MISSION FOODS MELANCARKAN MINI WRAPS

MISSION FOODS MELANCARKAN MINI WRAPS - Eenie, meenie, miney moe, catch a Monster by its toe! Mission Foods, jenama wrap tortilla kegemaran ramai kini telah melancarkan saiz mini yang lebih menyeronokkan khas buat anak-anak. Lebih kecil dari segi saiz tetapi hebat dalam rasa, kenalkan Mini Wraps dengan tiga rasa hebat dengan pembungkusan gambar monster yang sangat cute! 


Terdapat 3 perisa yang ditawarkan iaitu - Tomato, Wholemeal dan Original. Apa yang menarik pembungkusan boleh ditutup semula untuk mengekalkan kesegaran roti. Terdapat 8 keping wrap dalam setiap pembungkusan. Saiznya lebih kecil 5.75 inci sangat sesuai untuk jari kelingking anak.


Randall Tan, Pengurus Jenama Asia Selatan, Mission Foods menyatakan bahawa pengenalan wrap baru adalah ukuran yang tepat untuk mengisi perut si manja. 

Kids need the right nutrition to grow and it’s sometimes a challenge to get them to eat the right foods. At Mission Foods, we’re parents too, and making healthy food exciting is what we do best, adding that the wraps contain less sugar and are a source of dietary fibre.
Tambah beliau lagi,
We’ve made the wraps smaller because little people have little hands and little appetites. They are easier for kids to handle and hold, and is the perfect canvas for all their favourite foods.
Ilustrasi monster yang comel dan berwarna-warni pada bungkusan pastinya memberi rasa gembira ketika waktu makan. 

Kata Mr Randall Tan lagi;
When food is fun, it goes down much more easily as kids tend to eat with their eyes first. It’s a great way to add a sense of play and experimentation in getting them to make their own meals
Mission Foods baru-baru ini telah menganjurkan kempen yang menyeronokkan dan menarik iaitu #PerfectForLittleFingers, di mana aktiviti ini melibatkan penyertaan ibu bapa dan berkongsi resipi serta idea hebat di media sosial mereka menggunakan Mini Wraps. Selain itu Abang Brian, alumni Le Cordon Bleu yang juga merupakan selebriti Masterchef turut sama menyertai kempen dengan berkongsi idea resipi yang boleh dicuba oleh ibu bapa dan anak-anak di rumah. 

Abang Brian yang juga pemilik kepada Young Chefs Academy Malaysia telah mencipta tiga resipi menarik dengan mengubah Mini Wraps menjadi makanan kanak-kanak yang menyeronokkan. Antaranya seperti :-

Caterpillar Chicken Wrap yang menggunakan Tomato Mini Wraps

Resepi Caterpillar Chicken Wrap

Boneka beruang Bear Bear Pizza Wrap dengan Wholemeal Mini Wraps 

Resepi Bear Bear Pizza Wrap

Crouching Lion Hidden Veggies Japanese Curry Wrap dibuat dengan Balutan Mini Asli.

Resepi Crouching Lion Hidden Veggies Japanese Curry Wrap 

Dengan Mini Wraps, anda tidak akan merasa bersalah meminta anak-anak anda bermain dengan makanan mereka. Mereka tidak terlalu muda untuk terlibat dalam meentediakan makanan sihat mereka sendiri. Dengan sedikit pertolongan dari Ibu dan Ayah, waktu makan akan menyeronokkan seperti waktu bermain! 
kata Abang Brian.



Bagi menjayakan kempen yang dianjurkan, Mission Foods turut mengadakan pertandingan untuk pengguna wrap ini dengan berpeluang menghadiri bengkel eksklusif bersama Abang Brian. Peserta harus menyerahkan gambar yang paling kreatif  lakaran monster yang dihasilkan oleh anak mereka berdasarkan bungkusan baru. 


Seramai 20 pasangan ibu bapa dan anak-anak, dipilih dan berpeluang belajar bagaimana membuat Caterpillar Chicken Wrap di bengkel masakan bersama Abang Brian pada bulan Mac 2021. Semua peserta juga berpeluang membawa pulang goodies RM200 setiap satu.


MISSION FOODS MELANCARKAN MINI WRAPS Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 04, 2021 Rating: 5

12 comments:

  1. Comel-comel mini wraps nih. Biasa beli yang saiz besar tu. Kalau yang ini anak-anak boleh bawak bekal ke sekolah. Anyway, jom join GA saya sis ,tq :)

    ReplyDelete
  2. Yasss memang suka betul bila Mission dah keluarkan wrap for kids macam ni, sebab Mission ni memang antara brand fav kitorg anak beranak bila nk stock up wraps kat rumah hehe 😁

    ReplyDelete
  3. Bagus you buat post ni sebab I pun buntu nak buat bekal Dania. Beli ni kena buat 2 kot untuk bekal Dania. Kang 1 tak cukup. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Ala comelnya mini wrap. Mmg pakai brand Mission kalau nak buat wrap ke apa. Nak tryla sb comei. Bape.pek baru cukup utk sis ni. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Kenapalah cute sangat mini wrap dia hahahaha.. Sis nak jugalah, buatkan anak nanti boleh eksen dengan adik-adik hahahaha

    ReplyDelete
  6. Ala comel nya.. walaupun takde budak kecik kat rumah saya, tapi rasa macam nak try pulak prepare food mcm ni. Looks fun!

    ReplyDelete
  7. comelnya makanan! haish, buka budak2 je excited, orang tua mcm saya ni pun teruja haha. bolehlah nnti buat dengan anak saudara :)

    ReplyDelete
  8. Alahaiii comel-comel je mini wraps ni. Biasanya Nina beli yang saiz besar tu. Kalau yang gini boleh lah bekalkan anak-anak untuk ke sekolah. Diaorang mesti suka ni.

    ReplyDelete
  9. boleh jadi bekalan anak-anak ke sekolah.. senang nak sediakan

    ReplyDelete
  10. :) Kit memang guna Mission Wrap ni untuk buat healthy wrap.. Wahh, tak sangka mereka skrg dah keluarkan version for the kids.. super cutie cute la.. senang for the parents juga, for sure kids lagi berselera nak makan bila nampak ni (Y)

    ReplyDelete
  11. This is so cute, sedao and sihat kan, i like the Tomato Mini Wraps sedap rasa nyer

    ReplyDelete
  12. Mission Foods' launch of mini wraps is a culinary delight. These versatile, bite-sized creations open up a world of snack possibilities. Snake An Arcade From appetizers to quick lunches, they offer convenience without compromising flavor. Mission Foods continues to innovate.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.