Arissto TeaPresso, Inovasi Teknologi 'Brew' Teh Terkini

Bertempat di The Mines Convention Centre, saya sempat menghadiri pelancaran Arrissto TeaPresso yang kini mula diperkenalkan di pasaran. Memang meriah dengan kehadiran ramai pengguna mesin Arissto yang mana mereka bukan sahaja dihiburkan dengan persembahan hebat dari artis jemputan. Bahkan berpeluang merasai sendiri TeaPresso yang mempunyai 5 pilihan capsul menarik.

Tidak kira usia dan bangsa, sememangnya jenama Arissto cukup popular dikalangan masyarakat Malaysia. Ini kerana penggunaan mesin 'brew'nya sangat praktikal dan mudah serta paling penting ianya dapat menghasilkan minuman yang sempurna.

Pelancaran Arissto TeaPresso yang gilang gemilang bersama dengan persembahan gimmick yang cukup bertenaga membuatkan tetamu jemputan semakin teruja untuk mencuba minuman TeaPresso.

Apa yang menarik mesin Arissto ini bukan sahaja boleh digunakan untuk capsul kopi bahkan boleh juga digunakan untuk capsul teh. Jadi membolehkan pengguna membuat lebih banyak pilihan jenis minuman yang hendak mereka sediakan.

Daun teh (Arissto tea)  didatangkan daripada ladang teh terbaik di dunia seperti negara China, India, Sri Lanka, Kenya dan Turki. Ianya digabungkan dengan buahan Eropah, bunga dan herba bagi menghasilkan teh premium berkualiti. Antara campuran teh terbaik termasuklah Ceylon Black Tea, Green Tea, Earl Grey, Rose Black Tea dan Passion Fruit Black Tea.

Terdapat 5 capsul yang ditawarkan untuk Arissto TeaPresso iaitu:-
  • The King
  • The Queen
  • Prince
  • Princess
  • Earl


Apa yang menarik tentang Arissto TeaPresso ini ialah ianya dapat mengekalkan kesegaran rasa dan aroma teh itu sendiri. Teh yang dihasilkan tidak pahit dan warnanya lebih jelas. Dengan memilih suhu kepanasan dan masa yang tepat dapat menghasilkan kualiti teh yang terbaik. Kita boleh menikmati rasa teh hebat dengan hanya memasukkan capsule Arissto TeaPresso didalam mesin Arissto dan ianya akan stim dan mengeluarkan pati (essence) teh dalam masa 30 saat.


The King

Pure Ceylon Black Tea


Black Tea yang terbaik dipilih daripada Sri Lanka. Ianya kaya dengan rasa dan sangat enak untuk penyediaan English Milk Tea dan Floral Tea.


The Queen
Pure Ceylon Black tea with Passion Fruit Flavour



Rasa kesegaran buah gabungan bersama Ceylon Black Tea. Teh ini sangat segar rasanya dan bagus untuk terapi diri terutama dengan suntikan kemanisan 'passion fruit' semulajadi. 

Prince
Pure Green Tea


Green Tea terbaik daripada Sri Lanka dengan keharuman aroma buahan dan rasa yang cukup segar. Menimatinya dapat menjadikan hari anda begitu sendiri.

Princess

Pure Ceylon Black Tea with Rose Flavour

Dengan suntikan rasa semulajadi bunga ros digabungkan bersama Ceylon Black Tea untuk gabungan lebih 'mild' dari segi rasa bersama aroma bungaan segar.

Earl
Pure Earl Grey Tea With Bergamot Flavour

Campuran Ceylon Black Tea bersama infusi minyak bergamot (infusion of bergamot oil) yang memberi rasa lebih segar terutama dengan kehadiran rasa semulajadi citrus.

Variasi 'signature' Arissto Tea ini boleh digabungkan bersama ramuan lain. Antaranya seperti madu, susu, kiub ais dan juga pelbagai jenis buahan juga boleh ditambah suai mengikut selera masing-masing. Antara yang menjadi kegemaran pastinya "Hong Kong Style Tea" dan juga "Tea Latte" yang boleh kita sediakan dengan mudah sahaja.

Antara lain contoh minuman teh yang boleh dihasilkan seperti:-

HOT GINGER TEA - Capsul Arristo The King + jus halia atau hirisan halia. Minum panas-panas memang terbaik!

ROSE TEA WITH HONEY - Capsul Arristo The Queen + madu

ROSE TEA LATTE - Capsul Arristo The Queen  + 2 capsul susu + beberapa bunga ros

LEMON EARL GREY TEA - Capsul Arristo Earl + hirisan lemon

ICED BLACK TEA WITH MINT - Capsul Arristo The King + daun pudina + ais kiub + sirap gula

STRAWBERRY LEMON GREEN TEA - Capsul Arristo Prince + buah straberi segar + jus lemon + ais kiub

Dan pelbagai lagi alternatif lain. Hebat bukan??


Menikmati secangkir teh memang terapi buat diri. Apatah lagi rasanya yang enak dengan aroma yang cukup memikat boleh menjadikan pesona diri kita lebih hebat. Selain itu dengan kehebatan Arissto TeaPresso yang berteknologi tinggi membuka lembaran baru dalam dunia penghasilan minuman teh tradisi ke peringkat lebih berinovasi serta versatil.

Jom pekena Arissto TeaPresso sekali,
Gerenti puas hati!
Arissto TeaPresso, Inovasi Teknologi 'Brew' Teh Terkini Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 10, 2019 Rating: 5

20 comments:

  1. Cantik cantik model coffee maker tuh kak

    ReplyDelete
  2. wah..dah ada mesin utk wat tea sekarang..canggih la...

    ReplyDelete
  3. Mewah cawan minum teh kannn hehehehehe teruja level KOL minum...

    ReplyDelete
  4. Saya kenal mesin arissto ni sebab kopi. Macam-macam flavor ada. Cappuccino, Latte atay espresso. Bagi peminat teh, tak payah jeles dah. Sebab arissto pun dah cipta mesin jugak

    ReplyDelete
  5. senang nak bancuh teh pasni..dia punya mesin pun kacak hihi..ada juga diorg buat pelan utk beli mesin teh tu ye..terbaiklah

    ReplyDelete
  6. dah makin mudah sekarang nak minum tea premium kat rumah. ingatkan coffee machine tadi, cantik elegen design tu. mesti harga cukup berbaloi untuk kita beli letak satu kat rumah.. menarik perkongsian kak ayu

    ReplyDelete
  7. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
    5 star enjoyment @ home😜😜😜

    ReplyDelete
  8. Tahniah arissto dah ada teh pula...boleh tarik perhatian penggemar teh pula. Memang best mesin dia ni. Teringin nak ada satu dekat rumah.

    ReplyDelete
  9. selalu nampak coffee machine je. Ni first time nampak tea machine. Siap ada banyak kapsul pelbagai rasa plak tu. Menarik ni. Harap lepas ni akan nampak tea machine ni di sebelah coffee machine. senang kita nk pilih sama ada coffee or tea kannn

    ReplyDelete
  10. Tak sangka ya kak mesin teh pun ada.Ingat kopi je. kita teruja sangat ni. sebab kita penggemar teh.

    ReplyDelete
  11. Mesin untuk teh? First time dengar ni. Biasa ada untuk kopi je kan. Saya prefer lagi teh daripada kopi nak nak lagi tengah breastfeed ni kan. Senang sikit bila ada mesin teh macam ni

    ReplyDelete
  12. First time tgk tea capsule! Senang la nk minum kalau tk minat coffee skarang. hehe. Nk cuba la nnti. Ni kena add dlm wishlist kita ni.

    ReplyDelete
  13. Ada nampak produk ni keluar berita itu hari. Menarik la, tak pernah lagi nampak tea maker. Selalu untuk coffee je. Baguslah sekarang ada macam-macam jenis produk.

    ReplyDelete
  14. Nama brand pun dah nampak eklusif dah, plus dia punya teh pun nampak class. banyak flavour plak tu. kan best dapat mesin tu sekali.

    ReplyDelete
  15. design dia lawa betul..selalu mesin macam ni kopi je, ni teh pulak..senang nak buat air teh macam ni..hehee

    ReplyDelete
  16. Their drink memang best, I the coffee capsules.

    ReplyDelete
  17. ehh dulu dengar arissto ada utk kopi je.. Sekarang dh ada utk tea pulak ye.. Macam2 flavor pulak tu ada... Teringin nk rasa perisa yg lain tu mcm mana.. Mesin air dia nmpk unik sangat.. Dan kawan kita pun dh ada satu.. Dia kata best guna dan air nye pun sedap2 juga..

    ReplyDelete
  18. I didn't expect them to roll out a machine for tea. So I am really surprised with this new launching. Hopefully I will get to try them out. :)

    ReplyDelete
  19. Sis dulu ada jugak mesin bancuh2 ni, tapi kopi le..tak ada teh. Now dah boleh buat teh pulak ya. Bagus le..senang tetamu dtg nak buat pilihan, tea atau coffee. Kalau sis gi umah ayu..buat kan coffee ya..sb sis tea ni kurang sikit

    ReplyDelete
  20. pernah try kopi aristo ni..sedap :-)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.