"River Of Life" (ROL) Kuala Lumpur Yang Mempersonakan
Gambar dari Google
Kecantikan sungai di betul-betul tengah bandar Kuala Lumpur di waktu malam benar-benar mempersonakan. Terletak begitu hampir dengan Masjid Jamek yang merupakan antara bangunan lama yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. "Lepas singgah sini, bolehlah singgah tempat best lain kat KL ni. Ada banyak tau. Baca di blog sukamakanjalan"
Gambar dari Google
Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) dengan keunikan kolam biru yang begitu terang cahayanya di waktu malam menarik minat pelancong luar negara. Bahkan tidak menafikan masyarakat tempatan turut berbangga dengan kecantikan sungai ini yang boleh lihat dengan jelas di waktu malam.
Untuk pengetahuan semua, projek Rivel of LIfe (ROL) ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Ogos 2017.
Gambar dari Google
River of Life (ROL) ini melibatkan pertembungan diantara Sungai Gombak dan Sungai Klang telah dilancarkan pada 2011. Ianya di bawah projek permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur yang bertujuan menghidupkan semula sungai Klang dan Gombak dalam bandar, mengubahnya sebagai kawasan yang berkembang maju dengan nilai ekonomi dan komersial melalui pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.
Gambar dari Google
Gambar dari Google
Oh ya! Bagi pengunjung yang ke sini adalah disarankan untuk mendapatkan gambar lebih cantik, haruslah membidik kamera masing-masing dari lokasi jambatan yang menghubungkan dua sungai ini.
Gambar dari Google
Kehadiran 'mist' dari celah lubang perparitan tepi sungai menjadikan kawasan ini seperti berkabus. Tidak dinafikan denga kehadiran lampu warna-warni yang bercahaya menambahkan lagi keindahan kawasan ini. Apatah lagi pada waktu malam yang suasananya cukup tenang dan mendamaikan begitu ketara impak keindahannya. Hakaikatnya buat saya sendiri apabila berada di sini ianya merupakan satu terapi dan mampu mengurangkan rasa stress dalam diri terutama apabila melihat pemandangan indah dengan suasana tenang sekali.
"River Of Life" (ROL) Kuala Lumpur Yang Mempersonakan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 05, 2018
Rating:
Suka bila tengok projek ini dijalankan. Menaik taraf dan menjadikan sungai di KL salah satu tarikn pelancong ke negara kita. Ingat lagi, dulu kawasan masjid jamek nie biasa-biasa je. Tp sekarang dah cantik !!
ReplyDeleteSejujurnya, saya sendiri belum pergi dan tengok sendiri. Selalu tengok gambar orang je yang memang cantiknya bukan main! Seronok ada usaha begini. Memang menjadi tarikan yang mempesonakan, sesuai untuk tarikan pelancongan!
ReplyDeleteBelum gi tengok sendiri. Tapi perkongsian gambar yang cantik dan wow buat eiza teruja nak tengok. Makin cantik sungai yang dahulunya di pandang sepi ni.
ReplyDeleteSungguh memang lawa. Tapi masa pergi aritu ada lagi tempat yang tak siap lagi. Nanti nak pergi lagi la
ReplyDeleteWah! Cantiknya! Bagus la sungai kat KL dah dibersihkan & bertambah cantik. Belum lagi pergi tengok sungai ni, sebab tak selalu menghala ke arah sana... tapi nanti bila ada kelapangan mesti akan kesana jugak..
ReplyDeleteThis is new to me - never knew we had this in KL. Looks great, hoping this will bring positive changes. A must visit!
ReplyDeleteDah beberapa kali pergi kesini, both waktu siang dan waktu malam. Bila waktu malam tu best sebab ada lampu2. Tapi yang Bella rasa sedikit "kurang" ialah bau Sungai Gombak tu bila air pancur tu keluar. Tapi tak mengapa, mungkin dengan filtering makin lama makin pulih air Sungai Gombak tu, insyaAllah.
ReplyDeleteWahhhhhh cantik-cantik nya tgk. Biruuuu je... memang kalau bergambar ni sesuai sgt tu.
ReplyDeleteYa Allah cantiknya bila dapat tengok daripada sisi atas tu memang terpegun bahawa ini adalah di KL dulu 10 tahun dulu masa kita selalu pergi sini jauh berbeza dengan sekarang bagus tahniah..
ReplyDeleteSuka dengan nama dia, unik River of Life. Ada maksud tersirat tu, sebab kan ni macam longkang, tp boleh jadikan sebagai tarikan.
ReplyDeletecantik dan menawan bila lihat pemandangan waktu mlm
ReplyDeletetapi apakah kerana projek ini KL always banjir kilat..
kekekeke... mcm2 KL nak buat. Makin maju.. tapi
harapnya lebih maju dan bersih dr yg ada skrg ni
Selalu lalu kat sana. Memang cantik bila waktu malam! ada satu cahaya biruu jadikan tempat tu menarik lah lagi-lagi ia menjadi tumpuan pelamcong sama ada pelancong dalam dan luar negara. fuhh hterbaoikkk lah dbkl
ReplyDeleteAla nape semua gambar dari Google. Hahaha. Saya nak tengok gambar akak ke ROL. Sebab saya ke ROL waktu hampir gelap sunset gitu. Cantik kakkkkk. Pergi ambil gambar. Memang cantik tempat ni. Jalan malam-Malam pun seronok. Nanti nak pergi ROL masa Citrawarna. Hehe
ReplyDeleteSo mesmerizing, I love the night view with colorful lights but i don't the chance to see it yet.
ReplyDeletecantik betul, lama dah ajak husband, tapi takdapat pergi-pergi lagi, sibuk bebenor dia. Dulu sungai ni takdela cantik sangat, lepas buat macam ni memnag menarik. Biru pulak tu..hehehe..suka tengok
ReplyDeleteIndahnya tak terkata.. Bagaikan di luar negara... Hebat KL :)
ReplyDeletelahhh ainy tak tahu pun kat KL rupanya ada tempat cantik macamni. nampak sangat dah lama tak jalan2 kawasan KL. cantik sangat! boleh bawak family lepak2 sinilah nanti. santai je.
ReplyDeletetak sangka kan sungai KL yg dulunya x berapa dikenali sekarang menjadi satu tarikan pelancongan pula..tahniah usaham murni pihak WP
ReplyDeleteUih, cantik sekarang ni sungai KL. Dah boleh jalan-jalab sambil selfie wefie. Dulu nak lalu tepi ni pun fikir 2,3 kali, hehe
ReplyDeletedah boleh mejadi daya tarikan pelancong dah ni... cantik.
ReplyDeleteWow, tak sangka dah berubah macam ni sekali
ReplyDeleteTahniah DBKL sungai yang dulu penuh sampai dah cantik dan wow
ReplyDeletewalaupon selalu ke KL tapi still x pernah pergi ke sini..kena spend time juga kan..nak amik pic kat sini lah nanti sambil ke CM..lama x ke sana..
ReplyDeletedari sungai x de orang pandang.. sekarang semua orang tertumpu kat sini lani kan?
ReplyDeleteDulu masa study kat sana sungai memang tak cantik. Skrg berubah 360 degree
ReplyDeletecantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.
ReplyDeleteBangga tgk sungai kita sah cantik
ReplyDeletebaru tahu pasal ROL haritu. menarik
ReplyDelete