Kempen "The Little Blue Champion"



Sebagai peminat buah bluberi, tentunya saya sangat teruja apabila US HIGHBUSH BLUEBERRY COUNCIL menganjurkan kempen "The Little Blue Champion". Antara tujuan kempen diadakan adalah untuk mewar-warkan kehebatan dari segi kesihatan yang datangnya dari sebiji kecil buah berwarna biru ini. 


Buah bluberi yang berasal daripada Amerika Utara ini biasanya akan berbuah subur diantara bulan April sehingga akhir September setiap tahun. Buah yang datangnya dalam bentuk sangat comel dan kecil ini sangat bagus untuk mengawal masalah penyakit jantung, kanser dan juga anti-penuaan (anti-oksida yang tinggi).

Apa yang menarik, buah blueberi ini kita boleh nikmati secara segar dan pada masa yang sama masih dikekalkan rasa serta nutrisi didalamnya. Ini kerana cara pembungkusannya sangat praktikal. Ianya dibekukan (frozen) terus setelah buah dipetik dari ladang. Buah beri boleh disimpan didalam peti beku sehingga 10 bulan lamanya.

Dan kita boleh menikmati buah blueberi ini secara terus seperti kudapan ringan mahupun ramuan dalam pencuci mulut, minuman dan sebagainya

"The US is the world 's largest producer of blueberries. Blueberries thrive in areas with sunny skies, cold nights and warm days. We work hard to produce the best quality cultivated blueberries which are shipped fresh to the rest of the world. Our farmers are happy knowing that we are creating a healthier world with our blueberries"
Mr Bill Verzani 
(Agriculture Attache US Department of Agriculture, Foreign Agriculture Service)

Antara tetamu kehormat yang menghadiri majlis pelancaran Kempen "The Little Blue Champion", Miss Ong Siang Min (Area Manager of Village Grocer), Mr Bill Verzani  (Agriculture Attache US Department of Agriculture, Foreign Agriculture Service) dan Madam Phornthip Poolprasert (US Highbush Blueberries Council).

 Seterusnya satu sesi demontrasi masakan bersama Linora Low (Celebrity Health Advocate) yang telah menunjukkan cara membuat Mufin Bunga Kubis bersama Blueberi (Cauliflower Blueberry Muffin) dan juga Blueberry Milk.

Resepi yang dikongsikan sangat mudah disediakan. Ianya juga kaya dengan khasiat semulajadi yang sangat diperlukan oleh badan. Bak kata Linora, "Jika kita tidak gemarkan sayur, kita boleh nikmatinya dengan menyembunyikan rupa sayuran tersebut".

Buah blueberi yang kaya dengan vitamin C, vitamin K dan mineral sememangnya sangat bagus untuk diambil setiap hari. Ini kerana tuntutan badan kita setiap hari memerlukan 25% vitamin C, 5% vitamin B6 dan 36% vitamin K. Ini sekaligus dapat mengurangkan kadar kalestrol dalam badan, baik untuk jantung, melambatkan proses penuaan serta paling penting dapat mengurangkan risiko menghadapi penyakit kanser.

Linora Low seorang yang berperwatakan ceria ini merupakan seorang juruhebah radio dan juga pernah mendapat tempat kedua didalam 'World Fitness Federation Asia Ms Bikini'. Beliau berkata gaya hidupnya yang sihat memang mengambil berat tentang pengambilan diet setiap hari. Menikmati buah bluberi seperti kudapan ringkas dapat membantu beliau mengekalkan kesihatan tubuh badannya. Apatah lagi jadual sehariannya sangat padat dan sibuk. Dan beliau telah menjadikan buah bluberi seperti kudapan yang 'on-the-go boleh dinikmati dimana sahaja pada bila-bila masa. 

Menurut Linora lagi, menimati buah blueberi boleh membantu beliau daripada mengidam makanan manis yang tidak sihat. Linora juga gemar meletakkan buah bluberi didalam hidangan saladnya, untuk memberi lebih rasa hebat!

 Mufin Bunga Kubis bersama Blueberi (Cauliflower Blueberry Muffin). Sedap dan sangat gebu muffin ini. Percikan rasa masam manis buah bluberi menjadikan ianya cukup digemari tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Blueberry Milk. Sangat bagus untuk diberikan kepada kanak-kanak. Bukan sahaja enak tetapi sangat tinggi khasiatnya.

Jom dapatkan buah blueberi - US Highbush Blueberries di pasaran. Untuk khasiat dan nutrisi, mudah dan versatil dalam bentuk cara apa sahaja mahu dinikmati.

Keterangan lanjut oleh layari:-
www.blueberrycouncil.org
www.facebook.com/usblueberries
www.instagram.com/ushighbushblueberries

Kempen "The Little Blue Champion" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 24, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Blueberry ni memang sedap sangat di makan begitu je...tapi lagi sedap bila diadunkan ke dalam kek or biskut kering. cuma waktu bersama Syarikat Kesihatan di negara kita, mereka tak anjurkan mengambil banyak blueberry ni...

    ReplyDelete
  2. wah...bkueberry plak. tengok pun dah terasa lidah ni masam manis die. Sedap plak tengok smootie dengan cupcake tu..blueberry ni memang antioksidan yg bagus utk kesihatan

    ReplyDelete
  3. banyaknya kebaikan makan buah blueberry ni ye..
    unik pula muffin gabungan bunga kubis dengan blueberry..boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  4. Naim tak sangka buah ini banyak khasiat dia. Kalo di tambah dalam masakan lagi best bukan. hehe. Apunpun terima kasih berkongsi ilmu ini

    ReplyDelete
  5. sedapnya buat smoothie beries. buah beri ni banyak khasiat terutama bab awet muda tapi kena selalu amal makan fresh baru nampak hasil tu.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan buah blueberry yang segar nampak sedap sangat selalu makan yang ada dalam cake atau dibuat jem sahaja. lps ni nak mkn yg segar pulaklah

    ReplyDelete
  7. gemuk2 nye blueberry dia !! adei.. ni kalau sekali hadap memang leka.. hee~ al maklum lah.. sesambil buat keje, sambil mengunyah syok apatah lagi kalau buah berkhasiat camni..

    ReplyDelete
  8. Ok cunnnn. Ada kt village grocer. Sebelah rumah je. Bedesup nak g beli.

    ReplyDelete
  9. Blueberry sedapnya kita tak dapat pun lagi buah-buahan macam ni hehehe bestnya seronok juga kalau dapat buat import ni nak beli memang hanya sekali sekala jer hehehehe tapi rasa sedap gilerrr...

    ReplyDelete
  10. buah berry nie memang kegemaran sy. ingat lagi kali pertama beli buah beri nie, masa tu ahppy sangat2. dah banyak di pasaran malaysia sekarang. harganya boleh tahan. tp sesekali makan okaylah. banyak benda boleh buat dgn gunakan buah beri nie

    ReplyDelete
  11. Blueberry ni memang sedap... Khasiat nya pun memang banyak. Baguslah bila lagi banyak pengimport bawa masuk buah ni, nanti harga turun la sikit.

    Mufin Bunga Kubis bersama Blueberi (Cauliflower Blueberry Muffin) dan juga Blueberry Milk tu memang nampak sedap.

    ReplyDelete
  12. Fav Marsha ni blueberry. Kalau pegi tesco memang wajib ambil blueberry ni. Sedap sangat

    ReplyDelete
  13. Rasa apa ye buah beri ni. tak pernah makan sebutir sebutir tu..
    Rasa macam buah anggur jugak ke..
    Ke lagi masam. 😄😄
    Nak beli, takut tak termakan.

    ReplyDelete
  14. Anak saya suka sangat blueberries ni. Sampai tengah malam pun minta kadang tu. Haha. Suka ayat "tak suka sayur, boleh sorok rupa dia" Dapat dah idea nak masak untuk anak-anak. Thanks sharing, lepas ni boleh cari.

    ReplyDelete
  15. selalu makan blueberry rasa masam je, tapi yang ni macam ada manis sikit..sedap..makan macm tu je..lepasni boleh cari blueberri us highbush ni je..hehe..banyak khasiat betul rupanya..

    ReplyDelete
  16. Wah ni fav kite ni! Suka makan kosong2 macam tu. Tak pun buat yougurt sendiri. Memang best! Balik ni nak kene carilah tiba2 rasa nk makan. hehehe

    ReplyDelete
  17. Bestnya dapat makan blueberry. kat rumah kita pun suka buat blueberry muffin. tgh bosan bosan tu mesti kunyah atas buah ni ataupun buat masuk baking. Layan je. hehe

    ReplyDelete
  18. Blueberries are good for the brain itseems. Alot of parents recommend this for kids

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.