Makan KAW KAW dan Menang lagi KAW! Bersama Marrybrown

Restoran Marrybrown antara port yang saya suka datang bersama keluarga mahupun bersama rakan-rakan. Variasi hidangannya yang versatil benar-benar memikat selera. Apatah lagi kebanyakan menu hidangan juga memenuhi citarasa masyarakat Malaysia. Ada bubur, ayam goreng, nasi dengan kuah kari kapitan, burger, mee kari dan pelbagai lagi.

Harga yang dikenakan juga sangat berpatutan. Jadi kalau kita datang makan beramai-ramai masih lagi  murah dan memberi lebih penjimatan.

Ini antara hidangan yang saya order. Agak meriah kali ini kerana saya datang menikmati bersama dengan beberapa rakan blogger yang lain. Pastinya hidangan yang sentiasa menjadi pilihan adalah hidangan epik ayam goreng Marrybrown. Dan juga bubur serta mee kari.

Bubur Marrybrown memang portion-nya agak besar dan sedap. Untuk satu saiz ini bagi orang dewasa pun sudah cukup mengenyangkan.


Antara faktor lain kenapa Marrybrown menjadi pilihan adalah kerana terdapatnya pilihan tempat makan yang kepelbagaian. Kita boleh pilih mengikut kesesuaian. Contohnya yang unik di Marrybrown terdapat kerusi dalam bentuk buaian.


Dan sekarang ini ada kempen Makan KAW KAW dan Menang lagi KAW! Ini adalah bersempena menyambut ulang tahun Marrybrown yang ke-38. Peraduan Makan & Menang KAW KAW di Marrybrown bermula dari 29 November 2019 sehingga 12 Januari 2020, dengan menawarkan hadiah-hadiah bernilai RM 380,000.

Apa yang korang perlu lakukan adalah:-
1. Buat pembelian minimum RM25 di mana-mana outlet Marrybrown (jangan lupa untuk simpan resit).
2. Dapatkan kad peraduan dengan kod unik.
3. Masukkan kod unik anda di laman web: https://marrybrown.com/contest/
4. Hantar!

Sertai sekarang untuk menang KAW KAW!
Tertakluk kepada terma dan syarat: http://bit.ly/37LecoH

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://marrybrown.com/contest/

#Marrybrown #SomethingDifferent #KAWKAWMenang
Makan KAW KAW dan Menang lagi KAW! Bersama Marrybrown Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 04, 2019 Rating: 5

1 comment:

  1. lepas ni sarapan, lunch, dinner semua nak g makan marrybrown sbb nak menang! hahahahah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.