Busted Musim ke 2 Penampilan Lee Seung Gi | Lebih Kelakar Lebih Drama Lebih Mencabar

Masa mula-mula diperkenalkan Busted pada musim 1, saya pernahlah menonton dalam 2 episod. Lepas itu rasa macam krik krik jer jalan cerita. Faktor saya tonton ketika itu sebab ada Park Min-Young,  Kwang Soo dan Jae Suk. Tapi baru-baru ini saya macam terlayan Busted musim ke 2 di Netflix. Serius!!! Busted musim ke 2 lebih mencabar dalam menyelesaikan misteri, task makin kelakar dan lebih drama. Apatah lagi untuk musim terbaru ini pelakon kesayangan ramai Lee Seung Gi membuat penampilan khas sebagai ejen detektif yang baru.


Pada musim ke 2 kali ini ada 10 episod. Dan untuk musim ini pada awal-awal episod sudah ada scene yang mendebarkan. Bila mana misi menyelamatkan Detektif Jae Suk dan diikuti dengan kematian Mr.K orang yang sangat berperanan kepada ejen detektif pada musim 1. Begitu juga kehilangan detektif Kwang Soo secara tiba-tiba (sebenarnya Kwang So memang tidak akan terlibat untuk musim kedua sebab bertindih dengan shooting drama lain) dan juga kehadiran detektif Lee Seung Gi sebagai ejen pelatih dalam kumpulan mereka.


Detektif Lee Seung Gi memang nampak macam clumsy dan agak blur pada awal penglibatannya dalam siasatan. Walaupun Lee Seiung Gi biasanya terlibat dalam drama-drama aksi tapi disebabkan Busted ini adalah rancangan ala game show yang mana kita akan nampak personaliti sebenar setiap pelakon yang terlibat. Kita akan dapat lihat detektif Park Min Young yang suka bergaya, detektif Se Hun yang suka buat perkara comel dan sebenarnya seorang penakut, detektif Jae Suk bagi saya agak bijak yang juga berperanan sebagai ketua dalam kumpulan detektif serta pelbagai lagi.


Setiap episod mempunyai misteri dan tugasan berbeza tetapi berkait sebenarnya. Di akhir babak pastinya akan dikaitkan dengan misteri kes yang seolah dah selesai tapi sebenarnya tidak. Plot utama untuk musim ini sebenarnya hendak mencari Flower Killer. Iaitu pembunuh sebenar Mr. K. Memang bagi saya penulis dan pengarah siri Busted ini sangat kreatif kerana dapat menghasilkan game show yang suspen dan membuatkan penonton berfikir sekali jawapan terhadap misteri yang sedang dirungkaikan.

Untuk pengetahuan semua show variety Busted memang scripted (sebab ada drama dalam setiap episod). Tapi untuk task/challenge memang bergantung kepada detektif itu sendiri. Bagaimana mereka kena berfikir luar dari kotak. Sangat susah ya! Ianya bukan cabaran fizikal seperti Running Man. Ianya ada melibatkan sains, matematik, IQ/EQ. Cuma ada satu dua task yang ada terselit sedikit cabaran fizikal seperti main golf dan sebagainya. Itupun diaorang kena fikir klu yang diberikan.

 

Yang menarik selain daripada penampilan watak-watak sampingan yang melibatkan pelakon yang juga dikenali dalam drama korea dalam setiap episod. Dalam Busted kita seolah menonton drama misteri yang mana kita akan melihat bagaimana kecekapan semua detektif-detektif ini menyelesaikan masalah. Setiap episod mereka akan menerima klien dan cabaran semua berbeza. Adakalanya mereka akan berada dalam satu kumpulan sama dan ada masanya mereka sesama sendiri akan menjadi pesaing.

Jika Running Man setiap akhir episod mereka yang berjaya akan diberikan ganjaran tetapi tidak untuk Busted. Ianya lebih kepada drama kepada kemenangan klien yang memang agak kelakar dan menarik. Bayangkan sepanjang penyiasatan yang serius pun  boleh menjadi kelakar dengan skrip sponton yang memang tidak disengajakan.


Antara detektif kegemaran saya tentulah Park Min Young yang memang sangat cekap dan bijak menyelesaikan setiap klu. Nampak kredibiliti beliau di situ. Begitu juga dengan seorang lagi detektif wanita Se Jeong yang memang sangat serasi dengan Park Min Young.

Pelakon lain yang terlibat dalam Busted Musim ke 2 ini adalah Yoo Jae-suk, Ahn Jae-wook, Kim Jong-min, Oh Se-hun dari kumpulan EXO dan Lee Seung-gi. Antara pelakon yang kerap muncul didalam setiap episod seperti Tae Hang Ho (watak pemberi maklumat yang kelakar), Kim Min Jae (Inspektor polis) dan Yong Joo Hoon.


Rupanya siri Busted dalam musim ke 2 ni memang ada isu juga. Difahamkan pelakon Ahn Jae-wook terlibat dalam masalah memandu dalam keadaan mabuk dan juga tidak mahu terlibat dalam mempromosikan siri ini menyebabkan tiada kredit nama diberikan pada awal penayangan siri Busted dan juga gambarnya tidak dipaparkan dalam poster promosi.

Kebarangkalian musim ketiga yang baru sahaja habis pengambaraan, wataknya telah dimatikan.

Tak sabar nak tonton Busted Musim ke 3 di Netflix.  Adakah Lee Kwang So akan kembali beraksi dan mungkinkah Lee Seung Gi akan muncul lagi. Ohh ai is so tazabbar!!

Busted Musim ke 2 Penampilan Lee Seung Gi | Lebih Kelakar Lebih Drama Lebih Mencabar Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 02, 2021 Rating: 5

13 comments:

  1. kat rumah ni takda tv so tak permah tengok rancangan ni. nanti nak cari onlinr macam best je

    ReplyDelete
  2. Wahh pkp sambung lagi ni, so boleh lah layan drama ni kat Netflix 👏👏 nampak menarik jalan cerita dia. Tq Sharing

    ReplyDelete
  3. Handsomenya Lee Seung Gi :)
    boleh la carik dekat Netflix nanti..bosan bosan boleh layan

    ReplyDelete
  4. Hahahaa kannn anak Sis duk melayan, dengan Sis sekali numpang sekaki.. gelak sampai tak ingat.. kadang ngerii pun ada jugaa..

    ReplyDelete
  5. wahhh ada lee seung gi. my favourite actor k drama. nanti ada masa bolehlah tengok. nampak mcm best je.

    ReplyDelete
  6. Selalu tengok wife je dok layan K-Drama bagai ni.. sebutlah nama pelakon2 macam mana pun, satu harem saya tak kenal si haha

    ReplyDelete
  7. Busted? Wahh before tengok season 2 ni, i kena habiskan busted season 1 dulu la kalau macam tue.. kalau tak, tertanya2 juga nanti jalan cerita drama ni..

    ReplyDelete
  8. wow macam exciting ni drama...nanti lepas drama korean yang i habis ini boleh lah i watch this busted

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak tgk drama Korea. Tp kalau nak tgk ni kena start drp 1st series la kan, kalau tak nanti tak faham.

    ReplyDelete
  10. haha this looks so fun to watch. korean shows are the best!

    ReplyDelete
  11. Hohoooo... Opkos nak share ngan anak bujang kita. Dia suka tonton KDrama. Nina masih old school layan drama sangat jerrr.. HAhaa

    ReplyDelete
  12. ohh woow....this making me wanna resume my kdrama chasing...lol...but once start, i will be non stop...cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.