Program Bantuan Red Bean | Bantuan Untuk Pesakit Buah Pinggang Kronik dan Anemia

Saya difahamkan di Malaysia bilangan pesakit buah pinggang kronik semakin meningkat. Dan pesakit ini terpaksa menjalani rawatan dialisis yang kita sedia maklum kosnya agak tinggi untuk seumur hidup. Kebanyakan pesakit buah pinggang kronik juga mengalami masalah penyakit anemia.

Menurut satu kajian yang telah dijalankan, didapati pesakit buah pinggang kronik telah meningkat dari 9.07% kepada 15.5% dan hampir 40,000 pesakit menjalani rawatan dialisis pada tahun 2016. Selain itu didapati penyakit anemia ditemui didalam 75.8% pesakit pra-dialisis di Malaysia dan ianya semakin ketara meningkat apabila jangkitan merebak. Untuk pengetahuan semua penyakit anemia terjadi apabila keadaan hemoglobin atau sel darah merah kurang didalam darah. 

Buah pinggang kita sebenarnya menghasilkan hormon penting iaitu dikenali sebagai eritropoietin (EPO) yang akan bertindak memberitahu badan kita untuk menghadilkan sel darah merah. Namun yang denikian paras EPO akan menurun apabila buah pinggang kita tidak berfungsi dengan baik seperti rosak mahupun berpenyakit. Paras EPO yang rendah ini juga antara punca terjadinya penyakit anemia. Dalam kes yang agak kritikal untuk pesakit buah pinggang kronik juga boleh kehilangan darah sewaktu rawatan hemodialisis dan sekaligus mengurangkan tahap hemoglobin.

 Atas keprihatinan tentang masalah yang ditanggung oleh pesakit, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) telah melancarkan Program Bantuan Red Bean untuk membantu mengurangkan beban kewangan para individu yang berpendapatan rendah. Dan pelancaran program ini telah dilaksanakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad. Turut hadir ke majlis pelancaran Dato' Dr. Zaki Morad, Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia dan Mr. Lance Duan, Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn. Bhd.

Nama "RED BEAN" dipilih kerana persama visualnya seperti bentuk dan warna buah pinggang. Dan dijangkakan program ini dapat memberi manfaat kepada lebih 600 pesakit untuk tahun pertama. Manakala 1000 orang pesakit untuk tahun berikutnya. Pesakit yang sedang menerima rawatan di luar NKF dan yang memerlukan tambahan ESA (erythropoietin) adalah juga layak memohon program bantuan ini. Program ini akan bermula di Lembah Klang  mulai 1 Ogos 2019 dan seluruh negara mulai 1 Januari 2020.


"Pesakit buah pinggang memerlukan rawatan jangka panjang dan kos mengekalkan rawatan diaslisi adalah tinggi, terutama bagi mereka yang menghidap anemia buah pinggang. Walaupun tanggungan ini membebankan buat kebanyakan pesakit, namun yang paling dirasai adalah mereka yang dari golongan berpendapatan rendah. NKF menyediakan sokongan dna rawatan di 28 psat  di seluruh negara dengan lebih 1700 pesakit dialisis yang diuruskan. Kami gembira dengan mempunyai Roche Malaysia sebagai rakan kami apatah lagi dijangkakan lebih ramai pesakit pada masa akan datang yang mahukan rawatan di NKF"
 Dato' Dr. Zaki Morad, Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia

"Di Malaysia, Roche mempunyai reputasi yag kukuh sebagai pelapordalam pasaran bukan sahaja dalam rawatan onkologi tetapi juga untuk penyakit kronik seperti anemia buah pinggang. Program Roche Cares adalah model pendanaan bersama yang diperkenalkan pada akhir 2018 untuk mengurangkan masalah kewangan pesakit kanser payudara dalam mendapatkan ubatan inovatif".
Mr. Lance Duan, Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn. Bhd

"Kesejahteraan pesakit buah pinggang tidak boleh dipandang ringan. Program Bantuan Red Bean ini akan membantu memenuhi keperluan pesakit buah pinggang kerana ini merupakan isu yang semakin meningkat di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Dan saya berasa gembira melihat program pembayaran bersama Roche Cares yang inovatif kini telah diperluaskan untuk pesakit buah pinggang."
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia

Untuk menguruskan komplikasi kesihatan akibat penyakit buah pinggang kronik, setiap pesakit secara purata perlu membayar lebih RM25,000 setahun untuk rawatan di Malaysia. Melalui Program Bantuan Red Bean ini, kos rawatan ESA (erythropoietin) pesakit dikongsi bersama pesakit, NKF dan Roche. Rawatan ESA adalah rawatan yang boleh memberi isyarat kepada sumsum tulang bagi menghasilkan lebih banyak sel darah merah. Ubat inovatif ini hanya diambil sekali sebulan oleh pesakit.

Boeh rujuk pada gambarajah dibawah untuk info lebih lanjut.



Pesakit buah pinggang juga boleh merujuk kepada NKF di seluruh negara, Boleh juga layari www.nkf.org.my atau hubungi di talian 03-79540052/03-79540119

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad juga berkesempatan melawat Pusat Dialisis di NKF yang terletak di seksyen 14 Petaling Jaya Selangor.


 Sebahagian daripada pesakit yang menerima rawtan disini.

Selain itu terdapat juga kempen saringan kesihatan yang bakal diadakan bersempena dengan 50 tahun penubuhan NKF.

Pelbagai fasiliti yang disediakan bagi membolehkan orang awam membuat pemeriksaan kesihatan badan mereka.




Lengkap dengan fasiliti memudahkan segala urusan pmeriksaan kesihatan yang dijalankan.

Moga usaha antara Yayasan Buah Pinggang Malaysia (NKF) dan Roche Malaysia dapat membantu sedikit sebanyak masalah kewangan yang dihadapi oleh pesakit anemia buah pingang. Ternyata Program Bantuan Red Bean merupakan satu program tanggungawab sosial antara pihak NGO, swasta dan juga kerajaan tanda keprihatinan dalam membantu masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan.

Program Bantuan Red Bean | Bantuan Untuk Pesakit Buah Pinggang Kronik dan Anemia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 25, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. so happy to see this and more patients can get their help from the programs. hopefully this could help and lighten the burden of the patients

    ReplyDelete
  2. bagus untuk event yang macam ni.. boleh dpt info boleh juga ada kesedaran... yg penting moga2 event gini dpt bantu ringankan beban pesakit dan keluarga si pesakit. yelah berat bahu memandng... berat lg bahu yg memikul kan,...

    ReplyDelete
  3. bagus inisiatif macam ni ya sis.. ada kempen yang boleh menyebarkan kebaikan untuk orang awam lebih peka dengan kesihatan..

    ReplyDelete
  4. Rawlins berharap agar perkhidmatan ini turut dipanjangkan ke Sabah, Sarawak dan lain-lain kawasan pedalaman yang mana penduduknya mungkin tidak berkemampuan untuk ke kota mendapatkan rawatan. Moga usaha ini diberkati Allah swt

    ReplyDelete
  5. Mujur la ada prodgram seperti ni..dapat kurangkan beban pesakit..buah pinggang pun jangan dibuat main ooo

    ReplyDelete
  6. Bagus usahasama sebegini. Dapat membantu ramai pesakit yang memang memerlukan. Semoga perkhidmatan seperti ini di perluaskan lagi ke kawasan pendalaman.

    ReplyDelete
  7. At least ada program yang terlaksana dan mampu membantu bagi mereka yang memerlukan. Suatu usaha yang terpuji dan patut diteruskan

    ReplyDelete
  8. Baru tahu penyakit kronik buah pinggang boleh mendorong penyakit anemia. Mmg pon rawatan dialisis nie mahal. Bagus ada program sebegini so that dpat bantu golongan kurang berkemampuan utk membiayai kos rawatan.

    ReplyDelete
  9. Menyokong penuh usaha pihak kerajaan membantu dalm mengadakan program sebegini. Bak kata orang, mencegah lebih baik. Sakit kronik buah pinggang kurang mendapat kesedaran untuk orang ramai melakukan pemeriksaan sekarang ni.Dan paling penting program macam ini dapat membebankan golongan yang kurang berkemampuan yang menghidap penyakit ini

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Bagus inisiatif kerajaan ni. Sebab ramai yang tak mampu dengan kos dialisis yang kerap dan mahal.

    Tapi, harapnya ada usaha di peringkat awal juga, maksud saya di peringkat pencegahan penyakit kencing manis atau kegagalan buah pinggang ni.

    ReplyDelete
  11. Bagusnya program mcm ni sbb bukan semua org mampu pegi buat rawatan buah pinggang yg biasanya memerlukan kis6tinggi

    ReplyDelete
  12. Saya dari umur 7 tahun.megalami sakit tenat...buah pingang dibuka...5050 tngal mau mati..sekali sihat sampai sekarang kerja keras..kalo tak kerja plak cam mna mau trus kan hidup..sensaranya hidup..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.