Alahan Teruk : Muka, Bibir dan Badan Bengkak

Sebenarnya dah lima hari aku ada masalah badan naik macam bengkak-bengkak. Nampak badan kena gegata pun ya jugak. Serius! gatal teruk seluruh badan. Masalahnya lepas menggaru badan jadi pedih. Sebenarnya memang menahan diri dari menggaru tapi dia punya gatal tuu.. Aduh! memang tak boleh nak control.


Bayangkan menggaru sampai meninggalkan kesan luka di atas badan. Gatal tu satu hal, bengkak juga menjadi  masalah juga. Ada satu masa tu, kedua belah tangan membengkak. Kira nak genggam pun tak boleh. Terlalu gatal, sampai cincin dekat jari kena buka. Kebetulan jari pun membengkak jadi rasa macam pakai cincin kecil sebab rasa sendat.

Apa itu ALAHAN?

Dari satu sumber, 

Alahan adalah tahap sensitif teruk terhadap bahan asing (dikenali sebagai alergen) yang menyebabkan sistem pertahanan tubuh bertindak balas secara melampau bagi melindungi diri anda.

Biasanya, sistem imun hanya akan bertindak balas ke atas bahan yang boleh mengancam kesihatan seperti bakteria daripada menyerang tubuh.


Bagaiaman ALAHAN berlaku?

Alahan juga boleh disebabkan oleh sistem imun yang bercelaru sejak dalam kandungan. Sebenarnya ada banyak jenis alahan, ada yang sampai boleh menyebabkan kita rasa sesak nafas.

Namun untuk alahan biasa, kesannya antara seperti ruam, bengkak, sakit kepala, bersin, selsema, loya dan cirit-birit.

Antara punca alahan biasa berlaku disebabkan oleh:-

  • Tumbuh-tumbuhan
Biasanya disebabkan oleh debunga dari tumbuhan yang bertebaran disebabkan oleh udara.


  • Makanan
Kebanyakan orang akan alah pada makanan. Antara bahan makanan yang sering dikaitkan dengan alahan adalah seperti telur, kekacang, susu, gandum dan makanan laut.

  • Ubat-ubatan
Manakala alahan terhadap ubat-ubatan disebabkan oleh sistem imun yang hipersensitif. Antara ubatan yang sering menjurus kepada alahan adalah penisilin dan antibiotik. Sebab itu setiap kali menerima rawatan, doktor akan bertanyakan konsidi pesakit samada mereka ada alahan pada mana-mana ubat.


Rawatan kepada ALAHAN?

Biasanya doktor akan bekalkan ubat berhentikan bengkak dan tahan gatal. Untuk gatal di badan, ubat yang selalu disyorkan adalah calamine losyen (ini biasanya digunakan oleh mereka yang menghidapi demam campak).


Tetapi untuk alahan yang teruk iaitu anafilaksi biasanya akan diberikan suntikan adrenalin atau epipen. Ini kerana rawatan ini boleh bertindak pantas dalam melancarkan aliran darah, menenangkan otot di dalam paru-paru bagi meningkatkan pernafasan dan degupan jantung. Selain itu bengkak pada muka dan bibir akan surut setelah mengambil suntikan ini.

Mujurlah saya hanya mengalami alahan biasa. Mungkin disebabkan habuk/debu sebab mengemas rumah di bahagian stor baru-baru ini. Kesannya lepas mengambil ubat tahan bengkak dan gatal di klinik, masalah alahan yang dialami semakin kurang. Tetapi masalahnya setiap kali lepas makan ubat memang mata menjadi sangat mengantuk.

Bertabahlah...

Alahan Teruk : Muka, Bibir dan Badan Bengkak Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 04, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. haha...kan..ubat alahan memang buatkan mengantuk... saya takde alahan apa2...tp anak anak selalu kena gegata

    ReplyDelete
  2. Saya satu family ni memang jenis alah. Debu, sabun, mandi, ubat, nyamuk, semua lah. Kalau tak kena terus react. Dah biasa dengan alahan. Sebab tu kitorang makan coconut oil untuk boost sistem imun. Sayur segar pun ambil juga

    ReplyDelete
  3. i always get skin allergy too, i dont even know how i get it or where ive gotten it from. need to try out treatments like you did!

    ReplyDelete
  4. Saya pernah kena alahan lepas pergi bercuti di Tioman. Sejak balik dari situ, hari2 kulit jadi bengkak2 selepas makan. Lama jugak la, dlm bbrp minggu saya tahan. Pergi klinik, doktor suruh ambik antihistamine secara berkala. Baru la baik.

    ReplyDelete
  5. Maybe darah kot sis. Kalau I, sampai kena cucuk kot hahaha
    Bengkak muka dan badan sebab seafood hehehe

    ReplyDelete
  6. Allahu... Faham sangat perit seksa nya bila kena gatal-gatal, bengkak gitu. Ubat dia memang mengantuk sebab nak kita kurangkan menggaru. Kurang garu, kurang stress nanti cepat baik. Take care ayu

    ReplyDelete
  7. Salah makan kot Ayu.. tapi kalau makan ubat semua tak jalan, better pi check darah, takut lain pulak nanti jadinya... moga cepat sembuh Ayu..

    ReplyDelete
  8. Saya masih ingat masa kena alahan gatal-gatal badan selepas kena gigit serangga. tak sangka boleh efek kepada seluruh badan. Kemudian alahan bengkak bibir. adoiii dapat ubat tu memang kena tidur. sebab kita akan sibuk usik tempat gatal tu. hahaha.

    ReplyDelete
  9. Alahan ni boleh bawa maut kalau tak bertindak dgn cepat. Kalau alah habuk tu oklah lagi. Tapi masih perlu jumpa doktor untuk ambil ubat. Apapun alhamdulillah dah okay.

    ReplyDelete
  10. Saua pernah alah yg teruk masa sek dulu.. Duk hostel jauh dr mak ayah...sedih sgt.. Bila teruk sgt jd mak kena amik dekat hostel n balik.. Bila kerap jdi.. Last3 doctor suggestkn sruh amik injection.. Lpas tu da ok dah

    ReplyDelete
  11. bab alahan nie, alhamdulillah lah badan xde beri alahan apa2. kadang kesian org yg ada alahan nie, banyak benda kena pantang. silap makan, habislah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.