Penangan PKP, Bil Elektrik Melambung Naik
Musim PKP, bila semua wajib duduk di rumah 24 jam memang penggunaan elektrik akan menjadi dua kali ganda. Apatah isi rumah yang ramai seperti saya yang mencecah 9 orang. Namun latest bil apabila Dedet pergi bayar memang cecah RM900 lebih untuk 71 hari, memang naik lebih 3 kali ganda dari biasa.
Ini bukanlah bil anggaran dari aplikasi. Jika dilihat pada anggaran untuk rumah kami lebih kurang RM600 lebih sahaja. Ini adalah bil berdasarkan meter terkini penggunaan. Di mana Dedet ambil gambar bacaan meter dan tunjukkan di pegawai pejabat TNB. Dan terus buat pembayaran di situ.
Kenapa mahal, biarpun ikutkan hanya 1 aircond yang digunakan (dipasang dari jam 11pm sehingga 7.30 am pagi setiap hari)?
Antara mungkin menjadi penyebab..
- 5 orang anak terlibat dalam kelas online, pagi hingga petang setiap hari.
- 3 orang anak jenis suka stay up sampai ke pagi (kadang-kadang). Gamers. Main game secara online. Masing-masing ada team.
- Buka router agak lama. Untuk penggunaan internet. Samada kelas online, entertainment sendiri dan juga Netflix!
- Masak beria-ia setiap hari. Penggunaan perkakasan dapur air fryer, periuk nasi, pressure cooker dan oven.
- Cleaning (vacuum) satu hari cecah 5 kali. anak ramai. Rumah cepat bersepah. So, jadi tabiat, rumah sepah cepat-cepat vakuum.
- Rumah agak luas. ada banyak bilik. Anak-anak lepak samada di ruang tamu bawah, atas dan bilik masing-masing. Jadi penggunaan kipas dan juga lampu agak banyak di situ.
- Orang kata kerap buka peti ais juga menjadi punca, hahahah
Dan mungkin banyak lagi. Tanpa kita sedari.
Tapi dedet kata, anak-anak banyak kali juga berada dalam tempoh yang lama (semua anak berada di rumah) dan main game waktu malam juga pun. Tapi bil paling mahal tak cecah RM300.
Hmm....
Tapi kalau kita dapat fahamkan takrif bacaan dari TNB, kadar yang dikenakan akan meningkat mengikut penggunaan. Problemnya, di waktu PKP bacaan bulanan bukan kiraan untuk sebulan. Ianya akan berlarutan. Jika dalam tempoh lebih 30 hari makin tinggi takrif kadar yang dikenakan. Kalau kita bayar bulanan ikut jumlah di appliasi TNB sekalipun ianya lebih kepada jumlah anggaran bayaran semata.
Jadi solusinya, lepas tengok bil dan terus bayar habis segala caj yang dikenakan.
Saya dan ahli keluarga sepakat..
- Masak bila perlu. Tak boleh mengada-ngada sikit nak makan ayam goreng, karipap dan elak masak guna air fryer, hahaha
- Kalau boleh duduk satu ruang yang sama. Bagus juga. Lebih banyak interaksi bersama adik beradik yang lain.
- Kelas online seperti biasa tapi pukul 1am semua kena masuk tidur.
- Pastikan plug yang tidak digunakan bukan sahaja off suisnya bahkan cabut dari soket.
Saya dan suami (Dedet) sebenarnya sangat optimis dengan caj yang dikenakan. Walaupun mahal tapi bila semua nak berada di depan mata. Banyak perkara yang kami dapat lakukan sama-sama. Itupun dah happy sebenarnya, heheh. Cuma lepas ni kena lebih berjimat sebab sayang juga bayar duit elektrik (benda yang tak nampakkan).
Wekk...
Penangan PKP, Bil Elektrik Melambung Naik
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 08, 2020
Rating:
Ni dah hasil mesyuarat keluarga lah ni. Heeheee
ReplyDeletebetul tu bil memang melambung sebab 24/7 kat rumah kan. time pkp plak rajin nau baking lagi haha
ReplyDeleteHahahahaaa sama laa dengan rumah nie. Melambung betul naik bil elektrik. Air fryer everyday guna, aircond lagi. Penangan pkp betul..
ReplyDeleteHmm...... this is the dilemma from MCO. Everyone is staying at home, playing internet, watch movies on Netflix.......memanglah cost electricity naik.
ReplyDeleteSabar lah akak memang macam tu kalau keluarga besar dan ramai orang bill akan naik sikit lain macma kita ni yang duduk berdua jer hehehe jangan bandingkan. Tak apa nanti ia akan kembali normal lepas PKP ni hehehehe...
ReplyDeleteBBL pun tengah cuak tunggu bil elektrik sampai. mak ai sampai 1k bil elektrik penangan pkp ni memang boleh pitam kepala nak bayar bil hehe
ReplyDeletesamalah, saya pun dirumah mula berjimat2 menggunakan elektrik. tambah2 time macam ni, memang banyak duit nak diguna untuk perkara lain.
ReplyDeleteRamai yang komplen bil melambung.Thank you share tips ni.
ReplyDeleteSis pun sama Ayu, tapi sebab sedajk dulu setiap bulan Suami akan bayar rm500 bil api, tak kira lee murah atau mahal, so jadi tak rasa le bil naik ke ido, memang kami kuar bdget gitu, tiap bulan rm500 bil api, rm100 bila air, kadang sampai bayar terlebih hahahaha
ReplyDeletePerghhh byk gila bil elektrik akak melambung... Alhamdulillah za punya takde la tinggi sama mcm biasa je sbb rumah ni anak2 kecik lagi. Ada pun naik sikit je sbb rajin memasak guna oven. Huhu
ReplyDeleteMemang waktu sekrg kene tetapkan masa utk kurangkan bil. Lagi kalau anak ramai macam kak ayu. Tengok pun ternganga juga la..
ReplyDeleteRasanya semua org bil melambung termasuk bil air. Charger tu dari dulu amalkan xguna mesti kena cabut terus. Elak karen berjalan.
ReplyDeleteHee jangan kata akak. rumah saya pun sama juga kalau bab bil elektrik ni. rasa nak tepuk dahi je. sebab waktu tido pun dah macam apa dah so dari pagi sampai ke malam sampai la ke pagi tu, brg brg elektrik dekat rumah ni tak pernah off.
ReplyDeleteBetul Kak Ayu... tak boleh brain kenapa melambung sangat elektriknya... dah la tak pernah ada tunggakan... siap kat bil tu tulis kira sekali dengan tunggakan gitu... memang hangin dibuatnya... tapi, at the end of the day, tarik nafas hembus nafas dan berfikir macam yang Kak Ayu fikirkan... apa-apapun, nanti bila tibanya masa yang sesuai, akan kuterjah Kedai Tenaga jua untuk penerangan lanjut... hehehehe...
ReplyDeletebiar betul kak bil akak byk tu? mmg tak salah kira ke? banyak sangat tu. tapi dengar macam ramai complain kata bil naik. Iza so far bil mantain je.
ReplyDeleteErm.. Mmng terkesan dgn pkp ni. Segala caj naik. Kata haritu bukan diskaun 50% ke?
ReplyDeleteSemua orang pun bil naik. Rumah kita sebelum ni tak cecah Rm100, pkp ni merasa la naik ke Rm123.55 mcm tu.
Walaupun ada ansuran, tapi tak semua orang mampu. Kena buat kajian balik.
Bil letrik umah abah tb kat ipoh pun melambung jugak.. Byk giler... 1200 pingsan bayar... Giler
ReplyDelete