Tawaran Diskaun Berganda Bersempena dengan Ulangtahun PKNS Yang Ke-55 TAhun

Membeli hartanah seperti rumah kediaman merupakan satu pelaburan terbaik untuk jangka masa panjang. Apatah lagi membeli pada harga diskaun istimewa yang memberi lebih banyak keuntungan. Bercerita mengenai diskaun istimewa, pihak PKNS telah melancarkan Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019 bermula dari 26 Julai 2019 sehingga 4 Ogos 2019 di Atria Lagenda Kompleks PKNS Shah Alam.

Apa yang menarik sepanjang tempoh pameran ini, pihak PKNS menawarkan diskaun tambahan yang berjumlah RM5,500 kepada 55 pembeli terawal. Bilangan 55 adalah simbolik kepada Ulangtahun PKNS yang ke 55 tahun.

Majlis pelancaran Koleksi Hartanah PKNS 2019 telah dilaksanakan olehh YNhg Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain.

Selain itu untuk kos guaman Perjanjian Jual Beli (SPA) diberikan diskaun sehingga 20% . Manakala duti setem Memorandum Pertukaran (MOT) akan diberikan secara PERCUMA. Memang berbaloi! Bagi pembeli yang sudah memiliki rumah PKNS sebelum ini, mereka akan diberikan diskaun tambahan yang cukup istimewa.

Program Koleksi Hartanah kali ini, PKNS telah berkolaborasi bersama dengan pihak Maybank dalam pelaksanaan Skim Smart Selangor First Home Buyer. Di mana program Skim Smart Selangor First Home Buyer ini menawarkan bantuan pinjaman daripada  Maybank 90%  dan kerajaan negeri 10% . Pembiayaan 100 peratus  dan juga ditawarkan kaedah faedah yang rendah untuk 8 tahun yang pertama.

Skim ini adalah terbuka kepada pembeli Rumah Selangorku (RSKU) yang dibangunkan oleh pihak PKNS dan Anak Syarikat OKNS yang terleta di Selangor Cyber Valley (SVC), Antara Gapi, Kota Puteri, Klang dan Kampung Sri Temenggung Gombak. Untuk pengetahuan semua permohonan hanya boleh dibuat di Maybank Seksyen 14 Shah Alam.


Bagi mereka yang menghadiri ke pameran di Kompleks PKNS ini, bolehlah ke kaunter Maybank yang dibuka di sini bagi mendapatkan perkhidmatan semakan kelayakan pinjaman perumahan. Apa yang perlu dibawa hanyalah 3 bulan slip gaji dan pengunjung boleh membuat semakan kelayakan mengikut kediaman yang ingin dibeli.

Untuk pameran kali ini, Kumpulan Anak Syarikat PKNS ada juga menawarkan Rumah Mampu Milik (RMM) PKNS dibawa jenama Rumah Selangorku Idaman PKNS yang mana harga adalah bermula daripada RM185,000. Dengan tawaran rumah kediaman pada harga yang cukup berpatutan serta beberapa tawaran menarik, pihak PKNS menyasarkan nilai jualan RM60 juta boleh dicapai.

Terdapat begitu banyak pilihan kediaman samada rumah teres, rumah bertingkat, apartment dan sebagainya. Kita boleh datang ke sini untuk melihat sendiri harga kediaman yang ditawarkan.  






Jadi pada mereka yang mencari-cari rumah kediaman, jangan lupa untuk berkunjung ke pameran Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019 di Kompleks PKNS Shah Alam.

Buat pilihan bijak, dapatkan penjimatan yang banyak!
Tawaran Diskaun Berganda Bersempena dengan Ulangtahun PKNS Yang Ke-55 TAhun Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 28, 2019 Rating: 5

21 comments:

  1. Bestnya jadi orang selangor...macam macam adaaa..

    ReplyDelete
  2. Untung nya siapa yang berjay apply rumah ni sbb awal dulu sy pernah apply tapi tak berjay. Anggap je takde rezeki masa tu.

    Memang murah rumah ni dan sekarang ssh nak dpt dgn harga mcm ni

    ReplyDelete
  3. Untung lah jadi org selangor ni.. Mcm2 benefit Dapat... Syiok nyaa

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan murah tu kak. Nampaknya dah sampai masa nak usha properties sendiri ni. teringinnya nak ada rumah sendiri. hehe

    ReplyDelete
  5. Saya sharing ngan rakan yang tinggal kat Selangor ya Kak Ayu... memang bagus benefit tinggal kat Selangor ya. Memang muarah kalu dibandingkan dengan rumah kat KL

    ReplyDelete
  6. Sis tak kerja, susah nak apply sb tak ada slip gaji, lagipun x banyak duit nak beli umah skrg ni...:D, walaupun murah still x mampu...huhuhu

    ReplyDelete
  7. Perghh, rumah yang Anggun Kirana tu tengok dalam poster pun dah macam lawa gila kot. Teringin nak ada rumah lawa macam tu. Moga-moga dilimpahkan rezeki, dapat beli rumah yang cantik dan selesa.

    ReplyDelete
  8. great offer, great discount.. it's nice to hv such offer for great property like this... i guess everyone will rebut to hv one..

    ReplyDelete
  9. Tawaran yang hebat! Ada diskaun, rebat, free lawyer fees. Rugi tak grab seketul kannn...?? PKNS pemaju ysng diyakini.
    Tengah pujuk Geng ni..

    ReplyDelete
  10. elok la gini.
    ramai rakyat marhaen yg layak dibantu.
    kos peguam dikurangkan.
    kos pentadbiran pejabat tanah pun dikurangkan.
    begini la pentadbiran negeri yg patut dicontohi.
    bantu pemilikan rumah.
    rumah ni aset yg mesti kita miliki.
    tapi dek krn tak mampu, tu yg susah tu.
    dgn bantuan sebegini, semua rakyat selangor akan mampu miliki rumah sendiri.

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya saya sangat cemburu dengan penduduk negeri lain terutamanya Negeri Sarawak. Pasaran Hartanah di sana sangatlah murah berbanding dengan negeri saya Sabah. Malah, harga pasaran hartanah di Sabah melonjak menduduki tangga ke 4 termahal di negara kita. Kadang kesian dengan generasi X, sehingga sekarang masih terkial nak membeli rumah sendiri malah nak berminpi punya rumah sendiri pun takut. Beruntung akak tinggal di Selangor.

    ReplyDelete
  12. wahhh bestnya! teringin pulak nak beli rumah sendiri, skrang ni still tak mampu lagi. in shaa Allah suatu hari nanti. apa2 pun seronok bila ada inisiatif sebegini untuk rakyat yang memerlukan. :)

    ReplyDelete
  13. Melihat pada design rumah sekarang lebih model. Kalau harga mahal sudah tidak asing kerana. Kerana barang-barang binaan pun boleh tahan jugak,. hhee

    ReplyDelete
  14. Betul la diorang kata. Beruntung jadi orang selangor . Macam2 kelebihan kita dapat. Untuk yang mencari rumah pertama terutamanya, eloklah pergi ke event ni. Saya dengar macam2 rebate sehingga rm5,000 . Banyak jugak tu. Beli rumah pertama, kereta kemudian tak apa. Make a good decision

    ReplyDelete
  15. Untunglah RAKYAT sELANGOR... KAMI NI CONSIDERED rakyat selangor tak dah nak dekat 15 tahun lebih tinggal di sini.. ada chance tak nak dapat kemudahan ni teringin nak tambah rumah lagi.. hehehe... kalau ada rezeki aminn...

    ReplyDelete
  16. untung siapa jd rakyat selangor ada peluang yg mcm gini.. patut dr awal ada kan.... mcm2 kelebihan mcm2 peluang.... jeles pula kita... tapi awa ni dr rumah terpaksa beli keta dulu sbb anak ramai kan payah pula nak gi mana2... then baru boleh consider rumah pulak...

    ReplyDelete
  17. teringin juga naka da rumah sendiri..best kan..lagi atas nama sendiri..syok oo..miga dimakbulkna..cantik jug atengok design rumah pkns ni..oh my murah jugak 100k..ade diskaun untuk terawal

    ReplyDelete
  18. Banyaknya tawaran menarik. Kalau boleh, dah serbu pergi tengok. Cuma buat masa sekarang kami nak mengukuhkan dulu kewangan. Hehe.

    ReplyDelete
  19. memang berkenan sungguh dengan tawaran kali ni..harap sempat nak grab dan luluslah permohonan saya nih ....kita berkenan ngan rumah type A kat kula selangor tu haaa ...nak beli b c d tak mampu lagi

    ReplyDelete
  20. Suka tgok benda yg berkaitan dgn property ni.. Rumah2 nye pun nmpk lawa2 je kan.. Untung siapa yg dapat apply kat sini.. Mcm2 tawaran ada...bab2 ni kita serah kat laki je sbb xpandai sgt. Hihi

    ReplyDelete
  21. Akhirnya saya mendapat hutang saya dan saya mempunyai wang yang cukup untuk membeli-belah Krismas saya. Semuanya berlaku kerana saya tersandung ke alamat e-mel ini blankatm002@gmail.com pada mulanya saya sedang mencari untuk mendapatkan pekerjaan tambahan untuk meningkatkan gaji saya dan saya dapati bagaimana kad atm kosong dari syarikat ini memberikan anda lebih dari $ 20,000 semua dalam 1 bulan. Pada mulanya saya walaupun ia adalah satu lagi skim internet sehingga saya melihat beberapa ulasan bagaimana kad kosong ini dari syarikat ini telah mengubah kehidupan ramai tanpa teragak-agak saya memerintahkan untuk kad dan dalam masa kurang dari 7 hari ia telah disampaikan kepada saya dan ejen itu menunjukkan saya bagaimana ia berfungsi dan ia telah diuji hanya 3 minggu dan segala-galanya seolah-olah kurang tertekan syarikat ini telah benar-benar mengubah hidup saya dan taraf hidup. Saya akan mengasihi anda di laman web ini untuk melawat blankatm002@gmail.com dan dapatkan kad hari ini untuk mengurangkan stres dan mendapatkan wang yang baik dengan cepat.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.