Saranghae-ny Stix Sajian Terbaru Dari Domino's

Peminat K-Drama pasti teruja dengan pelancaran produk terkini daripada Domino’s Pizza iaitu Saranghae-ny Stix. Paling istimewa bagi menyemarakkan kempen ‘So Spicy, So Drama’, Domino’s Pizza turut menganjurkan movie date bersama Domino's. Di mana selain daripada dapat menonton filem seram korea ‘0.0MHz’. kami yang hadir juga dapat merasai sendiri Saranghae-ny Stix, Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang pedas. 

Kitaorang yang excited nak menonton filem seram Korea!



Menurut Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Sejajar dengan janji kami, ‘It’s All About You’, kami memberikan komitmen penuh untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan kami. Justeru, kami sukacita untuk memperkenalkan Saranghae-ny Stix serba baharu sebagai sajian unik kepada pelanggan, lebih-lebih lagi ia menjadi pelengkap kepada Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang kini kembali untuk memenuhi rindu peminat. Diilhamkan oleh minat rakyat Malaysia yang gemar menjamu selera, Piza Ssamjeang terbukti sangat laris tahun lepas, dan kami teruja untuk membawakannya kembali tahun ini, bersama Saranghae-ny Stix yang lazat. Kami yakin bahawa pengguna kami, terutamanya peminat Korea pasti teruja dengan manisan terbaru ini yang merupakan gandingan sempurna kepadanPiza Ssamjeang kegemaran mereka!”


Saranghae-ny Stix Domino’s ini cukup istimewa. Ianya dibakar di dalam ketuhar sehingga perang keemasan, dengan titisan mentega madu dan sos karamel masin. Kombinasi bersama Piza Ssamjeang pedas ini benar-benar memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.

Yer korang!!! Piza Ssamjeang boleh didapati dalam tiga pilihan tau iaitu Piza Daging Ssamjeang, Piza Ayam Ssamjeang dan Piza Tuna Ssamjeang. Rahsia kelazatan produk Domino’s ini adalah terletak pada sos pedas Korea yang dicipta khas oleh Domino’s sebagai dasar bagi Ssamjeang Pizza. Sos Ssamjeang unik menampilkan adunan menarik rasa manis dan pedas yang pasti menghangatkan selera terutama mereka yang mencintai hidangan korea seperti saya :-)

Jom korang rebut peluang untuk menikmati tawaran nilai hebat bersempena kempen ‘So Spicy, So Drama’. Antara promosi yang ditawarkan adalah seperti Ssamjeang Buddy Combo yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 2 tin minuman ringan pada harga hanya RM39.90. Total penjimatan sehingga  RM25.60 tau.

Pelanggan juga boleh membeli Ssamjeang Super Combo, yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Piza Saiz Biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 1 botol minuman ringan pada harga hanya RM54.90. Serius korang boleh jimat sehingga RM37.60.

Untuk nilai yang lebih hebat, korang boleh 2 Pizza Deals dan nikmati Piza Ssamjeang dengan keju tambahan. Tawaran ini boleh dinikmati pada harga RM35.90 untuk dua Piza saiz biasa (Regular), RM56.90 untuk dua Piza saiz besar (Large) dan RM77.90 untuk dua Piza ekstra besar (Xtra Large). Di samping itu, Piza Ssamjeang saiz peribadi (Personal) boleh dipesan menerusi tawaran Super Tuesday pada setiap Selasa dari harga serendah RM3.90 untuk pesanan bawa pulang dalam talian dan  juga RM4.90 untuk pesanan menerusi kaunter.

Saranghae-ny Stix kini ditawarkan di seluruh cawangan Domino’s Pizza dan ianya adalah untuk tempoh terhad sahaja. Dan ditawarkan pada harga pengenalan hanya RM7.90. Promosi ini bermula dari 17 Jun 2019, dan korang boleh kunjungi cawangan Domino's mahupun dengan membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my, ataupun menerusi telefon 1300-888-333.



Psst korang jangan lupa tau untuk kongsikan gambar dan video detik pedas lagi manis bersama Saranghae-ny Stix dan Piza Ssamjeang Domino’s di media sosial dan tag @dominosMY bersama hashtag #dominosMy, #DominosSsamjeang, #SoSpicySoDrama and #ItsAllAboutYou!





Saranghae-ny Stix Sajian Terbaru Dari Domino's Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 04, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.