Ruang Tamu Rumah Berpenampilan Baru

Ruang Tamu Rumah Berpenampilan Baru- Akhir tahun lepas saya macam ada memasang impian untuk menukar dekorasi rumah terutama di bahagian ruang tamu dan juga dapur. Namun ketika itu lebih kepada impian semata-mata. Gigih memikirkan cara nak menang voucher Harvey Norman dan IKEA hahahahaha. 

Nak kata set sofa lama tu dah buruk. Tidaklah juga. Rasanya 3 seater warna ungu Dedet baru sahaja beli 3 tahun lepas. Cuma mungkin sebab saya banyak menghabiskan masa di rumah. Setiap hari saya akan menyapu, membersihkan rumah, memasak dan lakukan pelbagai tugasan yang sama. Tiba-tiba rasa 'dull' dan saya inginkan kelainan. Kebetulan kerusi ala arm chair tu koyak sikit lagilah membara perasaan nak buat ubahsuai sedikit dekorasi di bahagian ruang tamu.

Tanpa perancangan membeli sebenarnya. Walaupun pernahlah Dedet pelawa saya masuk kedai menjual perabut di seksyen 7 Shah Alam, katanya "Jomlah cuci-cuci mata". Tapi saya malas. Sebab masa tu saya memang rasa bukannya nak beli sekarang. Dipendekkan cerita pada hari Sabtu lepas, pagi-pagi Dedet dan Anaqi dah keluar hantar kereta Anaqi ke bengkel. Memang dah bajet baiki kereta Anaqi tu mesti cecah 2K. Sebab dah lama tak tukar spare part (kereta lama).

Tiba-tiba dalam pukul 10 pagi Dedet telefon. Katanya kereta kena tinggal bengkel dan minta tolong amik dia serta Anaqi di kedai perabut berdekatan bengkel. Kedai perabot ni memang feveret kitaorang. Sebab tauke dia jenis peramah, bayangkan semua katil dan kerusi sebelum ini pun beli dari kedai ini. Lagi satu perabut kedai ini dari kilang sendiri jadi harga murah sikitlah.

Sampai kedai perabut tu, tauke tu dah melambai-lambai saya untuk masuk kedai. Nampak Dedet dan Anaqi kat situ tengah pusing-pusing tengok barang. Dedet apa lagi terus tunjut sofa-sofa yang baru sampai suruh saya pilih. Masa tu saya macam kompius juga. Ni nak survey ke? Atau nak beli terus?

Saya pun pilihlah sofa warna coklat ni. Sebenarnya kalau nak tukar warna lain pun boleh. Dia ada beberapa warna yang boleh pilih. Tapi saya suka warna earth seperti coklat. Anak tengah lasak memang kena pilih warna selamat.


Dedet dia suka kerusi ala retro macam ni. Kebetulan untuk kerusi ni memang tak ada dalam set. Dia jual 1 macam tu. Jadinya setelah ditolak ditambah plus dengan karpet saiz besar lagi kasi murah. Terus setuju dengan harga dan Dedet bayar tunai terus.

Rasa serba-salah juga. Dedet kata "Takpe, hadiah awak sempena jadi surirumah 2 tahun".

Happy? Of course laaaa..Haahahah. Perasaan yang sangat bahagia sebabnya saya memang suka rumah saya menjadi tempat paling selesa untuk keluarga diami. Saya masak hari-hari. Saya mengemas, menonton TV, beraktiviti semuanya di dalam rumah ini. Dan gambar diatas ini adalah kawasan ruang tamu saya yang lama sebelum bertukar dengan perabut baru.
 

Happy me,
Ruang Tamu Rumah Berpenampilan Baru Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 09, 2021 Rating: 5

6 comments:

  1. i really like the new looks actually... sib baik awak pilih yg sy berkenan jugak :p

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terasa berbunga hati bila suami menghargai sebegitukan? Nampak kemas dan selesa deko baru ni.

    ReplyDelete
  3. bestnya!!! i pun nak beli sofa, nak tambah yg ada sekarang sbb cuma ada 3 seater sofa jer kat ruang tamu, so ingat nak beli satu lg yg 2 seater...cuma tu lah..ongkosnya lom ada hahahha

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.