Rinching Terrace Wedding Lokasi Sempurna Untuk Sebuah Majlis Perkahwinan Impian!
Gemalai kuntum melentuk di ranting,
Tempua bicara irama syahdu.
Pakej menarik Rinching Terrace Wedding,
Istimewa buat pengantin baru.
Bergelar raja sehari dalam majlis yang esklusif dan indah sememangnya diimpikan oleh semua bakal pengantin. Apatah lagi majlis diraaikan terletak di lokasi yang begitu strategik, disediakan pula dengan pelbagai fasiliti yang memberi keselesaan, pakej sekali dengan dekorasi, pelamin, hidangan untuk tetamu dan pengantin.
Untuk pengetahuan semua, RINCHING TERRACE WEDDING terletak diantara Bangi dan Kajang dengan jarak dalam 5 km dari tol Bandar Putra Mahkota Nilai dan hanya mengambil masa perjalanan 10 minit pemanduan dari Bangi Golf Resort.
Projek Rinching Terrace bermula dari tahun 2018, di mana kita boleh lihat transformasinya daripada hanya sebuah kawasan hutan terbiar, kepada sebuah taman subur menghijau yang eksklusif, selesa dan tersendiri. Lebih dua daripada tujuh ekar kawasan persendirian ini telah dibangunkan menjadi sebuah lokasi majlis perkahwinan mewah yang berlatar belakangkan alam semulajadi dengan landskap taman nan indah dan unik.
Persekitaran yang selesa bersama pemandangan yang menakjubkan untuk para pengunjung. Kawasan yang dibangunkan ini sudah dipenuhi dengan landskap rumput asli nan menghijau dan pohon-pohon renik serta dihiasi dengan pokok-pokok tua berusia ratusan tahun. Antara pokok yang ditanam ialah pokok kemuning (orange jessamine) yang berusia lebih 100 tahun dan pokok étree man'. Di samping itu terdapat juga pancuran air untuk menambah kesan dramatik dan irama alam semulajadi.
Diinspirasikan daripada rekaan taman hidup dan landskap alam semujadi, Rinching Terrace merupakan sebuah lokasi persendirian eksklusif yang boleh memuatkan sehingga 1500 tetamu dalam satu majlis. Apatah lagi dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap seperti surau, tandas, bilik persiapan pengantin dan pelbagai lagi.
Bukan itu sahaja, terdapat koleksi akar unik yang ditemui di merata tempat dan dibawa ke sini untuk diabadikan sebagai sebuah galeri hidup yang menakjubkan. Landskap yang memukau ini mampu memberikan anda ketenangan fikiran setelah saban hari berhadapan dengan kesibukan kota dan pencemaran udara. Berada di sini akan memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup anda. Pastinya landskap tanah bertingkat dan bercerun yang ditawarkan ini tidak terdapat di mana mana lokasi perkahwinan di Malaysia. Kesemua landskap ini dijangka siap sepenuhnya hujung Disember ini dan sudah bersedia untuk menerima tetamu mulai awal bulan Januari 2020.
Tiga Ruang Utama Majlis di Rinching Terrace
Terdapat 3 ruang utama majlis yang kita boleh pilih samada salah satu atau ketiga-tiganya sekali, iaitu Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam (Marquee Tent) dan Taman Terbuka (Garden).
Lokasi Terrace Glase House ini terletak di bahagian depan, berdekatan dengan pintu masuk Rinching Terrace. Ianya merupakan sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca yang berfungsi sebagai dewan utama dan mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Uniknya banglo ini ialah ia kelihatan seperti satu tingkat dari pandangan hadapan tetapi jika anda pandang dari sisi belakangnya, sebenarnya banglo ini mempunyai tingkat bawah yang menghadap taman.
Berada di dalam Glass House ini pasti membuatkan kita teruja dengan keindahan limpahan cahaya semulajadi di luar dengan pernandangan indah di sekeliling yang sangat natural. Waima lantai Glass House juga telah dipasang dengan kemasan kayu berlaminate. Dari segi konsep interior, Glass Flouse menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi inemberikan kesan mewah dan diimbangi dengan penataan lampu-lainpu LED yang ringkas di seluruh silingnya.
Bertentangan dengan pintu masuk, sebuah pelamin sudah tersergam indah untuk khas buat mempelai duduk bersanding. Istimewanya pelamin ini, berlatar belakang dinding kaca tidak bertutup. Dan persandingan tampil esklusif apabila berlatarbelakangkan alam semulajadi.
Contoh susunan meja makan tetamu VIP
Pelarnin tersedia adalah mengikut pakej yang ditawarkan dengan beberapa pilihan rekaan. Bagi yang memilih pakej platinum, pelamin ini boleh diubahsuai rekaannya mengikut cita rasa tersendiri dan bajet. Rinching Terrace Glass House juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan bunyi untuk memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij.
Terlindung di bahagian bawah banglo ini ialah dua buah bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin yang luas dan selesa dilengkapi dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air bina dalam.
Manakala bilik rehat yang selesa turut disediakan untuk keluarga pengantin atau keluarga pihak sebelah yang datang bertandang. Bilik ini lengkap dengan sofa, kabinet, meja sisi, karpet dan penghawa dingin. Terdapat juga tandas lelaki dan perempuan serta surau untuk para tetainu di bahagian ini. Dengan kemudahan yang disediakan pastinya memberi 1001 kemanisan dan keselesaan.
Khemah Agam (Marquee Tent)
Khemah agam terletak di sebelah kiri Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Sememangnya khemah ini adalah dikhaskan untuk para tetamu nenikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung. Untuk satu-satu masa Khemah Agam ini mampu memuatkan sehingga 400 tetamu.
Kebiasaannya majlis akan berlangsung serentak iaitu di dalam khemah untuk para tetamu dan Glass House untuk acara makan beradap dan bersanding. Tetamu yang selesai menikinati hidangan dan ingin menyaksikan pengantin bersanding bolehlah singgah di Glass House.
Bagaimanapun, tidak menjadi halangan jika kita ingin memasang pelamin dan bersanding di ruang Khemah Agam. Sebarang pengubahsuaian pakej bolehlah dibincangkan dengan pihak Rinching Terrace. Dari khemah, korang juga boleh menyusuri trek sebelum menuruni tangga untuk ke taman terbuka berhampiran.
Taman Terbuka (Garden)
Terletak di bahagian belakang khemah dan Glass House, taman terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau yang damai lagi mengasyikka. Ini terutama bagi mempelai yang inginkan perkahwinan di taman dan ruang ini sangat direkomenkan.
Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis. Korang boleh mengadakan majlis di sini tanpa mengira waktu samada siang atau malam. Untuk efek lebih menarik, boleh dipasang ‘fairylights' dan kanopi lut sinar. Turut disediakan ialah sebuah binaan pentas kekal sebagai tapak pelamin atau untuk acara sosial.
Eksklusif Untuk Majlis Yang Dirai
Majlis lebih esklusif dan privasi apabila ruang majlis hanya untuk meraikan majlis korang. Terutama dari aspek keselesaan serta keselamatan. Ini kerana yang hadir hanyalah keluarga, saudara mara dan tetamu korang sahaja!
Ruang parkir juga sangat luas dan bertar. dinya t tidak perlu risau sama ada jalan lecak atau kasut kotor jika hujan. Situasi penyelamat bagi tetamu wanita yang memakai kasut bertumit tinggi dan ibu bapa yang membawa stroller anak serta warga emas atau orang kurang upaya yang berkerusi roda.
Tawaran Pakej Lengkap dan Menarik
Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwinan dengan menawarkan pakej lengkap yang terdiri dari lokasi, katerer, pelamin, persalinan pengantin dan fotografi. Pendek kata, korang tidak perlu pening kepala dengan bersusah payah untuk mencari pakej yang terbaik kerana semuanya telah tersedia!
Ranching Terrace telah menyediakan tiga pakej istimewa yang berpatutan untuk para pelanggan iaitu:
- Pakej Silver – Marquee Tent Only RM38,800 untuk 1000 tetamu.
- Pakej Gold - Glass Flouse & Marquee Tent (2 Flalls) RM44,800 untuk 1000 tetamu.
- Pakej Platinum - Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM51,800 untuk 1000 tetamu dengan lebihan menu dan pelamin serta busana eksklusif dan terbaru.
Sempena majlis pra pelancaran, Rinching Terrace telah menyediakan promosi eksklusif iaitu diskaun hampir RM10,000 jika korang membuat tempahan sekarang. Rinching Terrace juga telah bersedia untuk menerima tempahan mulai Januari 2020 dan seterusnya.
Untuk makluman, Rinching Terrace hanya bekerjasama dengan rakan niaga yang terbaik sahaja di dalam industri perkahwinan dan pengurusan acara ini. Bagi memastikan urusan majlis korang berjalan dengan lancar dan terbaik, Rinching Terrace telah melantik tiga rakan rasmi eksklusif iaitu Afkar (afkar_katering), Miezipro (iniezipro) dan SASES (sases.official).
Contoh koleksi pakaian pengantin dari SASES
Sememangnya mereka telah lama berkecimpung dalam industri perkahwinan dan begitu terkenal dengan reputasi servis yang terbaik dan telah berpengalaman menjayakan acara yang meelibatkan ramai VVIP. Jadi, jangan bimbang, hari istimewa korang akan diuruskan oleh mereka yang professional sahaja.
Antara menu hidanan yang disediakan dan ditawarkan oleh Afkar Katering. Semuanya sedap. Saya sendiri makan menambah banyak kali, hiks.
Pelbagai menu hidangan majlis perkahwinan terutama lauk pauk tradisi semuanya ada disediakan. Kuih-muih juga ada pelbagai, selain daripada minuman sejuk dan panas yang sememangnya sentiasa menjadi pilihan tetamu datang bertandang.
Majlis dirai penuh meriah,
Pengantin sejoli begitu teruja,
Perkahwinan gah tampil mewah,
Rinching Terrace Lokasi Sempurna.
Riching Terrace Riching Hilir,
43500 Kajang, Selangor
43500 Kajang, Selangor
Tel: 019 390 8527
Email: rinchingterrace@gmail.com
IG: rinchingterrace
Email: rinchingterrace@gmail.com
IG: rinchingterrace
Waze: Rinching Terrace Wedding & Events
Rinching Terrace Wedding (Rinching Terrace) juga sesuai untuk sebarang acara majlis samada keraian keluarga mahupun majlis korporat dan sebagainya yerp.
#rinchingterrace
#rtwedding
#rtglasshouse
#rtgardenwedding
Rinching Terrace Wedding (Rinching Terrace) juga sesuai untuk sebarang acara majlis samada keraian keluarga mahupun majlis korporat dan sebagainya yerp.
#rinchingterrace
#rtwedding
#rtglasshouse
#rtgardenwedding
Rinching Terrace Wedding Lokasi Sempurna Untuk Sebuah Majlis Perkahwinan Impian!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 17, 2019
Rating:
i really curious, do they cater for Chinese wedding as well? cos nowadays many Chinese also look for halal ceremony and im one of them
ReplyDeletePerghh. Cantik tema wedding dkt sini. Ala2 taman pon ada. Senang buat sini semua include
ReplyDeleteI agree with you. Tempat nie nampak cantik sgt for wedding. Good review. Thank you for sharing this information.
ReplyDeletepelamin cantik betullah dia buat tu. makanan pun semua sedap. tempat gee simple je menu dia.
ReplyDeletePerghhhh ada kambing tue.. Now majlis kahwin, kambing golek dah macam satu kemestian pula. Dan la tempatnya selesa dan luas
ReplyDeleteTeruja tengok gambar dress pengantin, menu , pelamin. Semua cantik belaka. Nanti Sal nak share artikel ni dengan kengkawan yg plan nak akhiri zaman bujang tahun 2020. Berbaloi²
ReplyDeleteOhh in ker tempatnya Riching Terrace Wedding tu yang orang selalu sebut-sebut huhuhu tak dapat merasa makan nasi minyak kat sana wakakak tempat sangat menarik jauh dari bandar ok juga ni luar dan parking banyak...
ReplyDeleteMenarik Rinching Terrace ni..walaupun jauh ke dalam tapi aklau buat perkahwinan dekat sini memnag menarik. Sebab tema ala garden, glass house cantik, view cantik
ReplyDeleteTak berpeluang pergi hari tu sb dlm hospital. Rugi betul bila tgok makanan dia sedap2.
ReplyDeleteNanti sesiapa nak buat wedding bolehlah usha tempat ni kan
pelamin dia cantik, berapa orang tetamu boleh hadir dalam satu masa?
ReplyDeleteTak mampu la sis. Sis buat kt dewan biasa ajelah. Tp kalau dapat dato apa salahnya selesa sikit tetamu. Hehe. Prefer dlm khemah takut cuaca tak menentu kan. So far so good nampaknya pakej dan lokasi perkahwinan ni.
ReplyDeletebagus gini. all under one roof.
ReplyDeletetempat cantik. setting elegant.
ada garden wedding lagi.
aida ni teringin naw dedolu kala nak garden wedding.
apakan daya, bajet dedolu tak hebat :) ha ha ha ha...
garden tepi rumah mak abah jer lah.
Sesiapa yang tinggal di kawasan ini boleh lah membuat tempahan jika mahu sebuah perkahwinan yang elegan macam ni...sediakan duit je semua beres.
ReplyDeleteMemang cantik sungguh glasshouse kt sini. Pasti romantik utk adakan majlis. Best sbb luas dan boleh cater ramai tetamu
ReplyDeleteEh ada ruang taman terbuka jugak rupanya. So nice. Kawan emi dengar katanya nak kawen tahun depan, nak suggest kat dia la tempat ni.
ReplyDeletebanyak betul yang buat perniagaan mcm ni sekarang. kalau kat sini boleh pilih sama ada nak indoor ataupun kat taman. ala ala mat saleh gittew
ReplyDeletecantik tempatnya, baju2 pun cantik2. bolehlah jadi pilihan untuk majlis kahwin dll kan
ReplyDelete