Hari Raya Qurban 2018

Tiba2 rasa nak hapdet kisah Hari Raya Qurban 2018. Hehehe. Sebenarnya hampir tiap-tiap tahun Raya Qurban saya dan keluarga akan beraya bersama mak di Kuala Lumpur. Macam biasa kalau dah berkumpul tu dengan anak-anak reramai memang meriah.

Tahun ni saya agak beria untuk sambutan Raya Qurban. Siap buah biskut 3 jenis lagi, hahahhaha. Kebetulan tengok kat dapur ada bahan buat biskut tu yang merajinkan diri. Apatah lagi my Amani memang jenis rajin menolong, cepat setel segala keje "me-baking".

Antara biskut yang sempat dihasilkan dan selamat dalam perut ahli keluarga seperti biskut nestum cornflakes, biskut suji dan dan biskut kekacang. Sedap ke idok...tarak kisah janji laku keras...hakhakhak..

Rendang, lemang, ketupat dan nasi beriani/tomato wajib ada. Cuma tahun ni ada rendang udang. Gegeh MakBiq masak :P

Celebrate sekali birthday Afiq dan Mak. Kebetulan birthday mak 23 Ogos dan Afiq 18 Ogos. Sekali harung, setel, huks.

Saya 3 beradek. Yang bestnya semua perempuan. Masa kecik kitaorang memang kuat gaduh, hakhak. Saya ni jenis garang dan suka mengarah jugak masa kecik. Tapi dah besar cam terbalik sikit, saya banyak diam dan dengar jer arahan/cadangan orang. Lebih matang kot.

Punyalah payah nak amik gambar keluarga.Terutama bila pakai timer. Macam-macam aksi. Banyak gambar yang tak jadi dari yang menjadik. Adoi.

Ni lah keluarga saya...takdelah ramai mana, tapi meriah tu memang havoc satu rumah. Paling best kitaorang memang jenis suka kumpul makan bersama. Dulu tiap tahun rajin bercuti satu keluarga..Tapi dah 2 tahun keluarga saya tak dapat sertai...macam2 hal nak setel..InsyaAllah, ada rezeki tahun depan kita plan bercuti ramai2....macam 2 tahun sebelum ni :-)

Hari Raya Qurban 2018 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 30, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.