GLOMAC 121 Residences, Rumah Idaman Memenuhi Gaya Hidup Terkini

Rumahku Syurgaku. Tiada lebih indah jika kita dapat berada di rumah impian sendiri. Perletakan lokasi rumah yang begitu strategik, berhampiran dengan pelbagai kemudahan adalah antara faktor yang dipertimbangkan didalam pembelian rumah.

Apatah lagi rumah merupakan aset yang mampu memberi pulangan jangka panjang. Samada kita membeli rumah untuk didiami atupun dibuat sewa. Sememangnya adalah satu bonus sekiranya rumah tersebut terletak di kawasan yang mendapat permintaan tinggi dari masyarakat setempat.

Salah satu projek kediaman yang memenuhi gaya hidup terkini adalah GLOMAC 121 Residences yang terletak di Kayu Ara Petaling Jaya Selangor. Dengan slogan"The Lifestyle COllection" telah memperkenalkan konsep "CO"  yang membawa maksud kepada 3 elemen iaitu connect (menghubungkan), comfort (selesa) dan community (komuniti). Semuanya disatukan di bawah satu bumbung esklusif khas untuk penghuni 121 RESIDENCES.

Secara konsep dari tagline 3 patah perkataan ini iaitu COMFORT . CONNECT . COMMUNITY. membawa maksud:-


COMFORT ianya menggambarkan pembangunan dalaman yang dapat memberi keselesaan

CONNECT merujuk kepada bahagian luaran - aksesibiliti yang mudah terutama di kawasan bandar

COMMUNITY merujuk kepada perkongsian ruang dan fasiliti diantara penghuni di 121 Residences.

Secara tidak langsung ianya boleh mewujudkan rasa kekitaan, bersatu dan kolaborasi.

Apa yang menarik kawasan perumahan 121 Residences ini hanya berdekatan dengan LRT3 (walking distance). Dan ianya terletak betul-betul di pusat bandar antara Petaling Jaya - Damansara. Jadi kalau kita nak pergi pusat membeli-belah seperti 1 Utama, Centrepoint, Glo Damansara dan The Curve pada bila-bila masa tiada masalah. Ini kerana lokasinya memang sangat berhampiran.

Selain itu, terdapat juga institusi pendidikan di kawasan berhampiran seperti sekolah, kolej dan pelbagai lagi.  Jadi tiada masalah untuk kita mencari penempatan persekolahan untuk anak-anak kerana terdapat banyak pilihan sekolah yang berdekatan dengan rumah. Begitu juga dengan pusat perubatan seperti Hospital Pakar KPJ Damansara.

Jenis hartanah adalah  SOHO Serviced Apartment yang terletak di  Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor. Jenis pemilikan adalah hartanah strata pegangan 'Leasehold'.

Untuk 121 Residences terdapat 2 menara yang menawarkan 33 tingkat dengan 834 unit rumah. Terdapat dua jenis pilihan bilik iaitu samada 2 bilik ataupun 3 bilik.

Contoh ruang tamu - dengan dekorasi moden

Contoh ruang dapur

Contoh ruang makan

Contoh bilik utama

Contoh bilik no.2 

Contoh bilik no. 3

Bagi harga 2 bilik 1 bilik air dengan keluasan 450 kakipersegi, harga yang ditawarkan adalah bermula dari RM318K. Manakala untuk 3 bilik dan 2 bilik air dengan keluasan 750 kaki persegi, harga adalah bermula dari RM450K. Fee penyelenggaraan pula adalah RM0.38 per kakipersegi.

Salah satu contoh sudut, ditampilkan dengan dekorasi moden

Memang pilihan yang tepat samada untuk pada mereka masih 'single' ataupun berkeluarga bagi memiliki rumah sendiri di 121 Residences.

Bilik air di bilik utama

Contoh bilik air no.2 

Tawaran yang diberikan juga agak menarik yang mana setiap pembeli akan diberikan pakej Home Ownership Campaign (HOC) 2019 yang mana setiap pembeli akan mendapat PERCUMA Memorandum of Transfer  (MoT) dan Loan Stamp Duty. Selain itu pembeli juga akan mendapat SPA Legal Fee & Disbursements (pengeluaran pembayaran) secara PERCUMA. Fee tempahan (booking) hanyalah RM5000 sahaja. 

Dan dijangkakan 121 Residences siap dibina pada tahun 2023.

PLAZA KELANA JAYA



Bagi mereka yang mencari kediaman di SS7 Kelana Jaya Petaling Jaya Selangor, terdapat servis apartmen & kedai pejabat yang berstatus 'freehold' ditawarkan di sini. Dengan 2 menara, 31 tingkat dan 696 unit nemawarkan 1+1 bilik bersama 1 bilik air pada keluasan ruang 450 kaki persegi. Harga yang ditawarkan adalah dari RM380K. Manakala untuk 3 bilik dan 2 bilik air yang berkeluasan 750 kaki persegi harga yang ditawarkan dari RM580k 

Fee penyelenggaran adalah RM0.40 per kaki persegi dan dijangkakan siap sepenuhnya pada tahun  2022. Untuk penjualan rumah ini tidak ketinggalan dengan tawaran pakej penjualan iaitu Home Ownership Campaign (HOC) 2019 (Free MOT & Loan Stamp Duty) , PERCUMA SPA Legal Fees & Disbursements.

Dengan hanya sebanyak RM1000 untuk booking fee bagi unit bumi-lot. Dan booking fee RM5000 untuk non bumi-lot. Jangan lepaskan peluang ini tau!




TRIPLE BOOST YEAR END BONANZA

Antara yang korang perlu tahu tentang acara hebat ini adalah:-

a) Sentiasa Menjadi Yang Pertama! - Jadilah yang orang pertama sebagai salah satu pemilik unit di 121 Residences. Terkini Tower B akan dilancarkan tidak lama lagi.

b) CANNOT LOSE! - Jangan lepaskan untuk dapatkan manfaat HOC2019.

c) GIVE ME MORE! - Jangan lepaskan untuk sertai Glomac’s 30th Anniversary untuk mendapatkan diskaun istimewa, Cashback dan hadiah-hadiah menarik.

d) Kolaborasi bersama BOOST e-wallet, RM50 instant cashback setelah membuat tempahan melalui boost e-wallet.

e) Speaker Jemputan

Akan turut diadakan satu sesi bersama Khalil Adis, International Property Consultant pada jam 12 tengahari dan juga Jason Lu, Head of Strategy - The Makeover Guys pada jam 3 tengahari.

Mesti seronok dapat mendengar sendiri perkongsian daripada mereka yang hebat dalam bidang hartanah.


f) Jamuan ringan turut disediakan. Korang boleh nikmati secara PERCUMA Bubble Tea, ais krim, permainan/aktiviti dengan pelbagai hadiah menarik yang boleh dimenangi :-) Best!!!

GLOMAC 121 Residences, Rumah Idaman Memenuhi Gaya Hidup Terkini Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 03, 2019 Rating: 5

15 comments:

  1. Sesiapa yang sedang mencari sebuah kediaman boleh la usha apartment gaya hidup moden ini. Nampak cantik dan eksklusif.

    ReplyDelete
  2. Tertarik dengan konsep tagline yang diketengahkan. Nampak kemeriahan tukun tetangga penduduk apartment ni kelak. Seriously hiasan dalam dia cantik sebab simple dan moden

    ReplyDelete
  3. cantiknya simple and look alegan, zaman skng umah compact macam ni mmg sgt trending.

    ReplyDelete
  4. Ini memang kediaman moden yang ringkas dan functional. Sesuai untuk yang muda dan baru nak bermula dalam membina kehidupan kan.

    ReplyDelete
  5. Wow the place looks so spacious and classy. I would to live in such a place. The price is considered to be affordable too.

    ReplyDelete
  6. Boleh lah kak Ayu rumah kedua pula kat sini hehehehe kita suka tengok interior design kat sini sangat simple tapi cantik kita nak buat kat rumah tak jadi lak wakakaka geram tengok nak juga rumah cantik macam ni hurmmmm

    ReplyDelete
  7. Sekarang rumah cantik-cantik kan kak. Nak tinggal di kawasan baandar, pilihan yang ada rumah bertingkat aje la kan kak. Nampak luas rumah 121 Residen. Rumah ni fully furnish ke kak?

    ReplyDelete
  8. Cantiknya design2 kat sini.. Tawaran pembelian rumah pun menarik.. Boleh la AM sarankan pd sepupu AM yg tgh cari kediaman baru.. Sangat berbaloi..

    ReplyDelete
  9. Menarik ni, harga pun berpatutan pula tu, boleh lah tunjuk dekat family untuk beli rumah baru dekat PJ, tengok susun atur rumah contoh dia pun lawa-lawa semuanya.

    ReplyDelete
  10. Nampak selesa dan besar juga ruangan rumah nie ya. Untuk yg anak ramai pon sesuai kalau beli rumah kat sini. Harga dia pon not bad sbb banyak facilities yg ditawarkan. Rasa mcm nak beli skrg jugak

    ReplyDelete
  11. Macam best je tambah aset dekat sini. Cantik. Apartment gaya moden gitu. Harga pun affordable juga tu. Tq sharr

    ReplyDelete
  12. Boleh tahan gak lah harga dia Kan.. yang mampu bolehlah dapatkan satu buat investment.. dekorasi dia simple Dan fit the space okeylah.. kak ayu kena beli Kan satu untuk anak Nak heee

    ReplyDelete
  13. mek berkenan betul dengan deko apartment. rasa macam tenang tak serabut. cuma tu lah nak beli apartment ni harganya mahu rm2.5k setiap bulan. huhu.

    ReplyDelete
  14. Normanton Park by Kingsford Huray. Hotline 61009266. Get Discounts, Direct Developer Price, Brochure, Floor Plan, Price List & More. Former Normanton Park HUDC. Normanton Park

    ReplyDelete
  15. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing blog that understand the value of providing a quality resource for free. building the grand venetian

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.