai mendiang meskipun rata-rata meratapi pemergiannya.

Kita belajar dari apa yang pernah berlaku. Menurut Datuk KK Chua lagi golongan artis antara yang sentiasa menjadi sasaran kencaman hebat dari netizen. Apa sahaja yang dimuat naik di media sosial terutama mengenai aktiviti seni mereka turut mendapat kencaman, sekaligus menyebabkan ada sebilangan daripada mereka terpaksa berundur diri dari platform ini seketika. Dan paling membimbangkan ada artis tidak yang mahu keluar rumah kerana rasa takut berhadapan dengan masyarakat luar.



Oleh yang demikian Himaya Premium Hijab Medical Mask telah bekerjasama dengan duta mereka iaitu Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Erra Fazira dalam menjayakan Kempen Anti Buli Siber yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Keempat-empat selebriti ini akan bersama-sama menggunakan platform media sosial mereka untuk berkongsi maklumat mengenai Kempen Anti Buli Siber dalam memberi kesedaran terutama bahayanya kepada mangsa.

Dalam satu temuramah bersama Wany Hasrita, Amira Othman dan Elfira Loy, mereka turut berkongsi tentang perasaan dan tindakan yang diambil sekiranya mereka berhadapan dengan isu buli siber.



Menurut Wany, apa yang dilakukan oleh beliau hanyalah menutup akaun media sosial seketika dan mengelakkan diri daripada membaca koemn-komen dari platform tersebut. Bagi Elfira Loy pula, beliau akan berkongsi bersama ahli keluarganya (meluahkan rasa) dan biasanya beliau akan meletakkan dirinya bersama kumpulan sokongan yang positif. Manakala Amira Othman mengambil kaedah yang sama seperti Wany Hasrita, namun Amira turut menyuarakan rasa terkilannya terutama kepada pembuli yang melakukan 'aktivit membuli'  yang tidak pernah terfikir sekiranya ianya berlaku pada keluarga atau orang tersayang mereka sendiri - what goes around comes around.


Himaya Premium Hijab Medical Mask

Bersesuaian dengan tagline pelitup muka premium ini "Berani itu Jelita". Himaya Premium Hijab Medical Mask secara serius ingin menangani masalah buli siber melalui kempen "Stop Cyber Bullying Women Day" yang akan berlangsung pada 7 Julai 2021.


Himaya Premium Hijab Medical Mask didatangkan dengan lima warna menarik iaitu Love Latte (coklat lembut), Soft Olive (hijau pastel), Apricot Dream, Blue Lagoon dan Retro Slate. Pelitup ini juga bukan sahaja sangat praktikal digunakan untuk mereka yang berhijab, material yang digunakan juga adalah anti jerawat.


Boleh didapatkan di rangkaian kedai Watsons, Caring Pharmacy, Alpro Georgetown. AEON, AA Pharmacy, Straits Pharmacy, Healthlane dan ejen berdaftar. Boleh juga dapatkan terus dari platform Shopee Himaya Official Store.

Akan datang jenama ini juga akan cuba menembusi pasaran Indonesia memandangkan negara tersebut mempunyai populasi yang tinggi dan mempunyai ramai penduduk wanitanya yang berhijab.

Jom sama-sama kita sertai dan menyokong kempen "Stop Cyber Bullying Women Day"!


Kempen Anti Buli Siber Bersama Himaya Premium Hijab Medical Mask Dengan Kerjasama Elfira Loy, Wany Hasrita dan Amira Othman Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 07, 2021 Rating: 5

17 comments:

  1. Campaign/talk awareness mcm ni yang kita perlukan, at least orang ramai ada yang sedar dan ambil berat akan hal siber bully ni

    ReplyDelete
  2. kes buli siber ni lama dah sebenarnya, kan? cuma baru sekarang orang nampak. btw lawa2 warna mask tu

    ReplyDelete
  3. bagus ada kempen macam ni. kes buli siber makin menjadi2 sekarang ni

    ReplyDelete
  4. Bagus ada inisiatif sebegini sebab kadang kala masyarakat memandang cyberbully sebagai masalah enteng. Kadang-kadang netizen pun salah satu pihak yang membuli, tanpa sedar ketika menjalankan 'tugas'masing-masing

    ReplyDelete
  5. Kena buat awareness ni secara meluas supaya ramai yang tahu tentang cyber bully ni

    ReplyDelete
  6. Pernah kena jugak, hanya mampu block je le sesiapa yg membuli tu, malas nak layan n ambik tahu. Baguslah ada kempen mcm ni sekurangnya memberi kesedaran kepada pembuli

    ReplyDelete
  7. Buli ni dah macam budaya netizen. Bukan ada dekat luar negara di dalam negara pun ada. Dan biasanya pembuli ni pun mangsa buli jugak. Sebab tu perlunya hidup dengan minda yang sihat dan positif supaya terhindar dari perasaan ingin membuli dan menjadi mangsa buli.

    ReplyDelete
  8. Cbyer bully ni bahaya. Memang bahaya. Pada yg suka membuli tu hentikanlah. Dan kepada yg di buli tu pula, tok sah peduli. unfren block je semua!

    ReplyDelete
  9. nampak ramai kawan-kawan share pasal mask ni. bagus ya at least yang muslimah yakin juga nak pakai. cantik pun cantik menggalakkan orang ramai pakai

    ReplyDelete
  10. Baru je ajar anak murid tentang cyber bullying ni. Dorang diminta buat artikel.

    ReplyDelete
  11. I'm not surprised kalau Malaysia ada dalam tempat teratas bg masalah buli siber. Sorry to say la, tapi ramai org kita yg masih rasis dan prejudis terhadap golongan minoriti. Sesuatu yg kita semua perlu perbaiki.

    ReplyDelete
  12. Terbaik... Kita memang perlukan maklumat sebegini... Yelah kan, kalau tidak masyarakat akan menggunakan platform siber dengan sewenang-wenangnya... Semua nak jadi keyboard warrior... Semoga kempen ini dapat memberikan pengetahuan yang kita semua perlukan...

    ReplyDelete
  13. I'm all in for this campaign, it's time we spread some awareness and put this to a stop. Whatever form of bullying is just bad.

    ReplyDelete
  14. Kes siber buli ni sebenarnya makin berleluasa kan! Samada dilakukan secara sengaja atau tidak! we need awareness macam ni!

    ReplyDelete
  15. Buli Siber ni selalu terjadi. Ada je benda org tak suka. Kita post pasal anak pun org cemburu. Pos pasal kebahagian pun org sakit mata. Bila dah bercerai, pun tak bg apa komen positif. Tetap memerli. Sian tau kak. Saya pemerhati. So nampak la keadaan tu. Semua org pernah merasa buli siber. Cuma nak cakap, jangan give up dengan apa perkara baik yang kita lakukan. Tambahan itu adalah punca rezeki. Sentiasa doa dekat Allah s.w.t agar dipermudahkan mencari rezeki dan jauhkan dari iri hati dan cemburu dari sesiapa sahaja. Amin.

    ReplyDelete
  16. Bagus ni, terus dapat dua alert dalam kempen gini, satu supaya kita terdedah dengan buli siber, dan satu lagi tentang keselamatan dan keutamaan memakai facemask ketika ni..
    Tapi bab buli siber ni memang takut... sebab dah pernah kena..

    ReplyDelete
  17. Bagus kempen sebegini. Memang kita semua patut diberi awareness bab siber buli ni sebab ianya bukan masalah biasa-biasa.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.