Transformasi Kecantikan dan Keyakinan Diri Bersama SAFI DERMASAFE

Korang! Terutama peminat produk Safi. Mesti excited kan, sebabnya SAFI telah memperkenalkan siri penjagaan kecantikan wajah mereka yang terbaru. Bertambah menarik ianya dihasilkan melalui penyelidikan dan pembangunan oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation).

SAFI DERMASAFE ini adalah rangkaian produk penjagaan wajah yang "mesra kulit" dan telah diuji secara dermatologi, tidak mempunyai alergan dan paraben, mempunyai kadar pH yang seimbang, tiada alkohol mahpun pewarna serta paling penting ianya adalah 100% HALAL.

Di majlis pelancaran SAFI DERMASAFE turut dihadiri Dr Maryati Maharon Pakar Estetik Perubatan telah berkongsi tentang faktor-faktor penyumbang dan tanda-tanda awal masalah kulit sensitif, penjagaan wajah serta formulasi yang sesuai untuk menreka yang mempunyai masalah kulit yang sensitif.

Antara sebab kenapa wanita moden hari ini terdedah dengan kulit sensitif ;-
  • Terlalu terdedah dengan pencemaran dari luar
  • Komitmen kerjaya yang memerlukan wanita menjaga penampilan mereka dan silapnya mereka sering mencuba pelbagai jenis produk muka dan juga bersolek untuk tempoh yang lama
  • Gaya hidup yang tidak sihat
Tambah Dr. Maryati lagi, "Kebanyakan wanita beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam, jerawat yang dialami mereka akibat daripada mencuba produk penjagaan wajah (yang tidak sesuai dnegan kulit mereka sebenarnya) adalah hanya bersifat sementara. Sebenar tidak ya! Ianya merupakan tanda-tanda awal bahawa kulit kita sebeanrnya telah terdedah dengan produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit wajah sekaligus menyebabkan kulit kita begitu sensitif".


Seperti pokok jika dijaga dengan betul maka ianya akan hidup dengan sihat. Begitu juga dengan kulit wajah kita. Perlulah diingat dalam memberi perlindungan dan penjagaan kita perlulah memilih rangkaian produk yang mempunyai formulasi bebas alergen serta 'mesra kulit'. Dan paling penting ianya sesuai untuk semua jenis kulit serta dapat mengurangkan risiko kulit sensitif agar tidak menjadi lebih teruk lagi.

Rangkaian SAFI DERMASAFE ini terdiri daripada 5 rangkaian iaitu SAFI DERMASFE Pembersih Muka Mousse Gentle CAre, SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle, SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh, SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate dan SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover.

Boleh dapatkan produk-produk ini di Watsons dan harga yang ditawarkan cukup berpatutan iaitu dari RM19.90 sehingga RM48.90.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
www.safi.com.my
www.facebook.com/safimalaysia
www.instagram.com/safimalaysia

Boleh juga dapatkan secara online di www.watsons.com.my

Jom flawless sama-sama..hiks

Transformasi Kecantikan dan Keyakinan Diri Bersama SAFI DERMASAFE Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 10, 2018 Rating: 5

19 comments:

JMR said...

SAFI ni antara jenama yg dulu nampak biasa-biasa saja tapi bertahan lama. Sekarang ni dah ada variasi produk yg pelbagai..insyaAllah makin bertahan lama ..

Syiera Firdaus said...

Wah.. Safi keluarkan produk baru pulak. Syira dulu guna produk safi. Ternyata memang berkesan dan sesuai dengan harga yang ditawarkan. Kena cuba ni set safi yang baru. Thanks for sharing

Fadzi Razak said...

Saya suka brand safi ni sebab kena dengan kulit saya. kalau pakai memang tak ada masalah tegang ke menggelupas ke. sesuai jugak untuk yang muda remaja sampai ke yang dah berusia

adianiez AIDA said...

harga produk safi ni memang affordable.
pastu mudah nak beli. mudah.
aida lama tau pengguna skincare safi. skang anak plak guna.
ni kuar plak another new product. pasti sebagus yg sebelumnya.

Huda Halid said...

Wah bagus la Safi , ada inovasi produk baru.Setanding dah dengan jenama dengan antarabangsa. Nak try jugak la beli new set ni

kisah si dairy said...

Nampaknya Safi makin banyak mengeluarkan produk yang baru dan yang penting kena dengan citarasa kita. Ni bukti Safi mengeluarkan produk yang bagus kan. Ingat nak cuba jugak ni

Hanny Abdullh said...

Wahh packaging dia pun dah nampak class sekarang ya. Makin lama makin setanding pulak sis tengok dengan jenama yg mahal2 yg ada di pasaran. Sis belum pernah lagi cuba produk Safi ni...nanti bolehlah sis cuba kot2 serasi pulak dgn kulit muka

Bonde Zaidalifah said...

Macam-macam produk Safi sekarang ni.. hebat betul, Safi sentiasa ada produk baharu untuk menarik perhatian penguna.. Bonde pon teruja nak guna produk yang ni nampak menarik packaging

Mimie said...

Wah safi dah ada produk baru lah.cantik pavkagingnya.safi memang diyakini dari dulu selamat digunakan.dulu jerawat besar pada muka memang saya guna safi.alhamdulillah masalah jerawat dah tak ada

Abby Onety said...

Bagus ya produk ini. Sudah punya sertifikat halal juga punya kadar pH yang seimbang, tiada alkohol dan pewarna.

Ibu Syurga said...

Dah keluar set skincare baru dari safi untuk kulit sensitif ya. Bagus lah tu. Berita baik untuk kulit cepat merah

Mama Hakim said...

Mama memang selalu juga ulas pasal produk dari safi ni, tak tahu pulak ada produk baru di lancarkan. Menarik tu untuk kulit sensitif

Mazni Azmi said...

Produk dari safi biasanya berpatutan dan menjimatkan berbanding dengan jenama lain di pasaran. Kalau sesuai untuk kita, tak perlu beli yang mahal pun

Atikah Tahir said...

Packaging safi dah makin cantik <3 product safi bagus dan dijual dengan harga affordable. Rasa teruja nak cube product baru safi ni <3

precious cla said...

Setakat ni saya belum pernah guna produk safi tapi, ikut review orang produk ni memang best juga. Btw, the packaging nampak cute & elegant.

dr-Life said...

Nice one. I never use this brand but I have friends using this. Can share with them and this beautiful products.

Ruby said...

SAFI ni memang best produk dia. Masa zaman sekolah dulu, Ruby guna produk SAFI aje. Sebab kedai runcit ada jual. Dulu mana ada mak nak bawa ke Watsons semua tu. Pergi kedai Mamak kat bawah rumah aje. Hehehe. Sekarang ruby dah Watsons Elite, memang ruby akan rekemen produk yang baru ni. Yelah ramai yang memiliki kulit sensitif Tapi still tak jaga. Bila kulit acne dan jeragat. Mula risau.

Red Linda said...

safi produk best. tapi hr tu ada pakai safi yg kaler biru, packaging baru tu. wanggiii sangat! x tahan bau dia. terus buang..huhu

Unknown said...

bagus juga ada produk mampu milik yang bagus macam ni untuk kegunaan kulit sensitif kan. Murah pulak tu. Blog anda ni susah benar nak komen. Kena verify bukan main banyak

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.