Keseronokan Saya, Ameer dan Yara Bermain Serta Belajar di Bengkel Fisher Price Learning Revolutionised di The Little Gym Malaysia
Cabaran seorang ibu hari ini bukan hanya untuk membesar dan mendidik anak dengan baik semata bahkan sebagai ibu kita kena benar-benar faham keperluan si manja. Terutama alatan mainannya yang boleh membantu perkembangan tumbesarannya.
Berpeluang menghadiri Bengkel "Learning Revolutionised" bersama Fisher Price tidak saya lepaskan. Apatah lagi untuk mengutip pelbagai tips yang berguna daripada Dr. Deborah Weber (Director of Early Childhood Developement Fisher Price) dan juga wakil dari The Little Gym Malaysia bagi membincangkan bagaimana membantu perkembangan anak-anak ketika waktu bermain.
Seperti yang kita ketahui, anak-anak kecil mereka mempunyai milestone tersendiri dari usia newborn (0 bulan) sehinggalah tahap pra taadika itu 5 tahun. Perkembangan fizikal mereka akan berubah begitu juga kebolehan mereka akan meningkat setiap tahun (mengikuti peningkatan usia).
Permainan dari Fisher Price sememangnya direka dan dibangunkan dengan teliti menerusi kajian dan penyelidikan yang dibuat dari pasukan penyelidik mereka yang berdedikasi.
Paling penting segala permainan dari Fisher Price selamat digunakan dan dimain oleh anak-anak kecil. Saya sendiri cukup sukakan permainan ini kerana kebanyakannya didatangkan dengan warna-warna yang ceria.
Si manja Yara memang sangat sukakan produk COV42 Dance and Move ini. Permainan yang mampu memberi rangsangan melaluyi pergerakan dan bunyi suara yang cukup menarik. Bagi saya ianya seumpama robot comel yang pandai menari dan juga berinteraksi.
Walaupun Yara tidak lagi menggunakan walker tetapi permainan comel yang didatangkan bersama Rainforest Jumperoo ini benar-benar menarik minat beliau untuk bermain dengannya.
Paling penting segala aktiviti di The Little Gym juga diawasi, diajar dan dimonitor oleh pelatih gym yang terlatih. Ini terutama untuk anak-anak kecil, mereka memang perlu banyak diberi perhatian ketika membuat aktiviti di sini.
Agak seronok juga kerana terdapat aktiviti gym dapat dilakuakn dengan sokongan produk dari Fisher Price.
Anak-anak juga boleh berlari bebas dan menggunakan peralatan gym yang disediakan. Ini erana suasanan didalam The Little Gym ini adalah selamat dan selesa.
Begitu juga dengan si comel ini. Keterujaan menggunakan permainan Rainforest Jumperoo yang direka khas untuk bayi. Saya sangat suka dengan warna-warna ceria yang permainan yang didatangkan bersamanya. Ianya satu tarikan sebenarnya.
My Yara bersama produk Fisher Price Musical Lion Walker. Sebenarnya kami ada mempunyai permainan ini di rumah. Untuk pengetahuan semua permainan ini sangat membantu untuk anak-anak yang mahu belajar berjalan - pre-walker. Selain itu dengan adanya butang-butang dan permainan yang didatangkan bersamanya menjadikan anak-anak akan suka bereksploratasi permainan ini. Kadang-kala mereka boleh bermain dengan permainan Musical Lion Walker hampir 1 jam lamanya. Bermain dengan bersemangat pulak tu, heheh.
Seronok dan puas. Sebab dapat bermain di The Little Gym dan untuk saya sendiri sebagai ibu banyak yang saya belajar tentang dunia anak dan permainan mereka. Terima kasih kepada penganjur atas jemputan. Moga berjumpa lagi di acara yang banyak memberi manfaat seperti ini :-)
Keseronokan Saya, Ameer dan Yara Bermain Serta Belajar di Bengkel Fisher Price Learning Revolutionised di The Little Gym Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 23, 2018
Rating:
Seronok tengok anak- anak happy...while anak- anak tengah teruja bermain di The Little Gym, mak plak explore dan tambah ilmu pengetahuan kan...
ReplyDeleteomygosh, ini bagusnyer! Bolehlah skrang beli mainan bgi kawan kawan i yg baru ada baby.
ReplyDeleteKeselamatan dan kebersihan alatan mainan untuk anak- anak memang saya titik beratkan. Ada bengkel macam ni anak-anak boleh cuba dahulu dan ibu bapa boleh pilih mainan yang sesuai untuk anak-anak supaya anak-anak jadi kreatif dan gembira
ReplyDeleteSiapa yang lagi seronok tu? Anak-anak ke ayu? Haha. Tapi memang nampak menarik dan interaktif semua tu.
ReplyDeleteFisher Price ni jenama yang cukup dikenali dan diaorang amat menitikberatkan keselamatan anak-anak..anak-anak selamat..mak bapa pun rasa lega kan
ReplyDeleteBagus kannn sekarang ni ada nya tempat untuk kanak² belajar, bermain, berkawan dan ada bimbingan pakar terlatih.
ReplyDeleteAlatan mainan Fisher Price lak sememangnya mainan terbaik untuk kanak². Ada budget lebih, nina nak bawak anak² nina kat sini.
Yara and Ameer seem enjoys playing while learning at at Fisher workshop. I think is a good process where parents exposure their children with more creative and good program. Impress with you as a mother.
ReplyDeleteok kena bawa anak i juga ke little gym ni haha. menarik sangat tengok. siap ada trainer lagi tu!
ReplyDeleteWhat an interesting workshop for kids and their parents. I can see that they enjoyed themselves a lot. Playing can also be learning for children.
ReplyDeleteMenariknya aktiviti macam ni. Memang bagus untuk perkembangan kanan-kanak disamping parents dapat lyangkan quality time bersama-sama
ReplyDeleteOmg this place is a savior for all mommys and kids to enjoy. I like that they are those educational toys. Do they accept long hours baby sitting?
ReplyDeleteBestnya bawak anak2 pergi tempat macam ni. Tapi belum ada anak lagi cane, haha
ReplyDeleteThis place is so cute! Your kids surely having fun there, it was a good opportunity to let children to explore.
ReplyDeletenowadays kids are lucky enough. we h=never have this kind of activity or program for us. Lolz... no matter what.. it is very good one for all to know and learn together
ReplyDeleteWah menariknya.. seronok la anak- anak nanti. Boleh enjoy theirself bermain2. What a good program ya.
ReplyDelete